Monday, April 21, 2014

Bila Anak Kecil Tak Naik Timbangan

Assalamualaikum,
Pagi selasa, 9.32am...take a break before tekan gear untuk kerja hari ini.

Kegusaran melanda bila anak kecil kita tak bertambah berat badan betul tak?
Of course la sebagai ibu, mana tak risau kalau setiap kali check-up, berat anak cam statik jer...

Kes ini aku hadapi dengan anak ke-3, Farha Nur Adelia.

Untuk rekod, dia dilahirkan normal, dengan berat badan 3.1kg..untuk 3 bulan pertama, pertambahan berat badan adalah normal.
Berat badan dia mula perlahan bertambah apabila aku start kerja..masa tu aku tukar ke susu formula, kira campur la sebab dia taknak minum susu yang aku perah dan simpan, mau yang fresh jugak budak tecit nih...
Kalau ikutkan, purata pertambahan berat badan dia sekitar 200g sebualan..ye 200g sebulan ye.
Misi kat klinik dh bising, rujuk kepada doktor, kepada dietion, dan aku jugak rujuk kepada paeds di klinik az-zahrah. Result setakat ni normal la..

Aku perasan yang Farha ni agak lambat perkembangannya. Sekarang umur dia dh nak masuk 1 tahun 6 bulan=18bulan dengan berat badan 7.7kg, dia belum boleh bercakap..berjalan pada umur 16 bulan, baru sekarang agak laju dan stabil. Masa last aku check-up kt klinik putrajaya, nurse kt situ nk masukkan anak aku ni dlm rekod bayi kekurangan nutrisi huhuhu...atau istilahnya rekod "failed to thrive"....sebab sepanjang 3 bulan hingga 14 bulan, carta tumbesaran dia kt kawasan merah dlm buku rekod kesihatan bayi tu. Huhuhu mau aku tak sedih.perlu bawa ke klinik setiap bulan hingga mencapai umur 7 tahun!

Walau bagaimanapun, sebab aku tukar klinik (sekarang tak check-up kt putrajaya lagi, buat check-up kt klinik desa giching je), klinik desa ni bagi masa utk aku pantau pembesarannya. Last checkup hari selasa minggu lepas, berat dia statik...wah...panjang je bertambah...dik, xkan umur mcm ni awak dh impikan badan model dik...
Pas tu nurse kat situ cadangkan aku tukar susu kepada PediaSure, katanya ramai yang berjaya dengan susu ini. Ye lah, sebelum ni aku kasi Anmum takmo, sustagen takmo, stick dgn dugro sebab wpun xmo sgt at least dia minum la...so petang tu jgk aku g beli PediaSure, 850g=RM76.90...mak aiih mahalnya susu..tapi demi anak, mama tak makan pun xpe dik, asal awak sihat. Dan hasilnya, ermm berbaloi-baloi sebab dia dh minum susu...kalau sebelum ni, 50ml pun gigih nk abeskan, pengasuh dia buat 160ml pun abes dh sekarang...alhamdulillah.
Gambar ihsan google

Baru je bagi seminggu, kita tengaok hasilnya nanti macamana ye...
Daa...sekian sahaja repekanku di pagi ini.

No comments: