Showing posts with label HOME SWEET HOME. Show all posts
Showing posts with label HOME SWEET HOME. Show all posts

Friday, August 28, 2015

Kebun Secoetku

Assalamualaikum..

Apa khabar semua adik kakok...harap sihat blako deh. Ari ni jumaat, jam 4.10pm, aku kt rumah ni...sedang melayan laptop sementara cik paa tido, kt luar cuaca panas gilerrr ahhh...ada tanda2 awan mendung nk hujan. Ya Allah..Kau curahkan hujan di bumi Salak Tinggi yang gersang ini bersama turunnya rezeki.

Kejap muncul kejap hilang..kejap muncul kejap hilang..haaaaa itulah kaedahnya org yang bersifat halimunan cam i ni hahaha....nk spend masa menaip tu agak payah la semenjak dua menjak ni. Dulu masa keje okeylah, internet 24/7 di hujung jari. Bila dah tak keje ni rasa rindu plk nk masuk keje..khennnn....manusia ni mmg tak ret bersyukur.
Eh..bukan tak bersyukur, syukur kerana diberi rehat dari bekerja untuk 2 tahun ini tapi kadang2 tu rindu dgn  rutin bekerja mcm pergi meeting, outstation..yeah..outstation bagi ibu bekerjaya seperti aku adalah time untuk diri sendiri...nak tau kenapa, sebab biasa keje abis petang, tak pun malam..so sebelum tido ada masa nk berendam lama2 dlm tab mandi, nak pakai facemask dan lain2 lagi yang tak dpt dibuat di rumah (SEBAB KEJE KAT RUMAH TAK PERNAH ABIS SAMPAI PEJAM MATA ZZZZ HEEHEH).

Amboi melalut2 la plk...okeh2 che siti..insofff, kembalilah ke pangkal jalan

Apa benda yang nk dicerita ari ni sebenarnya? owh pasal kebun secoet...yeah (sambil gosok2 tapak tangan  eksaited) ayuh kita mulakan.
 Well, as you know, aku memang suka rumah yang berhalaman. Kalo ikutkan cita2 aku nk ada rumah yang berlatar belakang bukit..sbb rumahku kt kampung xde bukit n view jalan, ku selalu berangan nk cari husband yang rumah dia tepi sawah...tapi takde rezeki hahaha...so masa cari rumah untuk dibeli, kami target landed houses..i.e semi-d. Alhamdulillah, rumahku syurgaku adalah secoet tanah kt tepi yang telah kami transform kepada 5 bahagian...1 bahagian pondok, 1 bhg kolam ikan aka kolam nyamuk, 1 bhg zen garden, 1 bhg padang rumput utk ketuk bola golf sejauh kera mengangkang oppsss dan paling hujung ke belakang, kebunku...disediakan khusus oleh asben terchenta katanya hehehe..

Ari tu kebun ni terbiar sebab byk sangat siput khinzir, asal tanam pape je abis kena belasah..ekoran kerajinannya mengutip siput yang tak boleh dimasak lemak ini, maka sekarang kebun sayurku boleh dikatakan bebas siput. Outcome drp ketiadaan siput menghasilkan pokok2 sayur yang ditanam dan bebas racun perosak...cer tgk gambar tu, uolss kenal ke pokok2 tu semua?

Oklah..oklah..meh iolss bagitau, sekarang ada pokok tembikai, pokok timun, pokok kacang botol, pokoksalad dan pokok sawi sebagaimana yang terpampang di gambar. yang tak masuk frame pulak koleksi bunga ros jepun yang baru je nk subur..bunga tak keluar lg so xleh la ku tayang di sini, pastu ada serumpun pokok lengkuas, 1 pokok kunyit, 1 pokok serai, 1 pokok cili, 1 pokok limau purut, 1 pokok  anggur, 1 pokok sirih, pokok tomato, 3 tompok pokok bendi..haaa apa lagi....bak kata kalo nk makan tomyam tu petik tepi rumah je koooo....ni anak pak maslan tengok terharu tau hahaha. Jangan sangka tanah sekangkang semut tak boleh diusahakan, dimana ada kemahuan, di situ ada pokok sayur.

Oppss..dlm perenggan di atas ada disebut part rumah utk pondok n kolam, well disebabkan projek masih under construction, nanti kuhapdet lanskapnya ye, maklumlah itulah owner, itulah contractor, itulah buruh kasar so mmg takes time le nak siapkan projek rm2.6b - rm2.5999999999999995b alkisahnya..

Udah ler.......



 

Thursday, March 28, 2013

Cerita Kebun Saya Ep.1

Waktu: 1045am
Tempat: Meja PSU 1@ Ofis BMG@ NRE@Putrajaya
Mode: Lemau

Assalamualaikum..
Salam Hari Jumaat semua

Break kejap, update blog heheh..nora kata aku rajin buat keje sbb keypad PC tak berenti bunyi...mcamana nk berenti kalo aku duk taip citer kt blog ni haaa kuang3x. Minit mesorat+ surat panggilan meeting ada lg beberapa perlu disiapkan, tarik nafas jap. Semalam setengah hari dh berperang dgn SPPII, sistem yg tak mesra pengguna tu betul2 menyusahkan lah, tak pasal2 setengah hari kejenya ulang meng key-in data je (huh merungut je kejenya hehhe)

Bos besar cuti 2 hari ni, biasalah time kucing takde, mulalah tikus menari kan..semalam dh menari joget lambak, dgn exBMGees datang melepak, riuh rendah kitaorg. Terima kasih kepada En. K, kaksad, kakliza n Cik Timoat kerana sudi berkumpul n makan2 kt sini. Lama tak berkumpul, tu Jalil n Che Lah tak dpt join, kalau dorang ada lagi havoq kot hahaha...uh relieve all stresses ngko. Sorry ye gambar semalam x amik, bahaya ooh nanti ada bukti berjimba time office hour wakaka.. to uolsss, nanti kita kumpul lagi tau.

Okeh, hari ni jumaat, ada pasar tani mega kt putrajaya ni. plannya nak g beli pokok delima n soursoup..nk tanam kt laman rumah tu. Alamak gambar xleh upload (sbbgambadukdlmkamera,kameralakdhterbangkeAmarekasanadibawaolehnuaryangpegisanaselamaseminggu) hehehe..

Satu persamaan antara aku dgn en.F ialah minat kepada lanskap, dia minat lanskap yg berkolam2 ni, aku biasalah pokok2 n herba. Projek yang sedang berlangsung sekarang ialah projek lanskap kt tepi rumah tu (kami mmg memilih rumah semi-d sbb ada ruang untuk bercucuk tanam). Kat luar pagar dah ada pokok mangga cokanan 1, nangka madu 1 n terbaru epal vietnam. nanti bunga-bungaan akan ditambah untuk menyerikan kawasan hoho. kt dalam pagar lak bagi kategori pokok buah, dh ada pokok kelapa mataq, pokok anggur, pokok pisang, sayuran cili, tomato, kangkung, sawi dan bendi yang baru malu2 menunjukkan daun. ada daun kesum, pudina, rosemary, basil..huh apa lg...anak2 tanam pokok tembikai, adalah 3 pokok dh tumbuh, tinggal taruk baja je. Pokok terung pun tunggu masa untuk dialihan dari pasu semaian. So untuk menambahkan rimbun kebunku, nilah projek mencari pokok delima n soursoup, nanti nk beli pokok sirih sekali (tak rugi tanam, mana tau ada keperluan nanti kan).

nanti episod akan datang aku upload foto2 pokok kesayangan aku okeh...sampai bertemu di lain kesempatan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (poyo!!)

Saturday, September 15, 2012

My New Kitchen..i loike!!



 Haaa...assalamualaikum sumer,
setelah kami menderita dengan debu2 hasil ketukan dinding rumah dan simen2 berterbangan selama dua bulan, akhirnya dapur idamanku telah selamat dirasmikan. Cer tengok..cer tengok cantik tak?? Alhamdulillah, dengan bajet yang ada, dapatlah dapur aka tempat lepak rasmi aku direalisasikan, dengan kaler dan konsep. Ada la yg kita tak puas hati tapi pejam mata je la, nak kemas satu hal woh...banyak benda nk kena masuk.
Konsep moden dengan kaler black n white, dalam gambar nampak cantik, kt luar biasa2 je. Oklah, layan beberapa gambar yang tak seberapa ye..chowsss (tengah bengkel DGN kt penang nih)

Sunday, July 29, 2012

dapurku tak berasap

Assalamualaikum

Hari ni dah 10 hari kita berpuasa, kira2 congak2 terawih aku baru 1 kali pergi hikhikhik..bukan malas tapi anak dara aku yg sorang tu xleh dibawa ke surau lagi, nanti bising 1 surau dia nk balik, tak ke kelam muka mak dia, insyaallah, ada rezeki nanti dapt jugak buat amalan sunat tu nanti..positif..positif..

Ok bercerita pasal puasa, aku dah 2 tahun mengekalkan rekod 0 pasar ramadan...tahun 2010 n 2011, balik keje trus masuk dapur, masak ringkas2 lauk n kuih 1 jenis..cukup. Namun apakan daya, tahun ini rekod itu termusnah disebabkan oleh kerja2 merenovate dapurku tak siap2 :( marah sungguh makcik bila orang keje slow nih.

 Apapun, joms tgk rumah mak yang telah dipecahkecil hehehe..eh dipecahbesar..hopefully dapat la siap sebelum raya..mak nk buat biskut raya nakkkk...
 Ni dapur sebelum, masa beli rumah ni, owner tuh dah buat table top tapi huh, x berkenan...reject hehehe...kami nk extend sampai belakang so part dapur ni dibesarkan dalam 5 kaki lagi

 Oww..gambar syeksi en. F..(sorry abah, terlebih glamor plk seluar peberet abah tuh). Ni bahagian belakang yang asal. Penuh dgn pokok pisang so kami korbankan mana2 pokok yang ada kat belakang nih. Kat belakang tu, en. F punya assistant tengah main api.


Keadaan dapur selepas diketuk. Kami x separatekan dry n wet kitchen, buat skali je. Kt belakang tu kami buat stor, laundry room n tempat untuk aktiviti menjahit aku (kalo x buat tempat khas kt belakng tu, x mampu mak nak nyorokkan gorgon (mesin jahit) mak tuh nyah


 En. F aka banker termenung jauh disamping kitchen appliances yang menunggu masa untuk dipasang. X sabor mak nk rasmikan oven baru untuk buat biskut raya tahun ini. Tapi hajat akan kesampaiankah kerana dh masuk 10 hari puasa, tile tak jugak siap2, jika tile x siap, dengan kitchen kabinet x dpt masuk :'(
Sehingga catatan ini dibuat, tukang pasang tile tu x siapkan jugak keje dia. Panazzz gak aku, ermm nampak gaya bukak n guna dulu la oven tuh LOL!

Ok, sekian untuk post kali ini. Ada masa aku post lagi ye..daaa


Monday, June 6, 2011

KEBUNKU

hari ni selasa, maknanya lagi 3 ari keje, cuti lagi..

ujung minggu korang buat apa? ujung minggu lepas aku cuci kebun, bersihkan kebun belakang umah yang bersemak samun, segala jenis makhluk nokturnal ada, siput, gonggok, slug, ulat dll (spesis ni merayap waktu malam) eiii geli-geli...

So meh la cuci mata tgk kebun ye, sesambil tu n3 ni juga disediakan untuk org2 yang x kenal pokok...at least dapat jgk pahala share ilmu dgn uolllsss hehehe



Pokok kacang botol, baru start berbuah


Pokok turi
Pokok mangga cokanan, lambat bebenor nk besor (padahal aku baru tanam hehe)

belah kiri tu pokok cekur, belah kanan pokok selasih, tengah2 yang daun mcm kunyit tu pokok kunci, ni semua tinggalan bibik aku

ni pokok kacang panjang yg x menjalar, mcm pokok bayam je saiznya, tu dh kuar buah

pokok serai kayu kata org kelate, pucuk dia buat ulam, taruk dlm nasi kerabu perghhh, wangi

ni semupu aku kasi, pokok bunga lawang katanya, ntah mcmana ghoper, kena tunggu dia berbunga dulu ye


ni keladi, buat masak asam sedap nih..asalnya maktok beli keladi kt pasar, tgu la dia masak sampai kering ko x masak2, last skali aku kambus je ubi keladi yg kering sampai jadi mcm ni haa. idup..sihat walafiat n besar panjang pun dia

pandan...takyah citer pun tau :p

okeylah, ni gambor keseluruhan kebunku....bersih kan heheh

Monday, January 10, 2011

sedar tak sedar dah nk masuk 4 tahun aku duk kat umah ni...dh selesa mcm umah sendiri walau hakikatnya aku masih menyewa huhu.

Umah yang aku duduk ni ok sb ada halaman di depan dan di belakang, kiranya kat depan tanam bunga, kat belakang tanam sayur.
Memandangkan laki aku suka sangat meminda taman kat bahagian depan, suatu hari tanpa disangka dia telah membina satu binaan kekal seperti ini.
dan menurut arkitek merangkap pengurus projek merangkap buruh kasar, projek ini mengambil masa 1 minggu utk disiapkan dan hasilnya menjadi begini.
tak sangka terror jugak cik abe aku buat..cantik la, n yg penting, guna brg2 recycle jer.
Okep, nanti aku upload gambar pondok lak hehehe...suke..suke..
pandai abah!!!


Tuesday, October 20, 2009

pokok pisangku sayang

Berani tak pokok ini?
Tahukah anda inilah pokok yang paling berani di atas muka bumi ...naper ek?
sbbnya dia berani mengeluarkan jantungnya ke luar hehehe
Ni pokok pisang generasi kedua di belakang umahku. Masa ni dia br kuarkan jantungnya, cuba lihat saiz jantung dgn skala budak baju belang tu, hampir sama je besornyer.
Gambar ni sebenarnya agak lama, skang ni dah besor dh pisangnye, tunggu gambar yang terkini...