Assalamualaikum..
Apa khabar semua adik kakok...harap sihat blako deh. Ari ni jumaat, jam 4.10pm, aku kt rumah ni...sedang melayan laptop sementara cik paa tido, kt luar cuaca panas gilerrr ahhh...ada tanda2 awan mendung nk hujan. Ya Allah..Kau curahkan hujan di bumi Salak Tinggi yang gersang ini bersama turunnya rezeki.
Kejap muncul kejap hilang..kejap muncul kejap hilang..haaaaa itulah kaedahnya org yang bersifat halimunan cam i ni hahaha....nk spend masa menaip tu agak payah la semenjak dua menjak ni. Dulu masa keje okeylah, internet 24/7 di hujung jari. Bila dah tak keje ni rasa rindu plk nk masuk keje..khennnn....manusia ni mmg tak ret bersyukur.
Eh..bukan tak bersyukur, syukur kerana diberi rehat dari bekerja untuk 2 tahun ini tapi kadang2 tu rindu dgn rutin bekerja mcm pergi meeting, outstation..yeah..outstation bagi ibu bekerjaya seperti aku adalah time untuk diri sendiri...nak tau kenapa, sebab biasa keje abis petang, tak pun malam..so sebelum tido ada masa nk berendam lama2 dlm tab mandi, nak pakai facemask dan lain2 lagi yang tak dpt dibuat di rumah (SEBAB KEJE KAT RUMAH TAK PERNAH ABIS SAMPAI PEJAM MATA ZZZZ HEEHEH).
Amboi melalut2 la plk...okeh2 che siti..insofff, kembalilah ke pangkal jalan
Apa benda yang nk dicerita ari ni sebenarnya? owh pasal kebun secoet...yeah (sambil gosok2 tapak tangan eksaited) ayuh kita mulakan.
Well, as you know, aku memang suka rumah yang berhalaman. Kalo ikutkan cita2 aku nk ada rumah yang berlatar belakang bukit..sbb rumahku kt kampung xde bukit n view jalan, ku selalu berangan nk cari husband yang rumah dia tepi sawah...tapi takde rezeki hahaha...so masa cari rumah untuk dibeli, kami target landed houses..i.e semi-d. Alhamdulillah, rumahku syurgaku adalah secoet tanah kt tepi yang telah kami transform kepada 5 bahagian...1 bahagian pondok, 1 bhg kolam ikan aka kolam nyamuk, 1 bhg zen garden, 1 bhg padang rumput utk ketuk bola golf sejauh kera mengangkang oppsss dan paling hujung ke belakang, kebunku...disediakan khusus oleh asben terchenta katanya hehehe..
Ari tu kebun ni terbiar sebab byk sangat siput khinzir, asal tanam pape je abis kena belasah..ekoran kerajinannya mengutip siput yang tak boleh dimasak lemak ini, maka sekarang kebun sayurku boleh dikatakan bebas siput. Outcome drp ketiadaan siput menghasilkan pokok2 sayur yang ditanam dan bebas racun perosak...cer tgk gambar tu, uolss kenal ke pokok2 tu semua?
Oklah..oklah..meh iolss bagitau, sekarang ada pokok tembikai, pokok timun, pokok kacang botol, pokoksalad dan pokok sawi sebagaimana yang terpampang di gambar. yang tak masuk frame pulak koleksi bunga ros jepun yang baru je nk subur..bunga tak keluar lg so xleh la ku tayang di sini, pastu ada serumpun pokok lengkuas, 1 pokok kunyit, 1 pokok serai, 1 pokok cili, 1 pokok limau purut, 1 pokok anggur, 1 pokok sirih, pokok tomato, 3 tompok pokok bendi..haaa apa lagi....bak kata kalo nk makan tomyam tu petik tepi rumah je koooo....ni anak pak maslan tengok terharu tau hahaha. Jangan sangka tanah sekangkang semut tak boleh diusahakan, dimana ada kemahuan, di situ ada pokok sayur.
Oppss..dlm perenggan di atas ada disebut part rumah utk pondok n kolam, well disebabkan projek masih under construction, nanti kuhapdet lanskapnya ye, maklumlah itulah owner, itulah contractor, itulah buruh kasar so mmg takes time le nak siapkan projek rm2.6b - rm2.5999999999999995b alkisahnya..
Udah ler.......
No comments:
Post a Comment