Assalamualaikum...salam hari Jumaat
Aku masih berada di Sg. Petani sejak ari rabu..untuk mengurusetiakan bengkel Pelan Strategik. Dikala sarapan, sempat bertanyakan keadaan anak kawanku Siti Jamaliah yang kritikal di hospital. Belum dapat maklumat terkini kesihatan.
Masuk di bilik perbincangan, dlm kul 9 sempat meneropong FB suaminya, Sham namun takde update terkini. Alhamdulillah mungkin anak kecil itu beransur pulih. Ingatan terhadap si comel azri kadang-kadang terlintas, mama ct tak sempat pun k jenguk azri kt hospital. Mama ct sibuk sangat, tempoh hari je mama ct gi tgk azri kejap, itulah yang pertama dan terakhir. Lagipun mama ct tak sampai hati nak gi tgk azri, mama ct cepat nangis n mesti nangis, bila mama ct nangis, mak azri pun nangis.kesian la kt mak azri. Isnin nanti balik keje in sha Allah mama ct singgah. Sayu hati melihat post terkini azri kt FB, mama ct doakan azri cepat sembuh.. boleh balik umah.
Namun, siapalah kita untuk melawan ketentuan dan perancangan yang telah diatur oleh Allah SWT.
Jam 12.30 hari, 19 April 2013,di waktu umat islam bersiap untuk ke masjid menunaikan solat jumaat, sikecil pergi jua menghadap Sang Pencipta. Tamat sudah penderitaan si comel ini, tenanglah di Syurga sana sementara menunggu kedatangan ibu dan ayah yang menyayangimu...
Buat sahabatku Siti Jamaliah, bersabarlah..aku kagum dengan ketabahanmu dalam menempuh ujian ini. Sesungguhnya sayang Allah kepada Azri melebihi sayang kita padanya. Hanya orang yang sabar dan terpilih sahaja yang diberi ujian yang sebegini berat. Melepaskan pergi anak yang dikandung 9 bulan, dilahirkan dengan segala susah payah, membesarkan bayi istimewa yang menuntut pengorbanan masa dan tenaga sememangnya sangat berat. Namun Siti, kau dah lakukan yang terbaik dan Allah telah menyediakan satu saham buatmu di akhirat, yang bukan semua orang berpeluang mendapatkannya.
Tiada lagi joget lagu hindustan, gelak ketawa dengan abang dan kakak...Selamat jalan sayang Azri Irfan, sejahteralah di sana...
Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia
Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
No comments:
Post a Comment