Showing posts with label MERAPU. Show all posts
Showing posts with label MERAPU. Show all posts

Thursday, November 13, 2014

Kala Hujan di Musim Tengkujuh...Syoknya main banjir!

Assalamualaikum..
Dah lebih dua bulan kuhidup sebagai student, rasa pelik pulak pagi2 tak payah bangun awal gi keje hehehe...cuma bangun tolong En. F siapkan anak2 nk g sekolah, pas tu lepak2 sementara tunggu cik Paa bangun, layan ulangan citer korea then kadang2 dgn maknya pun zzzz balik hahahaa...natijahnya, tiap2 ari paling awal mak masuk kampus kul 1am nyah!

Sekarang musim hujan, buat masa ni, mood membaking tak berapa ada...dah lama tak baking rupanya huhu, aku curi2 masa buat hantaran dan goodies adik ipar, fazli yang nk kawin lagi 2 minggu. Hujung minggu depan balik kg..yeay!!boleh main banjir...errr, banjir ke?

Kalau dihitung, dah berapa puluh tahun ye kg aku tak banjir....sepanjang hayat dapat ler merasa 3x main air banjir..masa umur 5 tahun (kelasss ko 5 tahun dh ingat main air, keh3 masa tu bogel lagi mandi kt depan umah lama)..pas tu masa umur 10 tahun n last sekali 15 tahun, pas tu dah tak banjir dah( lepas empangan pergau siap). Time banjir, makanan semua jadi sedap...hoho, Antara makanan yang aku ingat glemer time banjir ni adalah:
1. Ikan darat ( puyu, sepat, keli lembut, haruan- sekarang ikan2 ini telah diancam oleh ikan keli spesis                         afrika)
2. Ikan budu (ikan kembung dijeruk dalam garam...cara makan goreng dgn telur/ goreng pas tu siram                        cuka..masinnya!)
3. Ikan sardin
4. Maggi
5. Ubi kayu (bila air dh start naik ubi kena segera digali, kalo tak ubi terendam akan busuk
6. Ubi keling ( bahasa bandarnya ubi kemili hehehe)
7. Air kopi o pekat (fuh..memang nostalgia)

Dulu zaman kanak-kanak, tiap kali hujan berterusan dalam 3 hari, kami akan pakat pergi ke sungai kt belakang rumah, masa tu tengok air naik ke tak. Kami kt kampung panggil air besar. Ngeri jika difikirkan masa tu air sungai laju, pokok2 besar hanyut tapi sungai time ni merupakan masa untuk pakcik2 mencari rezeki ikan sungai...kalau nak merasa ikan sungai yang besar2 dan rare punya haaa time ni la....dapat ikan kerai, ikan lampam, ikan baung, segala jenis ikan..err ikan kelah rasanya aku x pernah makan masa kecik dulu..telur tuntung ye pernah makan..best! Pas tu kata nenek aku, banjir hanya akan terjadi apabila air dari hulu (air hujan) bertembung dengan air pasang kat laut..maksudnya air dari sungai tak dapat mengalir ke laut (orang kampung aku panggil air sebak)  so, dia melimpahi tebing so jadilah banjir

Bila mandi air banjir, ada beberapa tips..eh ada tips ke main banjir? Addaaaaa, meh hakak cerita hehehe

1. Air yang mengalir tu bukan bersih sangat, airnya milky berlumpur. Airnya mengalir dari hulu ke hilir, so nasibler sampah2 orang yang di hulu akan mengalir la ke hilir...masa mandi tu, bila bertembung dengan rimbunan sampah elak2 la ye. Yang syoknya, time banjir la time membersihkan kawasan rumah...semua sampah kita jugak hanyut ke hilir hehehe....kering air rumah bersih

2. Sentiasa waspada dengan haiwan berbisa. Ular, lipan, jengking, semut gatal memang banyak time ni, semua lari daripada air banjir. Jangan dekati semak atau pokok, mandi kt tempat lapang...ulat bulu pun banyak hanyut, kalo kena tak tahan menggaru dowh..

3. Main air kena pakai selipar/kasut...zaman dulu pakai selipar jepun pas tu asyik je duk kejar sebab selipar jepun ringan, tanggal drp kaki pas tu hanyut hahahah... kenapa kena pakai selipar, sebab dalam air ada kaca, duri, zink, benda2 tajam yang boleh mencederakan...kalo main air zaman sekarang pakai but toyo kan senang hehehehe

4. Jangan terminum air banjir...eeeii kotor. Minum air yang dimasak dan makanan yang masak sempurna. Time ni banyak penyakit, contoh paling mudah kena cirit birit, nanti dh kena cirit birit tak dapat lagi menikmati keseronokan main air

5. Jangan hlang kawalan diri...apakebenda tuh? ye la syok sangat main air, semua kawasan nak diredah especially air tu membuatkan kawasan nampak lapang je semua. Pastikan kawasan tu bebas dari kawat berduri...biasalah kt kg pagar rumah atau kebun kan orang pakai kawat..dah tenggelam tak nampak,kalo main redah ke tak ke sangkut dan mencederakan..hati2 okey

Dah la 5 tips tu, buat apa banyak2. Lagipun sekarang mana ada orang main banjir....kotor...sunway lagooon ada, gambang waterpark ada, taman desa waterpark ada....merata2 dah kolam renang ada kat malaysia, tradisi main banjir hanya terlipat dalam sebahagian daripada peristiwa menyeronokkkan dalam menyusuri zaman kanak2....i really missed those days


Wednesday, September 24, 2014

Salam Kembali

Assalamualaikum..
Apa khabar semua, banyak2 maaf sebab dah lama tak update.
Bukan tak sempat tapi ada masalah teknikal, ni baru boleh sign in semula setalah 4 bulan berlalu..
Ermm 4 bulan, kejap je tp ada beberapa perkara besar yang berlaku dlm hidup. Nak tau apa dia? oklah secara ringkasnya selama 4 bulan ni aku telah:
1. dinaikkan pangkat daripada M44 ke M48, effective by 16 Jun 2014
2. Bila dah naik pangkat, harusler kena tukar..so aku memulakan penghijrahan pertama since first posting ku drp NRE ke KeTTHA. Sempat duduk seminggu dlm pool, berenang2 di library dan pada 23 Jun 2014, aku diberi penempatan di Sektor Tenaga, Bhg Tenaga Lestari, Seksyen Tenaga Boleh Baharu
3. Sebab dr last year aku dpt offer HLP, awal tahun dh berhempas pulas drive ke INTAN selama sebulan setengah semata-mata nak lulus kursus QA, akhirnya aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di UKM, Bangi. Under LESTARI, buat research on pengurusan bencana, amik kooo...

eh, 3 je perkara besar...lor ingat banyak tadi...so itulah cerita untuk hari ini,
#bateri lapotop pun dh nyawa2 ikan,
#aku kt library tun sri lanang lg dr tadi
#perut dh menyanyi tp malas keluar sbb xde geng nk ajak mkn huhu...

Daaaaa

Sunday, December 15, 2013

Flight ETD

Tarikh: 16 Disember 2013
Masa: 1.50pm
Tempat: Meja ofis sambil mengadap semangkuk megi kari- cafe tutup sementara tunggu kontrak baru + takde geng nak kuar tapau makanan huhu...

Assalamualaikum,
Hari isnin yang blues di awalnya tapi penuh pengisian di tengahnya dan rasanya akan berterusan hingga ke petang.
Ding dong...lagi 2 hari nk sambut anniversary ke-7 dlm perkhidmatan. Masih ingat lagi, 18 Disember 2006, melapor diri di INTAN wilayah Selatan, Kluang di pagi hari musim tengkujuh untuk Kursus PTD Unggul selama 10 hari. Masa tu aku pregnant 2 bulan. Lapor diri pakai kasut rendah..taklah rendah sangat, 1 inci (maklumkah mak kan mengandung, giler hape nk pakai yg tinggi2)
Masa register, kami diteliti dari atas sampai ke bawah...sape kasut tak lepas spek (mesti lebih 2 inci) kena tukar. Berhambur la keluar beli kasut selebat hamburan kata-kata tidak puas hati kt UDPA... apa-apalah, kisah dh lama berlalu hehehe. Soo pendek kata malas nk ingat, baik aku ceita benda lain plk.

Aku penat lagi sebenarnya, start dr Sabtu minggu lepas tak rest...ari sabtu lepas kau ke KK sampai selasa, pas tu terbang ke Kuching sampai Khamis. Jumaat ke PD utk SKT sampai semalam Musim cuti mcm ni tau la kan mcmana ramainya orang menyebabkan tiket flihgt habes. Terpaksa jgk ke Kuching nih makanya aku terpaksa ambik tiket ke Miri pas tu ke Kuching.

Nak dijadikan cerita, program di KK habis kul 11 pagi, aku silap tgk tiket, aku tgk tiket kul 2. syoklah bertemu kawan2, duk borak bagai. Kul 11 setengah baru gerak ke airport. Dlm keta, En Sidi JMG Selangor tanya tiket aku jam brape, aku cakap kul 2 sambil membelek tiket kat tangan. Dengan tidak semena-mena mataku tertancap pada ETD 1230...makkkkkk flght aku kul 12.30!!!bukan 2.00pm,Dengan penuh huru hara, driver memandu dgn kadar pecutan , jam menunjukkan kul 12.00, alamak lg stgh jam, sempat ke tidak nih, kalau tak sempat mmg aku balik KL la hehehe....samapai kat airport, aku terus meluncur laju ke auto checkin-huh dia tulis cannnot print the boarding pass, panic seh...aku ke kaunter, dia suruh aku ke kaunter maswing kt sebelah. Dahh kalut tak jumpa lak pintu masuk hahahah!

Dalam kalut tu akhirnya aku sampai ke kaunter. Dgn tergopoh gapah aku bgtau flght sekian2, semapat tak aku naik? Petugas tu selamba je cakap kita dh bagitau flight delay...hah? barulah aku dpt menarik nafas lega, delay 1/2 jam hehhee....aku selamat naik flght ke miri, transit di labuan..naik balik ke kuching n sampai dgn selamat ke Kuching jam 7pm... moralnya, sila tgk tiket anda betul2 n pastikan anda tiada penyakit merbahaya di kala kezutan hahaha.......................

Thursday, November 28, 2013

Tak tau nak letak tajuk apa

Assalamualaikum,
Salam Hari Jumaat........

Hari ni aku nak membebel pasal apa ye..lama tak update, jgn kata org, aku sendiri pun tak lalu nk bukak blog huhu.

Tasik Chini Pahang..2011
Takmolah citer pasal keje, bikin pusing hehehe...penat arrr, aku dh tepu.
Nk citer pasal pokok? umah? anak? masak?keta? selipar? ermmm...
Ari  ni dh 29, hari kedua terakhir bulan November, esok 30 lusa dah masuk bulan Disember.
Maknanya cuti sekolah lg sebulan n dalam tempoh tu aku kena dapatkan semua kelengkapan anak terunaku yang bakal bergelar pelajar sekolah rendah tahun 2014 nih.

Dalam pada itu juga aku duk survey tadika baru untuk anak dara, nak cari area Salak Tinggi ler sebab thn 2014 aku dh start cuti belajar, so takdelah aku berulang-alik ke Putrajaya tiap2 hari.. bila dh tak ualng-alik ke sana, apa kesnya kalau aku still anta anak aku kt nursery kt sana kan....

Anak dara tecit kenot tu pulak dah makin serasi dgn pengasuhnya, mama yanti. Pagi2 takde menangis, cool je time mama passing adik kt mama yanti. Cuma sekarang ni takmo minum susu, gigih telan air masak je sampai mama balik keje br nyonyot...tak blh la mcm tu dik...nanti mama out of town mcmana? nyonyot abah punya??hahahhaa......

Akhir tahun ni pun masing2 sibuk, En F sibuk setelkan projek, ye la akaun 2013 kan dh nk tutup so cuti mmg susah la. Tp aku kena cuti gak minggu ke-3 bulan Dis nanti, pengasuh nk cuti + nursery tutup, mau tak mau bos, sila luluskan cuti saya ye. Plannya cuti takde kemana, duk rumah je siapkan brg2 sekolah abang, habiskan masa memasak n melepak dgn anak2 sbb for sure bapaknya takleh cuti kan. Dah lama tak spend masa panjang2 dgn anak2 ni...paling tak ujung minggu je, tu pun kalau xde program.

Kadang-kadang aku rasa aku terlalu fokus dgn keje sampai masa berkualiti dgn family terjejas. Seboleh mungkin aku x bawak balik keje n masalah n stress di tempat keje ke rumah tp ye la dah penat di ofis kekadang penat je la yg terbawak balik hehehe...anyway, insyaallah starting by Sept next year, jadualku tak se hectic ini...hope so.

Ok then, bebelanku tamat kt sini, jam menunjukkan pukul 1.35pm, time to take a nap...zzzz hehehe

Wednesday, June 26, 2013

Assalamualaikum..
Sorry peps..i keep in silence for so lonnnngggggg isn't it?
mesti sape2 yg menjengah ke space aku ni bosan sbb xde updated stories kan, tak kecukupan masa utk mengadap pc menghapdet eventhough i've a lots o stories to share. Kebetulan, aku masih di opis di kala ini so jom kita tgk aku nk merapu apa hari ni.

#1
Pagi ini batch DPA 1/2008 dikejutkan dengan berita pemergian sahabat yang disenangi dan bersuara merdu, Zamhari Tai ke rahmatullah disebabkan oleh jangkitan paru-paru. Arwah diadmit ke hospital pusrawi sejak 17 hari lalau dan kesihatan beliau semakin merosot hingga menghembuskan nafas terakhir jam 9.30 pagi tadi. Alfatihah untuk arwah. Aku tak mengenali rapat dengan arwah since kami tidak dlm 1 sidang, aku pun igt2 lupa pernah tak aku 1 sidang dgn dia sbb batch kami asyik ditukarkan sidang/kumpulan. Apapun aku akan kenang sifatnya yang peramah dan suranya yang merdu dan sentiasa suka menyanyi tu. bersemadilah dengan tenang sahabatku...semoga kau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman..:(

#2
Aku kan diketahui sebagai seorang yang environmentalist hehehe..ye ke? ye la,, not fully la, but at certain part aku mmg environment concious hehehehe. Slah satu alatan yang aku hindari ialah penyaman udara..ha ahh...econ tu la. Aku seboleh-bolehnya menggunakan kipas dan mengharapkan angin dari luar masuk ke rumah, sebab tu rumah aku dr pagi hingga malam tingkap n pintunya terbukak luas. Walau bagaimanapun, prinsip aku terhadap menghindari ekon ini terpaksa diketepikan memandangkan cuaca sekarang yang sangat panas. Ditambah pulak dgn jerebu teruk yang melanda malaya tika ini menyebabkan pintu dn tingkap rumah aku terpaksa di tutup. Akibatnya kami semua mcm cacing kepanasan. Dek kesiankan anak-anak especially si cinonet farha yang berpeluh2, hasil diskusi bersama en.F, kami bersetuju utk memasang ekon pertama rumah, kat main hall dgn econ jenama york 1.5hp... abag aisy bila nampak terus nyanyi..."york cooling king..jenama yg dipercayai ramai..." apa daaa anak jantan aku tuh hahhahaa

#3
Mlm ni ada majlis dinner, mlm apreasiasi utk  mantan YB Menteri dan timbalan menteri NRE..dato Sri douglas uggah embas n tan sri joseph kurup. Majlis start 8.00 mlm kt hotel marriot putrajaya. Alahai sbb dh lama x mkn dinner, so pergilah, pakai bj opis pg td je hehehhee....xde aku nk tukar2, bkn nk rapat2 dgn deme2, aku dtg utk makan je hahaha....sbb tu la aku masih d opis n ada masa nk hapdet story morry nih.

#4
Sebelum terlupa, td telah diadakan satu perjumpaan antara NRE n ex NRE yang berlangsung dlm suasana meriah. meriah sgt uolss dhn en.k, zam, syita, hajah syikin, timoat, ila n ck. Kami pergi mkn kt maritim sebelah pullman, ok la tempat dia, aku suka...tambah suka bila pergi tu org bawak n makan tu org bayar hokeh, sangat berbaloi melantak hahaha..kesimpulannya, ari ni mkn aku drpagi hingga mlm di sponsor..pg td perhimpunan bulanan, thari en.k belanja n mlm ni mkn kt hotel. So kalo aku gemuk nk wt mcmana kan, dh mkn tanggung hahhaha (biar ari ni je pun mkn tanggung hehhee)

Dh kering dh cerita aku. Disebabkan oleh ketandusan bahan so better aku chow..ok dearies..c u next time..daaaaaa

Thursday, April 25, 2013

The day after my birthday - hikhik apa tajuk daaa

Assalamualaikum..salam hari jumaat
baru terperasan yang kebanyakan entry aku dibuat pada hari jumaat..satu kebetulan?
Ermm sebenarnya ari jumaat adalah hari yg rileks sikit, kul 12.15 cam ni dh rehat, masuk balik keje kul 2.45..ding dong kul 5.30 dah balik.
Kejap lagi nk kuar, isi minyak keta, dh nyala mata gajah mak isis WTA tu kelaparan, kalo rajin kang gi merayau jap ke pasar tani...nk survey tudung..rasa macam tudung2 yg ada ni dah bosan..mak nak cari tudung style baru2 sikit nyah. Om jomss tgk koleksi cerita utk kali ini...cekidaut

Cerita #1
Semalam kan 25 April kan...suatu masa dulu, 34 tahun yang lalu...jam 5.00 pg di waktu fajar siddiq gitu, lahirlah seorang bayi perempuan daripada pasangan Che Mamat bin Dollah dan isterinya Zahrah bt Awang di kampung kangkong, pasir mas. Bayi ni merupakan anak ke-3 yang sebelum ini dahpun ada 2 orang anak perempuan yang comel2. Lahir yang no 3 ni lagi menambahkan kecomelan anak2 pakcik mat dgn kaknab ni hehe..Setelah 34 tahun berlalu, bayi tu membesar dgn sempurna,mendapat pendidikan yang baik, dapat pekerjaan yang baik, dapat jodoh yang baik dan dah pun dapat 3 orang cahayamata.Terima kasih ayah, ma kerana  membesarkan aku sehingga berjaya seperti hari ini, terima kasih kakak2, adik2...kepada asben terchenta, tq atas our mini party yg dikantoikan oleh abg aisy semalam hahaha...kepada kawan2 n semula yg mengenali, tq for all the wishes..i'm so blessed..semoga pertambahan umur ini dapat membawa aku ke arah tingkat keimanan, perubahan, kejayaan, rezeki dan lain-lain yang lebih baik.



Cerita #2
Pagi tadi, masa drive ke ofis..di satu laluan ke Presint 18, ada seekor anak kucing kecil merayau-rayau di tengah2 jalanraya. Nampak ngeri + belas tgk sikecil itu terpusing2. hati berdetik, kalo tak kuambil, kena lenyek dgn kereta kesiannya la hai.
Mungkin masa tu Allah mendengar keluhan hatiku, dilorongkan kemudahan pada masa tu traffic light bertukar kaler merah, aku berhenti dan kebetulan ada seorang penunggang motosikal berhampiran juga perasan dgn kehadiran kucing itu. Aku trus bg signal berhenti, keluar dari kereta dan dgn bantuan abang motosikal itu, anak kucing yang tak berdaya tu aku letak dlm kereta. Niat hati nanti sampai kt ofis, aku nk iklankan kepada sape2 yg berminat ank adopt anak kucing hitam ni.
Nak dijadikan cerita, lepas turunkan abg n kakak kt tadika, aku bergerak ke ofis. Sampai di parking ofis, trus cari anak kucing tu nk bwk naik, kang duk dlm keta x pasal2 bukan mati dek kena lenyek, mati pulak dek kepanasan n kekurangan oksigen dlm keta aku. Cari punya cari, kucing tu x jumpa2. Puas belek keta (sampai punch card aku merah ari ni) mmg takde. Tak puas ati, aku punch masuk ofis, pas tu aku kuar semula cari. Ya Allah mmg takde...hingga saat artikel ni ditulis, aku masih tercari2 di mana anak kucing itu..

Cerita #3
Esok ari mgu yang pack, en.F keje esok n lusa, anak2 duk umah je la dgn aku. Order tat pun banyak esok...costumer dh bising bila blh order tat yg 3 mgu dah aku tutp ordernya hehe. Pas tu mgu ni jgk nk buat goodie bag kakak..besday kakak 4 mei nanti so plan nk buat goodie bag utk kawan2 kakak kt tadika + kek utk dia...will be a hectic weekend i guess so...layannzzzzz

Ok, dh kul 1.20, wa mau kuar ke stesen minyak n merayau secara solo jap..daaa

Monday, March 11, 2013

No Goodies For Us??

Assalamualaikum, selamat hari isnin semua...
Majlis Perhimpunan Penjawat Awam (MAPPA) kali ke (err lupa plk hehehe) telah berlangsung di PICC pagi tadi. Semua penjawat awam termasuklah aku tertunggu-tunggu any announcement yang menggembirakan..ada org cakap akan ada kenaikan elaun cola la, perumahan la...
Tup2, apo pun xdop...yg gembira pg ni pak polisi dan abang mat terap kito sajork, pensioner dpt kenaikan 3% (kalo pencen 800, dptlah kenaikan 24 hengget so jadilah RM824) then sape2 penjawat awam yg gajinya cium dinding, dapat la anjakan...tu je la

Aku dh lupa bila kali last aku attend MAPPA ni, masa DPA dulu rasanya tahun 2008...tu pun dgr separuh je, yg selebihnya tdo (syok orrr dlm econ, duk kt kerusi empuk yg muat2 batang tengkuk landing dengan selesa hehehe). Election dh dekat, kalo xde imbuhan apa2 thn ni, kena tunggu 3-4 thn lagi la kalo nk dengar berita baik pun..apapun, syukurlah dengan apa yang ada..ada pekerjaan yang tetap, gaji yang agak lumayan, tempat kerja yang selesa...apa lagi

Bercakap pasal tempat keje, tak pernah terfikir pun yang aku akan menjadi salah seorg penjawat awam yang bekerja di Putrajaya. kira gah ler..dulu masa study, putrajaya ni under construction. Dengan jalannya yang mcm poning sangat, bangunan2nya yang cantik..hati terdetik..alangkah bestnya kalo dapat keje kt sini. Tup2 mungkin masa hatiku berbisik itu, pintu doa sedang terbuka dan detikan hatiku telah dimakbulkan Allah,alhamdulillah..

Kini, dh 7 tahun 3 bulan aku berkhidmat di sini, masih di tempat lama, berjawatan M44..M tu skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik, 44 tu gred..2007 masuk keje dgn gred M41, dis 2010 dinaikkan pangkat ke gred M44 dan insyaallah ada rezeki bakal melangkah ke gred M48.

Ermm, nanti ada masa aku ceritakan tentang liku2 yang dihadapi untuk menjawat jawatan PTD ini...pasti ramai yang mencuba dan rezekinya Allah jua yang tentukan, ada masa nanti ye..so stop dulu, kita sambung dgn keje opis plk...daaaa
Quarry visit: Hong Kong 2011

Tuesday, March 5, 2013

Betapa bznya aku..:(
















Maafkan aku Ya Allah....sibuk sampai kadang-kadang terlalai mengingati-Mu
Maafkan aku ma..sibuk sampai jarang call
Maafkan aku asbenku...sibuk sampai jarang dpt masak makanan feveret awak
Maafkan mama abe...sibuk sampai tak sempat layan abe
Maafkan mama kakak...sibuk sampai x dapt jaga kakak time demam mcm ni
Maafkan mama adik...sibuk sampai x dpt manjakan adik yg mogok sejak mama outstation minggu lepas
Maafkan ore adik beradikku..sibuk sampai jarang bertanya khabar
Maafkan aku sahabat2ku...sibuk sampai jarang contact...
Huh sibuknya aku...(mode down sbb keje byk, anak x sihat, tido x cukup)*sigh

Wednesday, February 27, 2013

sunyi la pulak

keseorangan menikmati makan tengah hari di Sayang Restoren,CintaSayang Resort, kt sg. petani. Nora kena teman bos g makan kt luar...mkn ikan sembilang. Aku kan urus setia, setialah menjaga harta2 berharga para peserta.
Hari kedua keluar daerah, tinggalkan anak2...yg besar dgn abah dorang (tak kisah sgt sbb dh biasa tinggal)...semalam abah dorg cakap kakak je yang nangis, dh lama x tinggal tu yang jd mengada ckit.
Adik kt umah maktok...rindunya la hai...biasa tdo berpeluk dgn dia smlm mama tdo sorg2 dik...rindu betul nk tgk awak menyengih pagi2, saje kacau mama yg tgh sibuk pg2 hhaha...susu pun x dpt bg direct kt adik...mama pam dh dpt 4 botol...140ml each.
bukan kt anak2 je yg aku rindu, bapaknya pun hikhik...maaf yang sbb susahkan awak jg anak2...harap sabar dgn karenah abg n kakak k...
Entah kenapa ari ni rasa sunyi plk...nk tel maktok tanya pasal adik x blh, tel n sim card aku meroyan, kejap2 blackout so diam je la...tgklah karang ckit aku call, abis keje kang.
ermm, nasi dlm pinggan ni kalo ada mata dh lama mandang kt aku, kalo ada mulut dh lama minta d makan...oklah sbb hormatkn nasi dpn aku ni, aku mkn dulunye...hopefully lepas mkn ni aku x rasa sunyi lg hehee
chow!

Tuesday, February 19, 2013

wordless

Kekasih....
andai saja kau ingat
kepercayaanku adalah milikmu selama ini
andai saja kau ingat
kepercayaanku padamu bukan untuk kau persiakan
andai saja kau ingat
kepercayaanku tanda aku menyanjungmu selama ini

Lalu kekasih...
mungkin kau lupa, alpa, lalai
lalu, kau ukir janji pada yang lain
dan khianati 'percayaku' selama ini

Kekasih...
hati itu tahu rasa sakit
hati itu bisa rasa pilu
hati itu mampu rasa sayu
hati itu telah hancur

kerana, saat kau khianati kepercayaannya itu...
sekali lagi, mungkin kau lupa..
bahawa untuk meraih kembali rasa percaya itu
tidak akan mampu kembali sama seperti dulu...

Thursday, May 31, 2012

Assalamualaikum,
Setiap hari hidup aku berkisar tentang kerja n keluarga. Pagi punch card kt ofis..keje sampai 5.30, punch out, drive balik umah dgn anak-anak then punch in kt rumah.

Semenjak expecting ni, aku malas tahap melampau huhu..bukan anak yg ni je, anak2 sebelum ni pun aku malas..so xde yg pelik jika aku malas time aku mengandung hahahah...byk arrr perubahan yg aku alami bila aku mcm ni. Nasib baik En.F x byk komplen, ikut je larrrr...antara benda yg berbeza aku buat time mengandung yg ni>
1. belum kul 9 mlm aku dh masuk tido
2. awal2 expecting dulu, asal petang je seram sejuk...duk berbungkus dalam selimut
3. malas dh nk buat kek, biskut, lauk, nasi..pendek kata aku malas masuk dapur
4. asyik nk makan kt luar, so bagi je alasan kt En. F.."abah, anak awak ari ni nk mkn kuetiaw kerang laa, abah..rasa nk mkn yong tau fu hometown la, abah, rasa nk mkn kerabu kaki ayam la"...semua rasa hehehe. misi ari minggu ni nk try ajak pekena patin masak tempoyak kt temerloh, harap2 dia rajin drive hehehe :)
5. rajin..ehem..ehem..jgn igt aku malas semua benda ok, ada gak yg aku rajin rajin baca novel..kalo dulu sebiji buku tu berchenta la nk abes sampai mengeluh-ngeluh, sekarang 1 buku pun blh abes 1 malam...anak yg ni rajin membaca kot heheh
6. rajin tgk citer korea, now i'm addicted to korean drama/movie..especially Jang Geun Suk, soooo cute meh this guy, harap2 kuar anak muka mcm JGS hehehe...asal jgn ikut gaya feminin pakcik nih sudah!
7. malas nk jalan, errr kalo nk kena g shopping kt tesco ke apa ke, nmalasnye nk jalan, rasa nk suh en.F drivethru je blh? heheh..kalo bab meronda naik keta mmg syok, tp kalo kena jalan, errr bagi saya pikir dulu ye
8. malas nk bercakap, ok perrr aku kurang bercakap, xde la bising sgt. Tp tgk keadaan jgk, kalo jumpa geng opppss..automatik aku jd potpet2 hahaha
9. mudah menangis. asal ek? tgk drama nangis, tgk movie nangis, dgr citer nangis, sensitip sgt awak yeop!
10. dah la tu sume 9 list kt atas..byk2 buat mende.....

oklah, dh sunyi opis aku nih, time to go home...chow.

Wednesday, May 23, 2012

salam hari rabu

Assalamualaikum semua..salam hari rabu..
Pandang ke luar tingkap, putrajaya hari ini dibasahi hujan tapi takde la selebat semalam. Rintik2 je. Konsentrasi aku membuat kerja terganggu  dgn bunyi bising..maklumlah hari belia datang lagi. kalo thn lepas temanya "himpunan sejuta belia", tahun ni temanya "himpunan jutaan belia". Cobalah mak bayangkan bila jutaan belia datang berkumpul kt keliling bangunan di Presint 4 ni, tak ke lemas..hoho.
N seperti biasa parking lot tempat aku tambat gajah aku selamat dirampas oleh khemah2..seminggu ni mmg menderita la cari jalan nk datang ofis n cari port baeeekk punya nk tambat gajah hitam aku.
Dah lama aku tak menconteng blog ini. Kesian la kepada sesiapa yg tersesat ke blog ni, please apologize me, aku bukan sengaja tapi ada sebab2 yang aku tak dapat nk elak antaranya:
1. keje sibuk sgt skrg (alasan kerja byk blh diterima?)
2. Aku dah nyahkan P1wimax dari hidupku...maklumlah kt hutan banat sana x de coverage, terpaksalah aku terminatekan internet line aku
3. Aku mabuk2 manja 2-3 bulan nih. Anak no.3 ni agak pelik sikit sbb aku agak pening2 lalat n mabuk2 manja yang memalaskan aku buat keje, semua benda aku malas. Kat umah aku tido je hehehe
4. Asyik duk sibuk dgn benda lain, so lupa je nk update blog
5. takde citer la nk post.....
So itulah antara penyebab yang menyebabkan blog aku ini terbiar tanpa pembelaan.
Maafkan aku ye kawan2, nanti lain kali kita sembang lagi..chow!

Wednesday, November 2, 2011

(ihsan pakcik gugel)

Assalamualaikum n harlo everibadi...kena update la blog ni setelah mendengar keluhan Nora kt meja sebelah..malu ai bila dia kata Kak Ct dh lama x update blog..glup..karan kejap hahahaha, tetiba je rasa terbeban bila ada blog yg suam-suam kuku nih.



Ok, mau cerita apa ya...trip jalan2 ke cerita pasal makan2?



Jap aku tengok apa yg menarik..erm..mati kutu lak, kepala hotak aku jem utk waktu ini, x dpt berfikir dgn waras so nanti bila waras balik aku hapdetkan ye..daaaaa

Thursday, September 8, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI -PRE RAYA

Holla,
Aku mengambil kesempatan menaip jap di saat En. Badzran n En Zaidi dr JMG tgh membakar otak masing-masing mempolish DGN hehehe. Mak tak rela u otak mak rentung so mak release dgn menukilkan idea dgn ayat2 yang bajet sedap arrr...

Raya dh 12 ari berlalu, bagi kita yang tua2 nih (tua ke?) outcome drp raya ialah penat dan papa hahaha (x elok aku..raya ialah hari kemenangan setelah berpuasa 30 hari di bulan ramadhonnn). Ok la, sebelum tiba ari raya mestilah kita kena lalui proses pre-raya kan..apa org buat utk raya? mestilah buat biskut raya, baju raya,langsir raya, kek raya, duit raya dan semua riang-ria raya lah..

Tahun ni, mood buat biskut raya berkobar2 hehehe...semangat betul buat biskut siap jual2 lagi. antara bikut yang sempat aku buat ialah tat nenas, biskut cheese, suji, hazelnut (mana yg ada gamba je)

lepas tu baju raya thn ni,kaler tema dia biru ala2 manja sikit sbb light2 gitu bg lelaki n biru+ kelabu bagi pompuan. Aku cuma jahit baju aku n zahra je, abah n abang thn ni tempah skali, senang keje mak hehehe..

sori la ye, mbar biskut nanti mak upload kemuadian, malas tollh nk upload gambor..
eh nk stop la sbb bos mak sedar yang mak sbok menaip ni bkn buat keje tp melangho hehehe

TQ.

Thursday, June 30, 2011

CIK CT DI PORT DICKSON

assalamualaikum..
wah3..nampak glemer sungguh tajuk iteww kan, mcm kt obersi plk hehehe..padahal ko baru kt PD nyah..melebih lak hahahaa..sabar je la
Pagi tadi drive kete dr rumah, bersama kakliza ke PD, ada bengkel dasar geosains...kelazzz sgt hotel mak tau, ni antara perbezaan hotel mak duduk ni dgn lain-lain hotel (erkk..apasal ckp aku jd cam nih?):
1. telefon xde, ini adalah strategi pemilik hotel untuk mengurangkan demand costumer..ye la kejap2 call mintak towel lebih laa, jap2 komplen econ x sejuk la,kejap2 call..kejap2 call,. rimas tau heheh
2. wardrobe xde...nape plak eh..owh ni nk suruh kita senang kemas baju bila nk balik lagi, sure pakaian kita xde tertinggal ye, maklumkah xde ruang2 tersorok hehehe, lagipun ia menimbulkan rasa tenang kepada para penginap sebab baju ada kt depan mata kah3x..apa lagi alasan lain yang korang blh pikir?
3. cafe/restoren xde, makan org luar yg supply, apa pun mak puji makanan dia, sedap..ye la homemade kan.
4. ko nk jajan takyah susah2 kuar, amik je kt atas registration kaunter, haaa lepas tu jgn la buat lupa lak nk bayor. Keberadaan entiti ini di atas kaunteri boleh membuatkan anda konpius jap kerana tertanya-tanya adakah anda mendaftar di hotel atau anda baru je masuk ke sebuah kedai runcit hehehe..ada eskrem lagi hokey
5 part ni best..kat suatu sudut di lobi, anda akan terpandang satu iron board berhias sebijik iron..jangan terkejut ye kerana kalo sesapa nk iron baju, ko angkut baju turun pakai lif, iron kt bawah tu..make sure anda kontrol ayu ye especially kepada anak2 dara, inilah port buruan jejaka untuk mencari calon isteri yang rajin n kemas mcm anda hahaha...bonusnya pemandangan semak samun kat luar hotel kerana anda mengiron baju sambil mengadap cermin telus pandang hahaha..siryes exposed!!!
6. bilik meeting yang xde tingkap, terkurung je dgn lampu2 bercahaya malap ala2 lampu jamban ..masalahnya syok plk ahli2 miting sampai xnak kuar...sesi pagi kul 2 pun xnk berenti, sesi petang kul 6 pun xnak berenti..apa yg best sgt ntah.
7. ada lagi yang lain-lain tapi malas lak nk tambah senarai, kang ada lak org chop aku ni fussy kan, mak xnak la dicop sedemikian rupa sebab mak kan bersederhana orangnya ( gelak sambil berguling2 kegelian)..sgt cozzi kan.....sampai nk amik gambor pun x sampai hati huhu...


~ TERIMA KASIH~

Thursday, May 5, 2011

CERITA HARI2 PERTAMA TANPA BIBIK

Aduss..lama betullah aku tak menghapdet, dh berlumut/berkarat/berkulat dah blog aku ini...bukan malas tapi niat menghapdet tu tinggal niat je la..

Ermm, cerita tentang abang n adik yang masuk tadika. 1hb Mei 2011 dgn rasminya bibik aku meletak jawatan, petang itu sudah bermula kerja2 rumah, rutin yang dah 2 tahun aku kurangkan (bukan x buat k, kurangkan je hehe)...huishhh bizinya usah dikata, terasa rajin sesangat diri ini hehehe...

2 hb still cuti kan, start budak berdua ni praktis utk bangun awal..kul 7 dh dikejutkan..aku selaku ibu yang sangat rajin menguruskan rumahtangga (chewah..perasan la plk heheh) mula la kutip n basuh baju kotor...sapu sampah..mop lantai..kemas dapur...dan2 tu jgk mcm byknye keje aku nk buat...layan abang n adik...pas tu masak sarapan....tenang plk rasanya bila tak terkejar2 masak, stakat perut kitaorg 4 org, time makan ikut perut maknye je la kan hehehe....

Petangnya kuar beli barang2, awal2 lagi aku siapkan checklist, takut nanti esok ada yg tertinggal...malam trus tag beg, label barang2, label towel..uich leceh gak, blom lagi risau mcmana budak berdua ni nk adapt dgn suasana baru esok...

Ok...sambung nanti cerita hari2 awal abang n adik di Cendekiawan Educare Presint 18, nk balik,dh 5.30...g amik budak2

Thursday, February 10, 2011

POLIGAMI


Dua hari berturut-turut aku ke KL, miting. Semalam jd escort bos ke KPKT, miting JK MPFN..ok la sbb bos ada kan, xde la aku x lena tido sebab risau tambah2 yg chair miting adala seteru aku..ahmad kabit ekeke..
otw balik biasalah, sembang oranglelaki apa lg, mesti lah pasa pompuan n pasal poligami. Huh, macam dah xde topik lain..dlm duk melayan mata tgk pemandangan tepian hiway mex, tetiba aku diajukan soalan..
Bos: "Ti, kalo husband t mintak kawin lagi 1 t bagi tak?"
Senang je aku jawab.."kalo mampu kawen je la bos.."
Bos: "isteri saya awal2 lagi tak bagi"
Aku: "saya berfikiran lain bos!!"
Kenapa perempuan anti dgn poligami? aku x refer to semua ye hehehe. bagi aku perkara ini adalah perkara yang halal asalkan lelaki yang mengamalkan poligami itu tidak mengkut nafsu sebaliknya berpoligami untuk membantu contohnya menikahi balu/anak dara yang miskin.
Alasan taknak berkongsi? apakah kita lupa yang suami kita dikongsi dengan ibubapanya, dengan adik beradiknya..apalah sangat setakat berkongsi dengan seorang lagi insan yang mahu berpayung menumpang teduh untuk sementara di dunia ini..lagipun suami kita bukan milik kita selamanya. Allah hanya pinjamkan dia kepada kita,sampai masa entah dia entah kita yang pergi dahulu tinggalkan jgk dia kan.
Mungkin org lain x setuju dengan pandangan aku. Cuma satu yang aku rasa kaum perempuan kena ingat, dunia hari ini banyak pancarobanya sementelah ratio adam n hawa jauh berbeza, tidak mustahil berlaku (minta dijauhkan) rampasan kasih sayang/peralihan kasih kepada insan lain so perempuan plizz jgn rely 100% kepada suami..cari pendapatan sendiri untuk secure ourself kerana kita tak tau apa yang akan jadi pada masa hadapan. At least, jika terjadi sesuatu, kita tidak hilang arah dlm meneruskan hidup dan membesarkan anak2 kita.
so, cukup renungan utk hari ini,
p/s: En. F plizzz jgn seronok bila mama bg greenlight ye!!!

Tuesday, January 25, 2011

MANA KAWAN SAYA?

Dulu saya ada seorang kawan, saya baik dengan kawan saya ni..

bila saya bengang, saya cari dia - dia dengar je saya membebel lepaskan geram

bila saya marah, saya cari dia - dia layan je marah saya

bila saya gembira, saya cari dia - dia tumpang gelak dengan saya

bila saya sedih, saya cari dia - nanti macam2 citer lucu dia citer kat saya

bila saya down dengan keje, saya cari dia - dia pun down sama..hahaha apalah ini orang!

bila bos saya meroyan kt opis, pun saya cari dia - dia akan menjadi ajinomoto dlm umpatan kami >.<
tapi itu dulu....
tiba-tiba saya teringat...

macamana cina mabuk? patahkah kaki dia?,

c itam bahagiakah dengan pakwe ensem dia? saya dh x bukak facebook lagi nk tgk itam

malik kingkong apa cer? dah baikkah dia dengan fatihahseperti dolu2? oh tuhan..

n abe mad shah...apa cerita jejaka idaman malaya iteuwww? terbayang abe dgn selipar jambannya pagi2 walaupun saya x penah tgk pun abe mad nih

muka tua? adakah masih tak reti bahasa?

Soalan kat atas tu xde jawapan sebab sekarang kawan saya dah taknak kawan dengan saya lagi, dia dah lupakan saya kot..

Saya sangat sedih tapi saya tak boleh nak cerita kesedihan saya kat sape2..sebab takde orang yang faham kamcengnya kami...saya dengan kawan saya je yang faham..tapi sekarang dia dah tak ada, maka saya kembali macam dulu...masa saya takde kawan macam dia.

Dia dah taknak kawan dengan saya mungkin sebab dia pun dah tak faham saya kan..

Saya tau kawan saya dah ada makwe, sekarang apa-apa cerita mesti dia kongsi degan makwe dia, jauh hati saya bila dia lupakan saya..takpelah...bukan salah kawan saya juga.

Apalah daya upaya yang saya ada untuk saya berbaik dengan kawan saya macam dulu-dulu...

Kepada kawan saya, saya ucapkan selamat berbahagia...kalau makan nasi minyak jangan lupa bagitau ye walaupun saya tau saya takkan dapat datang..

~sahabatmu: bro n sis 4eva~

Monday, December 20, 2010

Teringat kata-kata dari kakak tersayang...

"hidup ini diumpamakan kita bergerak..ada masa kita berjalan dengan santai..hehehe jalan2 makan angin, tengok pemandangan kiri kanan, menikmati keindahan pemandangan sepanjang kita berjalan..ada masanya bila haus dan lapar, kita akan berhenti seketika. Dah kenyang sumer kita jalan balik,x tau apa yang akan kita jumpa di hadapan...

Ada kalanya kita terasa penat, berhenti barang seketika untuk menarik nafas dan menghilangkan lelah.

Ada masanya kita terpaksa berlari, x sempat menikmati pemandangan kiri dan kanan kerana kita perlu mengejar sesuatu di hadapan"

Dalam bergerak itu, ada kalanya kita akan tersesat la, tersalah jalan la, jumpa org gila la, jumpa org yang kita suka la, jumpa macam2..dari situ kita belajar, patah balik jika perlu or teruskan kot2 kt depan ada jalan alternatif kui3x..



begitulah sebenarnya kan hidup kita- bak proses pembelajaran yang berterusan. Sebab kita tak tau apa yang kita akan jumpa n hadapi, hidup ini penuh dengan kejutan, dengan sesuatu yang tak disangka. Dari situ kita belajar, yang penting jangan pernah berhenti untuk bergerak.

*note: aku pun x tau apa yg aku duk membebel ni hahaha...

Friday, December 10, 2010

Saje-saje menulis

Teringat masa kat Langkawi minggu lepas, malam last kat sana xde apa nk dibuat, nak wat keje malas so just have a leisure time with Chris n tv. Kesian sungguh, dengarnya hotel taraf 6 bintang hehe tp channel tv3 pun xde, tv1 n tv2 ala2 segan nk tunjuk gambar..blur je gitu..paling cemerlang discovery channel gak..ok la dr sudut positif agaknya org yg datang ke hotel ni bkn nk tgk tv..nk menikmati pantainya dan panoramanya n alam semulajadinya yang banyak nyamuk tuh hehehe...positif!

Dalam melayan boring tuh, ada rancangan nyanyian kt tv2 kalo tak silap, pesertanya adalah orang-orang OKU. Ada yang menyanyi solo, duet dan kumpulan dari seluruh negara. Aku ngan chris tgk rancangan tu dgn penuh emo..perasaan kesian, gembira, kagum dll bercampur baur...perkataan yang keluar dari mulut kitaorg ialah.."i feel happy for them". Bila pemenang diumumkan, punyalah kitaorg berdua bersorak kegembiraan hahaha..tumpang gembira la katakan.

Dalam kegembiraan menyorak tu, terlintas di fikiran di saat-saat hati tak gembira, kenapa kita selalu x bersyukur dengan apa yang kita ada, kenapa kita merungut dengan masalah yang kita hadapi, sedangkan Allah dah beri kita sempurna sifatnya, tgk org-org yang kurang sempurna membuatkan aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Thank you Allah atas kurniaan-Mu. Amin...