Saturday, January 29, 2011

TRIP #1 KE LABUAN

Cerita ni dah berkulat sebenarnya (hehe)sebab dah lama saya pegi Labuan nih, 27-28 November 2010 tapi memandangkan asyik memanjangnya bz, x sempat la saya nak bercerita trip saya ke Labuan nih.

Actually ni first time saya sampai kat Labuan, kecik je pulau dia so xde masalah nk round island dalam masa yang singkat hehe..1000x tq to JMG Sabah yang taja pengangkutan saya sepanjang kat sana, uols memang best!

Ok jom kita tgk apa yang saya jumpa kat sana...yipee :p












Ni hotel saya kt sana, Mariner Hotel Labuan. Hotel kelas cokia jer yg dapat memandangkan time kitaorg gi miting tu weekend+school holiday, memang sume hotel fully booked.
(FIY, weekend adalah time org2 oil n gas naik ke darat, so hotel memang kena book cepat)

Disebabkan aku sampai awal drp bos maka sempatlah g ronda jap, byk jgk tempat menaik yang boleh dilawati..meh nak citer dgn pesanan, jangan jeles ya hahaha...





































Ini adalah War Memorial untuk memperingati tentera British + gurkha yang terkorban semasa 2 world war..dalam tahun 1945. Terdapat lebih 2000 kubur yang dipisahkan mengikut agama islam, hindu dan kristian. Kalau datang Labuan, kena datang sini barulah anda disahkan tiba di Labuan tau..

Lepas tu, kami ke Chimney pulak.


























Monumen yang dikenali sebagai "chimney" ini ialah mercutanda yang bersejarah dan unik di Pulau Labuan. Dikenali juga sebagai "Punil" oleh masyarakat tempatan dipercayai dibina pada awal 1900 ketika kemuncak industri perlombongan arang batu di Tanjung Kubong di bawah pentadbiran British North Borneo Cartered Company. Fungsinya masih menjadi tanda tanya dan dipercayai digunakan sebagai rumah api untuk kapal-kapal dagang.

Amboi panasnya berpusing-pusing kat pulau ni, jom kita gi minum air kepala muda sambil tengok matahari terbenam kat Pantai Manikar..cantiknya
























Satu lagi yang bestnya kt pulau ni ialah duty-free shopping n dia punya seafud..hoho..


































Ok, ini tempat yang kitaorg pegi untuk beli coklat n cuci2 mata tgk gelang kristal n pearl.













pertama kali aku tengok ikan senangin punya besar, kalo kt semenanjung dapatlah saiz 3 jari, tu pun harga mak oi cekik darah. Kt sini haa kau, saiz king punya. Dan2 tu jgk rasa nk wat balik kt maktok hahaha..sedapnya wat kari ikan nih. Ni aku g pasar basah dia.












Ni tempat makan yg aku rekemenkan sape2 nak pegi ANJUNG KETAM. Ada 4 gerai kat sini dan makanannya superb + harganya berpatutan. 10 orang makan, baru RM250, makan ketam sampai muntah beb hehehe..































Akhir sekali, sebelum balik sempat jugak la kami pekena ABC blended kat bandar Labuan, sangat sedap..wallawey!!alhamdulillah.

Erm, percutian sambil bekerjaku dah tamat so, sambung balik keje...wat ever pon..BEST!!

No comments: