Monday, October 17, 2011

Pusat Konservasi Seladang

Tgh mengeringkan peluh setelah mendaki tangga ke tingkat 13.

Actually starting from today, aku berazam untuk tidak lagi menggunakan lif kecuali untuk saat2 kecemasan. Wah...baguskan azam aku, bukan apa sekarang badan aku dh makin tembam, lesu, penat, malas semua bersatu menjadi 1 hehehe..tgk gmbr pun frust sbb wow..bulatnya muka aku huhu....cedey mak!

dah..dah le citer joyah tu sume. Ni nk citer first time aku berhadapan n menyentuh seladang, my feveret animal hehehe..errr..agak2 kalo aku bela buat binatang peliharaan blh tak ek?



Pada 12-14hb yang lalu, kami dikehendaki menghadirkan diri ke Taman Negara untuk program berjimba heheheh..xde la, program suka2 je...pas tu nk g taman negara ni kena lalu kuala krau dimana terletaknya pusat konservasi seladang. Kami iaitu aku, anjang n pn laila dh berkira2 utk singgah time otw balik nanti.

Maka, pengembaraan bermula huhu...ptg 14hb tu, kira2 jam 4.30 petang, kami menyusuri jalan berbatu n bertahi lembu (wah...mmg kaya binatang liar aka lembu di kawasan felda nih), nk ke sana kami kena menempuh perjalanan +-12km masuk ke dalam Felda Jenderak Selatan..n dgn konfidennya kereta kementerian tu nk la masuk pagar pusat nih. Tetiba kami dihalang oleh guard kt situ..Huk aloh..igt tempat ni mcm kt Kuala Gandah tu tp rupa2nya dia x bukak utk public...dgn kefrustan yg menonggeng, berpatah baliklah kami semua...

Nk dijadikan cerita, masa kt Tmn Negara si Ana ni sebilik dgn officer PERHILITAN, namanya Beatrix Sim...dptlah idea utk menelefon kawan ni, nk mintak bantuan utk kami masuk.

N alhamdulillah, dgn niat yg murni hehehehe dapatlah kami
masuk, berjumpa dgn En. Saiful, dia punya pegawai kt sana.


Patutlah yg first td x dpt masuk, kami nk jumpa seladang, seladang mana yg kenal kami..bila ckp nk jumpa En. Saiful trus dpt masuk hehehhe...(bercerita sambil melompat riang)

Ok2...Sedikit latar belakang, Pusat ini dibuka pada tahun 1976 dan menjalankan pembiakan spesies Seladang (Bos gaurus hubbacki) yang terbesar di Semenanjung Malaysia.Dua buah lagi pusat konservasi spesies ini ialah di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak dan Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang, Kelantan. Kemusnahan habitat semula jadi akibat pembukaan beberapa kawasan hutan di Semenanjung Malaysia untuk pembangunan dan pertanian serta pemburuan haram merupakan antara faktor yang mengancam populasi.

Dari tahun 1982 hingga tahun 2004 PERHILITAN telah menangkap 4 ekor seladang jantan dan 2 ekor seladang betina dari habitat liar sebagai perintis program pembiakan spesies ini. Keenam-enam ekor seladang ini diperolehi melalui operasi tangkapan baka Seladang yang dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia bagi menangkap seladang-seladang yang terancam akibat pembukaan kawasan hutan yang tidak terurus.

Kelahiran pertama anak seladang dalam kurungan pada 12hb April 1985 menandakan kejayaan bagi program konservasi spesies hidupan liar ini. Dari setahun ke setahun, bilangan ini bertambah dan pertambahan bilangan spesies ini menarik perhatian masyarakat untuk melihat hidupan liar ini dengan lebih dekat lagi. Sehingga kini, bilangan seladang di puasat ini berjumlah 33 ekor kesemuanya. Seladang-seladang ini dipelihara secara berkumpulan termasuk ibu dan anak, berpasangan atau individu mengikut keperluan.
Yang ni aku bersama Waja, seladang yang lahir di pusat ini pada tahun 2007, umur dia 4 tahun dgn berat kira2 800kg. Waja ni manja n tak mendengus macam seladang2 lain kt pusat ini. Kira, kita blh gosok2...n baru aku tau kenapa seladang ni berminyak..rupa2nya secara semulajadi tubuh seladang mengeluarkan minyak untuk menghalang daripada gigitan serangga.


Oklah Waja, kami nk balik hah. walaupun tak lama kt sini, at least aku dapat melihat seladang secara dekat.

Dan kt kandang sebelah sebenarnya kami telah diberi warning oleh 2 ekor seladang betina (cuba tgk kt belakang aku tu, ada kandang lain yg menempatkan 6 ekor seladang betina) yg berdengus kt kami. kemuncaknya en saiful ajak kami balik bila salah seekor daripada seladang betina tu meluru ke arah kami dgn dengusan n siap main sepak2 tanah lagi. Mungkin mereka tak biasa tgk kami..masa tu pn.laila, ana n anjang dh ke belakang, berfikir mana nk lari kalo2 seladang ni dapat lompat daripada pagar tuh hahaha....

Aku keluar drp Pusat konservasi Seladang dgn gembira n berazam untuk kembali lagi..TQ En. Saiful atas layanan n bantuan. Aku akan kembali lagi..pasti!!!!