Assalamualaikum..
macam meroyan pulak aku...update blog sampai 2 kali ari ni hahhaha
Ni la penangannya kalo dh lama tak dpt menconteng kannnn.
Ok, tak lama lagi kita bakal menyambut hari raya korban. Jadual cuti dah sintai-intai ke?
Aku raya haji tahun ni plan nk balik ari jumaat, 11hb tu ikut Terengganu, ingat nk berenti makan di Penarik..makan seafud..kalo jadi. Tgk la mcmana.
Kat Kelantan, sambutan rayanya agak meriah....mcm raya puasa jgk cuma baju raya tu pakai kejap la, pas tu tukar baju utk kerjakan lembu pulak. Tahun lepas aku buat korban, tahun ni rasanya takde kot. Kemeriahan ni actually lebih kepada mereka yang buat korban, mereka yg x korban tu abih semayang raya, balik umah mkn2 n tdo je la.
Ok jom aku citer sikit kenangan raya haji tahun 2012 yang lalu. Masa tu mak tgh buyung nyah, lagi seminggu nk meletop haaa...xpe la anak dlm perut nk tgu makan daging korban, tu mak sempat belasah daging hehehhee
Seekor lembu kan dibahagi tujuh bahagian. Selalunya tuan lembu akan iklankan sape yg nk share 7 bahagian tu, tak kira sedara mara, sape2 saje blh ambik 1 bahagian. Cam lembu ni sepupu aku punya, dlm 7 bahagian ni ada org kampung sebelah punya share pun ada. Sebelum sembelih tu kena akad jual beli lembu dulu antara pembeli dgn pemilik lembu. Gemuk tak lembu aku?
Semua ahli keluarga berkumpul untuk mengerjakan lembu ni. Kami bekerja atas konsep, kamu punya lembu, kamu kerjakan lembu itu hehehe. So selalunya mmg ramai la ahli keluarga yang menolong.
Nampak kejam, kalo NGO tangok ni mesti marah hehhee...lembu ni sedang diusaha untuk dijatuhkan.
Ok setelah berjaya dijatuhkan, kaki diikat kuat-kuat supaya masa sembelih nanti dia tak menggelepar/cabut lari/menyerang/ menyondol manuasia-manusia di sekitarnya.
Innalillah...akhirnya lembu selamat disembelih. Masa darah mengalir tu kena niat" inilah korbanku, kerana Allah Taala"
Kerja seterusnya, melapah kulit. Biasa yang lelaki je buat keje, yang pompuan tukang tgk n tukang ambik gambo mcm ni la. Tambah2 mak buyung kan, lagi rileks...hehhe aku tolong gak la, tolong sediakan air.
Segala daging, organ dalaman dan semua bhg lembu kecuali apa yng ada dlm perut..erk t**k lembu ler tuh, akan dibahagi 7. Setiap orng akan dpt 1 bahagian bermula dari daging, tulang, perut, hati, jantung, paru, hatta batu pun. Timbang sama rata okeh.
Orang yang terpilih sahaja yang mampu menguruskan perut..huhuhu mmg salute la. perut ni dibawa ke sungai untuk dibersihkan.
Proses pembahagian tak abes lg.
En. F sedang khusyuk membahagikan tulang rusuk lembu...bagi betul2 yang, bagi sama rata ye.
Eh, dr berdiri terus duduk pun tak siap2 lg tulang rusuk tu isyh....sellow! Hahaha, akhirnya kerja-kerja menyiang seekor lembu tamat dlm kul 2 petang. Setiap orang membawa pulang bahagian masing-masing untuk diagihkan pula.
Kalau dulu-dulu, masa aku kecik, biasanya tuan rumah/tuan lembu akan ambik sedikit daging dari setiap 7 bahagian orang tu, akan masak dan jamu selepas semua siap settlekan lembu. Tapi sekarang rasanya tradisi memasak tu dh tak ramai yang buat.
Mesti korang tertanya-tanya mcmana daging tu diagih. Biasa 1/3 daging tuan punya korban akan simpan, buat mkn etc, lg 2/3 akan dibahagikan. Balik ke rumah, kerja-kerja agihkan daging akan bermula. Daging2 tu akan dimasukkan dalam plastik dan petang tu kami akan agihkan daging kepada fakir miskin/mereka yang tak buat korban. Kat kampung sekarang jarang nk dpt fakir miskin so agih je la pada mereka yang tak buat korban.
Selanjutnya, malam tu kami sekeluarga buatlah makan besar..berkumpul ahli keluarga, makan ramai-ramai.
So, overall mcm tu la suasana raya haji di Kelantan, meriah tak? bagi kami rasa mcm biasa je hehehe..
Ok, hingga bertemu lagi..daaaaa
No comments:
Post a Comment