Assalamualaikum
N3 resepi pada kali ini mengupas keajaiban kek yang diberi nama sebegitu buruk..hahaha 'kek buat dgn kaki pun jadi'...kenapa??mesti jalil tertanya2 kenapa...berminat untuk mencuba kek ini.
Asalan kek ini adalah drp mak sahabat aku Azrah, org kota bharu..masa matriks dulu asal naik dr cuti je dia bwk kek ni, asal naik dr cuti je bwk kek ni...dh la sedap, makin disimpan makin moist...yum..yu,...kami housemate dia mmg sapu licin arr kek ni.
Resepi yg diberi x menghampakan. Ko godak la mcmana, taram la mcmana, even kacau ngan kaki pun kek ni still jd. Adik2 lelaki aku yg x penah buat kek ni pun blh buat dgn cantiknya..itulah istimewanya kek coklat ini.
Dah, x pyh merapu pjg...jomss tgk resepi n silakan mencuba
Bahan A:
2 cawan marjerin/mentega
3 cawan gula halus
2 3/4 cawan tepung gandum
6 biji telur
1 st esen vanilla
1 st baking powder - ayak dgn gandum
Bahan B:
1 cawan serbuk koko
1 cawan air
1/2 cawan gula
masak ketiga-tiga bahan ini atas api sambil dikacau hingga gula hancur n adunan sedikit pekat
Cara2:
Pukul marjerin dgn gula hingga kembang
masukkan telur 1 per 1
masukkan esen vanilla
masukkan gandum sedikit demi sedikit
masukkan bahan B
kacau/pukul rata
Adunan ini menghasilkan kek yang besar, so sila pakai loyang yang berukuran 10x10 at least. x payah grease loyang, kek akan lekang sendiri...bakar hingga masak.
* aku suka biarkan kek dlm 1 hari...masak ari ni mkn esok sbb kek akan jd moist gitu...
Selamat mencuba ye.(ditujukan kepada chef kelongkang #2 aka jalil salleh hehehe),
chef kelongkang #1 aku ler tuh hikhik
No comments:
Post a Comment