Monday, September 23, 2013

Buah T: Tampoi + Tapas

Assalamualaikum..

Salam hari Isnin, kepala ada sikit weng, semalam aku tido awal, dlm kul 10 sbb nk tidokan di cinonet yang makin lasak sekarang. Sudahnya, anak merayap ke sana ke mari sementara maknya dah selamat melakukan perkomaan suci.Dalam mamai-mamai tu dptlah jugak aku bgn 2-3 kali tarik si Farha drp jatuh dari katil.hikhikhik..rekod anak paling banyak jatuh dari katil jatuh kepada Farha Nur Adelia..yeay!

Dlm kul 11 cmc tu, mak aku tel bgtau yang Busu jatuh, patah tangan n now kt Spital Batu Pahat. Nuar n Bukori dah otw ke sana so takpe lah, esok je la aku call dorang. Dah bangun dgn terkejut mcm tu trus mata tak lalu nk pejam...temankan En. F layan bola Man U vs Man City mcm tak best jer, masuk dapur, godak adunan light cheese cake, padahnya jam 2 pg baru kek aku masak..ting!!!!

Kul 3 Farisya Nur Zahra pulak merengek nk milo..bangun bancuh milo...tdo kejap2 Farha bunyi..asal la anak dara aku berdua ni, panas kot mlm tadi tu yang tak selsa. Nak bukak econ tak boleh sbb si kenit tu tak tahan econ, kena stgh hari dalm econ trus idung berair, kepala start panas..mmg anak bapak la adik ni tau..

eh..eh mana citer buahnya?

Ok, kali ni nk citer pasal buah tampoi. Kalo kt kelantan kami pamggil buah morkel..cheh ejaan takleh blah hahhaha. Buah ni adalah buah hutan so jumpa kt hutan je la. Tak penah lagi aku tgk buah ni kt halaman rumah orang. Rasanya sebijik mcm buah rambai, bentuk isinya pun cam buah rambai cuma kulit luar dia tu jauh berbeza. Cer tengok:

Model syeksyi ini dengan aksi BBBEESSTTTTT (sebut mcm mak rose dlm iklan KUD tuh) merupakan penggemar buah-buahan hatta buah belimbing buluh sekali pun. Ok tengok buah tampoi ni, nampak menyelerakan kan..kan..Buah ni aku beli masa lalu jalan Mempaga, Bentong otw balik kampung sedikit masa dulu. lepas tu tak jumpa2 dah..asyik jumpa petai ajork.


Ok yang gambar satu lagi ni buah apa pulak. Teng!! buah ni first time aku jumpa n makan, buah tapas. Buah ni ada di Sabah je kot sbb kt Semenanjung tak jumpa pulak. Sedap rupanya, mcm nagka+cempedak dgn wangian semerbak. Sebijik ni aku pulun berdua dgn Driver JMG Sabah, En Suhaimi ekekek...siap bwk biji benih kononnya nak tanam. Ni kira buah yang rare dan bermusim. So kalo ada sesiapa nk merasa buah ni, blh la ke Kundasang dlm bulan 1-2 mcm tu, ada rezeki bolehlah cuba, sedap!

Alright, habis dh sesi menconteng blog nan hado ni, next time aku merapu lagi, adiosssss!

3 comments:

Unknown said...

temponek

Unknown said...

temponek

Zieta green said...

BUAH TARAP...Hanya di Sabah ada...tapi jangan tekejut kalau ada d gelang patah johor...kerana abang2 saya bawa benih tanam d sana tapi setakat ni share dengan kawan2 makan saja...buah yg muda boleh dibuat sup + daging...prehhhh sedap...