Thursday, March 28, 2013

Cerita Kebun Saya Ep.1

Waktu: 1045am
Tempat: Meja PSU 1@ Ofis BMG@ NRE@Putrajaya
Mode: Lemau

Assalamualaikum..
Salam Hari Jumaat semua

Break kejap, update blog heheh..nora kata aku rajin buat keje sbb keypad PC tak berenti bunyi...mcamana nk berenti kalo aku duk taip citer kt blog ni haaa kuang3x. Minit mesorat+ surat panggilan meeting ada lg beberapa perlu disiapkan, tarik nafas jap. Semalam setengah hari dh berperang dgn SPPII, sistem yg tak mesra pengguna tu betul2 menyusahkan lah, tak pasal2 setengah hari kejenya ulang meng key-in data je (huh merungut je kejenya hehhe)

Bos besar cuti 2 hari ni, biasalah time kucing takde, mulalah tikus menari kan..semalam dh menari joget lambak, dgn exBMGees datang melepak, riuh rendah kitaorg. Terima kasih kepada En. K, kaksad, kakliza n Cik Timoat kerana sudi berkumpul n makan2 kt sini. Lama tak berkumpul, tu Jalil n Che Lah tak dpt join, kalau dorang ada lagi havoq kot hahaha...uh relieve all stresses ngko. Sorry ye gambar semalam x amik, bahaya ooh nanti ada bukti berjimba time office hour wakaka.. to uolsss, nanti kita kumpul lagi tau.

Okeh, hari ni jumaat, ada pasar tani mega kt putrajaya ni. plannya nak g beli pokok delima n soursoup..nk tanam kt laman rumah tu. Alamak gambar xleh upload (sbbgambadukdlmkamera,kameralakdhterbangkeAmarekasanadibawaolehnuaryangpegisanaselamaseminggu) hehehe..

Satu persamaan antara aku dgn en.F ialah minat kepada lanskap, dia minat lanskap yg berkolam2 ni, aku biasalah pokok2 n herba. Projek yang sedang berlangsung sekarang ialah projek lanskap kt tepi rumah tu (kami mmg memilih rumah semi-d sbb ada ruang untuk bercucuk tanam). Kat luar pagar dah ada pokok mangga cokanan 1, nangka madu 1 n terbaru epal vietnam. nanti bunga-bungaan akan ditambah untuk menyerikan kawasan hoho. kt dalam pagar lak bagi kategori pokok buah, dh ada pokok kelapa mataq, pokok anggur, pokok pisang, sayuran cili, tomato, kangkung, sawi dan bendi yang baru malu2 menunjukkan daun. ada daun kesum, pudina, rosemary, basil..huh apa lg...anak2 tanam pokok tembikai, adalah 3 pokok dh tumbuh, tinggal taruk baja je. Pokok terung pun tunggu masa untuk dialihan dari pasu semaian. So untuk menambahkan rimbun kebunku, nilah projek mencari pokok delima n soursoup, nanti nk beli pokok sirih sekali (tak rugi tanam, mana tau ada keperluan nanti kan).

nanti episod akan datang aku upload foto2 pokok kesayangan aku okeh...sampai bertemu di lain kesempatan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (poyo!!)

Thursday, March 14, 2013

Trip to Vietnam...part 2

Assalamualaikum..
Busy..xde hari yang tak bz melainkan bz belaka.
Minit mesyuarat ada beberapa lagi nak d siapkan, paper ada beberapa lagi nak d siapkan, keje2 kewangan, keje2 pentadbiran, keje3 PSM dan keje2 org pun ada beberapa lagi nak di siapkan..
Take abreak and jommm kita merayau.
Ari ni aku nk sambung cerita trip ke Vietnam...
Kalo korang tgk entry aku tahun 2011 hehehe, lama giler, ada 1 post tu aku cerita pasal aku g vietnam, meeting on mineral kt sana..so apa kata kita sambung semula ceritanya

Aku ke sana atas urusan mesyuarat ASEAN Senior Officials Meeting on Minerals..mesyuarat ini mmg diadakan setiap tahun dan dianjurkan oleh setiap negara ASEAN secara penggiliran.(alphabetical order). Kalo tak silap aku malaysia will become a host in 2016.
                   Gambar delegasi malaysia bersama LO from Vietnam, Mr. Khang and Ms. Pam
Habis yang official, yang non official lebih mengujakan hehehe..
Di Hanoi, tempat shopping dia tak se-happening saigon/ho chi minh tp the price is better sbb saigon dh jadi tourist spot so of coz la brg2 dia pun a bit expensive.
Kat sini nak makan susah sikit sbb restoren halal very limited. yang kami pegi pun asyik ulang restoren nisa je la (restoren paling glamour bg rakyat malaysia yg dtg sini) hehhee.
Aku stay kat hotel melia, dr hotel ke pasar (aku lupa dah nama pasar dia) x la jauh, within walking distance lg tp empphhh naik teksi je lah hehehe
So jom kita tgk apa yg specialnya kt pasar di hanoi ni

Makcik jual sayur dan buah. Sebagai tanda sokongan hehehe, aku beli  sekilo sengkuang yang makcik ni tanam sendiri...tengok dia ikat sengkuang tu dgn pokok2nya skali kat basikal dia
ni kalo tempat kita jual pisang goreng la ni...

Orang vietnam terkenal dengan seninya. Tengok kat atas tu...sulaman yang mereka buat sangat cantik. Masuk dlm kedai jual produk sulam ni mcm kagum giler..rasa nk buat jugak hahha...napkin dia cute kan, rugi tak beli ari tu :(
Satu lagi sampai vietnam, haruslah memborong vietnam silk...dapatlah 2 pasang aku beli tanda kenang-kenangan.
Apa lagi.. ermmm lukisan. Ramai artist kt hanoi ni...kedai lukisan berderet2..boleh tempah ari ni, ambik esok mcm bos aku kat atas ni, dato' aziyah tempah lukisan, pas tu dia balik mesia, jdlah aku pembawa lukisan beliau balik..bwk kt bahu mcm machine gun gitu hehehe...
lukisan kt bawah tu aku punya, selamat diframe n digantung kt dining hall aku hehehe..
ok, nak cite panjang takde masa so sampai setakat  ni dulu...daaaa

Tuesday, March 12, 2013

Ketupat Sotong - kelantan's signature dish

Assalamualaikum
Rabu biasanya blogger2 post wordless wed...ini hari aku x wordless, aku wordlots hehehe..
Semalam balik keje terus ke dapur, nyahbekukan sotong yang dibeli ari ahad lepad kt pasar borong, rendam beras pulut..nk buat ketupat sotong. Dah berapa hari dah en.F request nk makan, ari mgu br ni x sempat sebab aku sibuk siapkan tart orderan customers aku.
ok, skrg kul 1.44petang, lunch hour..aku xmo bazirkan masa..moh le kita tgk resepinya ye.
Bahan-bahan

12 ekor sotong saiz sedang/ besar (xnak kecik sbb sotong nanti mengecut, dpt saiz mini je kang)
2 genggam beras pulut (cuci, rendam dgn santan cair n sedikit garam dalam 1 jam)
2 cawan santan pekat
2 keping gula 'nisey (aku pakai yg kelantan/siam punya) yg melaka x layan hehehe
4 sudu besar gula pasir
secubit garam
daun pandan
lidi

Cara-cara:
Cabut kepala sotong, buang cat, mata n giginya. Toskan
pas tu ambik sotong tu, masukkan pulut yang direndam tadi sampai 1/2 penuh dalam badannya
pas tu letak kepala dan cucuk lidi supaya tak tanggal
susun dalam periuk, letak santan 1 1/2 cawan, gula, nisey', garam dan daun pandan. Masak dgn api sederhaha, air sotong akan keluar.
Jgn masak lama sbb kalo lama sotong liat. biasa aku masak dalam 20 minit gitu, agak2 pulut dh masak, masukkan baki santan..biar mendidih kejap, perasakan manis n lemaknya, dh siap.
mudah je kan..silalah cuba

Monday, March 11, 2013

No Goodies For Us??

Assalamualaikum, selamat hari isnin semua...
Majlis Perhimpunan Penjawat Awam (MAPPA) kali ke (err lupa plk hehehe) telah berlangsung di PICC pagi tadi. Semua penjawat awam termasuklah aku tertunggu-tunggu any announcement yang menggembirakan..ada org cakap akan ada kenaikan elaun cola la, perumahan la...
Tup2, apo pun xdop...yg gembira pg ni pak polisi dan abang mat terap kito sajork, pensioner dpt kenaikan 3% (kalo pencen 800, dptlah kenaikan 24 hengget so jadilah RM824) then sape2 penjawat awam yg gajinya cium dinding, dapat la anjakan...tu je la

Aku dh lupa bila kali last aku attend MAPPA ni, masa DPA dulu rasanya tahun 2008...tu pun dgr separuh je, yg selebihnya tdo (syok orrr dlm econ, duk kt kerusi empuk yg muat2 batang tengkuk landing dengan selesa hehehe). Election dh dekat, kalo xde imbuhan apa2 thn ni, kena tunggu 3-4 thn lagi la kalo nk dengar berita baik pun..apapun, syukurlah dengan apa yang ada..ada pekerjaan yang tetap, gaji yang agak lumayan, tempat kerja yang selesa...apa lagi

Bercakap pasal tempat keje, tak pernah terfikir pun yang aku akan menjadi salah seorg penjawat awam yang bekerja di Putrajaya. kira gah ler..dulu masa study, putrajaya ni under construction. Dengan jalannya yang mcm poning sangat, bangunan2nya yang cantik..hati terdetik..alangkah bestnya kalo dapat keje kt sini. Tup2 mungkin masa hatiku berbisik itu, pintu doa sedang terbuka dan detikan hatiku telah dimakbulkan Allah,alhamdulillah..

Kini, dh 7 tahun 3 bulan aku berkhidmat di sini, masih di tempat lama, berjawatan M44..M tu skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik, 44 tu gred..2007 masuk keje dgn gred M41, dis 2010 dinaikkan pangkat ke gred M44 dan insyaallah ada rezeki bakal melangkah ke gred M48.

Ermm, nanti ada masa aku ceritakan tentang liku2 yang dihadapi untuk menjawat jawatan PTD ini...pasti ramai yang mencuba dan rezekinya Allah jua yang tentukan, ada masa nanti ye..so stop dulu, kita sambung dgn keje opis plk...daaaa
Quarry visit: Hong Kong 2011

Tuesday, March 5, 2013

Betapa bznya aku..:(
















Maafkan aku Ya Allah....sibuk sampai kadang-kadang terlalai mengingati-Mu
Maafkan aku ma..sibuk sampai jarang call
Maafkan aku asbenku...sibuk sampai jarang dpt masak makanan feveret awak
Maafkan mama abe...sibuk sampai tak sempat layan abe
Maafkan mama kakak...sibuk sampai x dapt jaga kakak time demam mcm ni
Maafkan mama adik...sibuk sampai x dpt manjakan adik yg mogok sejak mama outstation minggu lepas
Maafkan ore adik beradikku..sibuk sampai jarang bertanya khabar
Maafkan aku sahabat2ku...sibuk sampai jarang contact...
Huh sibuknya aku...(mode down sbb keje byk, anak x sihat, tido x cukup)*sigh

Monday, March 4, 2013

Kek coklat "buat dgn kaki pun jadi"

Assalamualaikum
N3 resepi pada kali ini mengupas keajaiban kek yang diberi nama sebegitu buruk..hahaha 'kek buat dgn kaki pun jadi'...kenapa??mesti jalil tertanya2 kenapa...berminat untuk mencuba kek ini.
Asalan kek ini adalah drp mak sahabat aku Azrah, org kota bharu..masa matriks dulu asal naik dr cuti je dia bwk kek ni, asal naik dr cuti je bwk kek ni...dh la sedap, makin disimpan makin moist...yum..yu,...kami housemate dia mmg sapu licin arr kek ni.
Resepi yg diberi x menghampakan. Ko godak la mcmana, taram la mcmana, even kacau ngan kaki pun kek ni still jd. Adik2 lelaki aku yg x penah buat kek ni pun blh buat dgn cantiknya..itulah istimewanya kek coklat ini.
Dah, x pyh merapu pjg...jomss tgk resepi n silakan mencuba

Bahan A:
2 cawan marjerin/mentega
3 cawan gula halus
2 3/4 cawan tepung gandum
6 biji telur
1 st esen vanilla
1 st baking powder - ayak dgn gandum

Bahan B:
1 cawan serbuk koko
1 cawan air
1/2 cawan gula
masak ketiga-tiga bahan ini atas api sambil dikacau hingga gula hancur n adunan sedikit pekat

Cara2:

Pukul marjerin dgn gula hingga kembang
masukkan telur 1 per 1
masukkan esen vanilla
masukkan gandum sedikit demi sedikit
masukkan bahan B
kacau/pukul rata

Adunan ini menghasilkan kek yang besar, so sila pakai loyang yang berukuran 10x10 at least. x payah grease loyang, kek akan lekang sendiri...bakar hingga masak.
* aku suka biarkan kek dlm 1 hari...masak ari ni mkn esok sbb kek akan jd moist gitu...

Selamat mencuba ye.(ditujukan kepada chef kelongkang #2 aka jalil salleh hehehe),
chef kelongkang #1 aku ler tuh hikhik