Thursday, March 28, 2013

Cerita Kebun Saya Ep.1

Waktu: 1045am
Tempat: Meja PSU 1@ Ofis BMG@ NRE@Putrajaya
Mode: Lemau

Assalamualaikum..
Salam Hari Jumaat semua

Break kejap, update blog heheh..nora kata aku rajin buat keje sbb keypad PC tak berenti bunyi...mcamana nk berenti kalo aku duk taip citer kt blog ni haaa kuang3x. Minit mesorat+ surat panggilan meeting ada lg beberapa perlu disiapkan, tarik nafas jap. Semalam setengah hari dh berperang dgn SPPII, sistem yg tak mesra pengguna tu betul2 menyusahkan lah, tak pasal2 setengah hari kejenya ulang meng key-in data je (huh merungut je kejenya hehhe)

Bos besar cuti 2 hari ni, biasalah time kucing takde, mulalah tikus menari kan..semalam dh menari joget lambak, dgn exBMGees datang melepak, riuh rendah kitaorg. Terima kasih kepada En. K, kaksad, kakliza n Cik Timoat kerana sudi berkumpul n makan2 kt sini. Lama tak berkumpul, tu Jalil n Che Lah tak dpt join, kalau dorang ada lagi havoq kot hahaha...uh relieve all stresses ngko. Sorry ye gambar semalam x amik, bahaya ooh nanti ada bukti berjimba time office hour wakaka.. to uolsss, nanti kita kumpul lagi tau.

Okeh, hari ni jumaat, ada pasar tani mega kt putrajaya ni. plannya nak g beli pokok delima n soursoup..nk tanam kt laman rumah tu. Alamak gambar xleh upload (sbbgambadukdlmkamera,kameralakdhterbangkeAmarekasanadibawaolehnuaryangpegisanaselamaseminggu) hehehe..

Satu persamaan antara aku dgn en.F ialah minat kepada lanskap, dia minat lanskap yg berkolam2 ni, aku biasalah pokok2 n herba. Projek yang sedang berlangsung sekarang ialah projek lanskap kt tepi rumah tu (kami mmg memilih rumah semi-d sbb ada ruang untuk bercucuk tanam). Kat luar pagar dah ada pokok mangga cokanan 1, nangka madu 1 n terbaru epal vietnam. nanti bunga-bungaan akan ditambah untuk menyerikan kawasan hoho. kt dalam pagar lak bagi kategori pokok buah, dh ada pokok kelapa mataq, pokok anggur, pokok pisang, sayuran cili, tomato, kangkung, sawi dan bendi yang baru malu2 menunjukkan daun. ada daun kesum, pudina, rosemary, basil..huh apa lg...anak2 tanam pokok tembikai, adalah 3 pokok dh tumbuh, tinggal taruk baja je. Pokok terung pun tunggu masa untuk dialihan dari pasu semaian. So untuk menambahkan rimbun kebunku, nilah projek mencari pokok delima n soursoup, nanti nk beli pokok sirih sekali (tak rugi tanam, mana tau ada keperluan nanti kan).

nanti episod akan datang aku upload foto2 pokok kesayangan aku okeh...sampai bertemu di lain kesempatan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (poyo!!)

2 comments:

jalilsalleh said...

perghhh camana tanah sekangkang kera boleh menjadi 2ekar tu? hahaha

kecopong said...

dengan sedikit bancuhan tepung gandum, garam, air dan sebiji telur...bancuhan sesudip kecil boleh dilenggang menjadi saiz sebesar kuali..menghasilkan lempeng enak yg boleh dicicah dgn sambal tumis ke, susu ke, gula ke, percaya tak? hehehe itulah konsep kebun ai hahahaha