Monday, March 11, 2013

No Goodies For Us??

Assalamualaikum, selamat hari isnin semua...
Majlis Perhimpunan Penjawat Awam (MAPPA) kali ke (err lupa plk hehehe) telah berlangsung di PICC pagi tadi. Semua penjawat awam termasuklah aku tertunggu-tunggu any announcement yang menggembirakan..ada org cakap akan ada kenaikan elaun cola la, perumahan la...
Tup2, apo pun xdop...yg gembira pg ni pak polisi dan abang mat terap kito sajork, pensioner dpt kenaikan 3% (kalo pencen 800, dptlah kenaikan 24 hengget so jadilah RM824) then sape2 penjawat awam yg gajinya cium dinding, dapat la anjakan...tu je la

Aku dh lupa bila kali last aku attend MAPPA ni, masa DPA dulu rasanya tahun 2008...tu pun dgr separuh je, yg selebihnya tdo (syok orrr dlm econ, duk kt kerusi empuk yg muat2 batang tengkuk landing dengan selesa hehehe). Election dh dekat, kalo xde imbuhan apa2 thn ni, kena tunggu 3-4 thn lagi la kalo nk dengar berita baik pun..apapun, syukurlah dengan apa yang ada..ada pekerjaan yang tetap, gaji yang agak lumayan, tempat kerja yang selesa...apa lagi

Bercakap pasal tempat keje, tak pernah terfikir pun yang aku akan menjadi salah seorg penjawat awam yang bekerja di Putrajaya. kira gah ler..dulu masa study, putrajaya ni under construction. Dengan jalannya yang mcm poning sangat, bangunan2nya yang cantik..hati terdetik..alangkah bestnya kalo dapat keje kt sini. Tup2 mungkin masa hatiku berbisik itu, pintu doa sedang terbuka dan detikan hatiku telah dimakbulkan Allah,alhamdulillah..

Kini, dh 7 tahun 3 bulan aku berkhidmat di sini, masih di tempat lama, berjawatan M44..M tu skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik, 44 tu gred..2007 masuk keje dgn gred M41, dis 2010 dinaikkan pangkat ke gred M44 dan insyaallah ada rezeki bakal melangkah ke gred M48.

Ermm, nanti ada masa aku ceritakan tentang liku2 yang dihadapi untuk menjawat jawatan PTD ini...pasti ramai yang mencuba dan rezekinya Allah jua yang tentukan, ada masa nanti ye..so stop dulu, kita sambung dgn keje opis plk...daaaa
Quarry visit: Hong Kong 2011

No comments: