baru terperasan yang kebanyakan entry aku dibuat pada hari jumaat..satu kebetulan?
Ermm sebenarnya ari jumaat adalah hari yg rileks sikit, kul 12.15 cam ni dh rehat, masuk balik keje kul 2.45..ding dong kul 5.30 dah balik.
Kejap lagi nk kuar, isi minyak keta, dh nyala mata gajah mak isis WTA tu kelaparan, kalo rajin kang gi merayau jap ke pasar tani...nk survey tudung..rasa macam tudung2 yg ada ni dah bosan..mak nak cari tudung style baru2 sikit nyah. Om jomss tgk koleksi cerita utk kali ini...cekidaut
Cerita #1
Semalam kan 25 April kan...suatu masa dulu, 34 tahun yang lalu...jam 5.00 pg di waktu fajar siddiq gitu, lahirlah seorang bayi perempuan daripada pasangan Che Mamat bin Dollah dan isterinya Zahrah bt Awang di kampung kangkong, pasir mas. Bayi ni merupakan anak ke-3 yang sebelum ini dahpun ada 2 orang anak perempuan yang comel2. Lahir yang no 3 ni lagi menambahkan kecomelan anak2 pakcik mat dgn kaknab ni hehe..Setelah 34 tahun berlalu, bayi tu membesar dgn sempurna,mendapat pendidikan yang baik, dapat pekerjaan yang baik, dapat jodoh yang baik dan dah pun dapat 3 orang cahayamata.Terima kasih ayah, ma kerana membesarkan aku sehingga berjaya seperti hari ini, terima kasih kakak2, adik2...kepada asben terchenta, tq atas our mini party yg dikantoikan oleh abg aisy semalam hahaha...kepada kawan2 n semula yg mengenali, tq for all the wishes..i'm so blessed..semoga pertambahan umur ini dapat membawa aku ke arah tingkat keimanan, perubahan, kejayaan, rezeki dan lain-lain yang lebih baik.
Cerita #2
Pagi tadi, masa drive ke ofis..di satu laluan ke Presint 18, ada seekor anak kucing kecil merayau-rayau di tengah2 jalanraya. Nampak ngeri + belas tgk sikecil itu terpusing2. hati berdetik, kalo tak kuambil, kena lenyek dgn kereta kesiannya la hai.
Mungkin masa tu Allah mendengar keluhan hatiku, dilorongkan kemudahan pada masa tu traffic light bertukar kaler merah, aku berhenti dan kebetulan ada seorang penunggang motosikal berhampiran juga perasan dgn kehadiran kucing itu. Aku trus bg signal berhenti, keluar dari kereta dan dgn bantuan abang motosikal itu, anak kucing yang tak berdaya tu aku letak dlm kereta. Niat hati nanti sampai kt ofis, aku nk iklankan kepada sape2 yg berminat ank adopt anak kucing hitam ni.
Nak dijadikan cerita, lepas turunkan abg n kakak kt tadika, aku bergerak ke ofis. Sampai di parking ofis, trus cari anak kucing tu nk bwk naik, kang duk dlm keta x pasal2 bukan mati dek kena lenyek, mati pulak dek kepanasan n kekurangan oksigen dlm keta aku. Cari punya cari, kucing tu x jumpa2. Puas belek keta (sampai punch card aku merah ari ni) mmg takde. Tak puas ati, aku punch masuk ofis, pas tu aku kuar semula cari. Ya Allah mmg takde...hingga saat artikel ni ditulis, aku masih tercari2 di mana anak kucing itu..
Cerita #3
Esok ari mgu yang pack, en.F keje esok n lusa, anak2 duk umah je la dgn aku. Order tat pun banyak esok...costumer dh bising bila blh order tat yg 3 mgu dah aku tutp ordernya hehe. Pas tu mgu ni jgk nk buat goodie bag kakak..besday kakak 4 mei nanti so plan nk buat goodie bag utk kawan2 kakak kt tadika + kek utk dia...will be a hectic weekend i guess so...layannzzzzz
Ok, dh kul 1.20, wa mau kuar ke stesen minyak n merayau secara solo jap..daaa
No comments:
Post a Comment