Sunday, October 6, 2013

Hadiah Latihan Persekutuan

Assalamualaikum..
Entry kali ni simple je, just nak tunjuk permohonan aku untuk sambung belajar dah berjaya. Syukur alhamdulillah.
Sebenarnya ini kali kedua aku mencuba, tahun lepas dengan perut memboyot gi interview, masa tu kt bangunan SPA kt KL. Soalan yang masih aku ingat ialah berkenaan dengan anak...nanti kalau belajar mcmana nak uruskan anak-anak. Aku mcm, hello...mcm la keje sekarang ni kita bawak anak g ofis...kaedahnya sama je kalo keje dgn belaajar, takkan nanti kita belajar heret anak ikut skali g kuliah hoho.....
Thn ini interviewnya di UPM, dua-dua panel ok, sangat ramah dan soalan last yang dia tanya, susah sangat ke nk dpt HLP ni sbb ni kali kedua dtg interview...hehehe aku jwb atas rezekilah..then inilah rezekiku..dapat!!!melompat2 toing..toing..toing
Untuk yang tak tahu, secara ringkasnya Hadiah Latihan Persekutuan ialah satu keistimewaan  yang disediakan oleh kerajaan kepada pegawai untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi i.e  masters or PhD. Pegawai yang memohon akan melalui sesi temuduga dan yang berjaya akan ditawarkan untuk cuti belajar bergaji penuh dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Maksudnya pegawai ini kira sambung belajar sepenuh masa dan dibayar gaji penuh selama tempoh dia meninggalkan tugasan pejabatnya.
Syok kan bunyi dia...hehehe, insyaallah, thn dpn bakal bergelar pelajar n bakal byk masa n bakal byk masak..hoyehh!
Ok sambung balik buat keje...daaaaa

4 comments:

Norah said...

Tahniah lor kak ct..Jgn lupa belanja I mkn wokeh....:) All the best for the new life as student in next year....

kecopong said...

heheh..norah jones, tengkiu. jgn lost contact tau...

h@L!MuN@n said...

salam ct
bley x share pasal ape yg ditanya ms interview?ape yg perlu prepare ye?
tq:)

kecopong said...

Wslm h@L!MuN@n...
Mengikut pengalaman aku yang hadir 2x interview huhu...soalan dia depends on interviewers..mcm yang last year dia dah ada skema soalan, byk kaitkan bidang pengajian dgn NKRA, NKEA bla..bla..bla. soalan mmg berkait dgn proposal kita tp interviewer akan kaitkan dgn GTP nih.
Yang interview Julai baru ni, interviewer aku just sembang, tanya pasal proposal tu pun tak byk sgt...dia tanya isu semasa cam penyeludupan dadah, pas tu tanya pasal parlimen...tu je.