Thursday, September 26, 2013

Hari Jumaat Yang Sejuk

Assalamualaikum,

Salam hari jumaat. Cuaca di Putrajaya waktu ini mendung, menunjukkan tanda-tanda nak hujan lagi. Tadi dah hujan. Ini menambahkan lagi darjah kesejukaan dlm bangunan ofisku ke tahap beku. Kena reput fros jugak aku rasa kalo lama-lama nih, sejuk sangat. Econ kt bangunan ni dia centralized, bila hantar aduan kang team maintainance dtg panas pulak, suhu dia takleh adjust ngam2 ke tahap nyaman tau..isyyyhhh...

Biasa hari jumaat aku rajin merayap ke Pasar Tani Presint 2...tp minggu ni ada KUD so baik aku duk diam2 kt bilik, malas nk pegi bila ada karnival mcm tu, mak tak larat nk pusing cari parking nyah. Lagipun mlm2 sekarang tido tak lena, Farha Nur Adelia bila panas dia merengek. Mcm semalam dia merengek dr kul 3.15 sampailah 5.15am, hasilnya mak dia bwk keta dlm mamai pagi nih...igt nk tdo jap tapi memikirkan keje menimbun, tak lalu lak aku nak tido huhuh...

Hari Isni n ni ada mesyuarat bridged soalan parlimen. Dah musim parlimen nilah keje kami kt bhg dasar, sediakan jawapan YB Menteri untuk isu-isu yang berkait dgn sektor masing-masing. Penggal ni byk soalan pasal reserve mineral, so aku tgu touch up jawapan daripada jabtan je la. Minggu depan Selasa sampai jumaat aku ke Penang, Touch down je kt KLIA thari jumaat, terus sambung ke Grand Season Hotel lak sampai esoknya, sabtu. Pas tu boleh rileks2 buat biskut raya sementara menunggu raya korban hahahaha...

Aku pun tak tau apa yang aku duk merapu nih. Takpelh, dh tajuk pun letak bwh label MERAPU so mmg aku menepati tajuklah nih.

Ermm...duk berfikir:-
1. Apa side activity yang aku nk buat selain daripada keje ofis nih???
2. Nak makan ke tak tengah hari nih?
3. Bila nk g beli henpon baru, henpon lama dh selamat dah...rosak dh seminggu dn selama itu jugalah        hidupku tenang tanpa deringan call/sms heheheh
4. Nk gi bercuti kt mana ek?
5. Nak makan apa ek mlm nih
6. Kenapa keje tak abes2 nih?

argghhh dah2...tdo jap, bye uolss, kang aku sambung merapu aku nih later!!!adios (weng)

Wednesday, September 25, 2013

CORNFLAKES COOKIES

Assalamualaikum...

Salam hari Khamis sumer, yeay!ari ni ngan esok je keje, pas tu cuti 2 hari..
Semalam sempat intai blog blogger masakan dari Indonesia,(alamak lupa lak namanya, jika terbaca,mohon ijin ya kongsi di sini, enak banget) jumpalah satu resepi..cornflakes cookies. Teringat pulak byk balance marjerin n cornflakes baki buat biskut utk raya aidilfitri lepas. Lagipun, stok biskut untuk cemilan + bekal anak-anak ke sekolah dah habis.
Gagahkan jugak lepas tidokan Farha Nur Adelia, pergi ke dapur dh jam 12.30 tengah malam...nasib baik resepinya simple dan bentuknya pun main campak atas dulang jer. Kul 1.15 pagi.
Rasa biskut yang kaya dengan cornflakes la, dh namanya biskut cornflakes kan hahaha, tak manis sangat, rangup...kalau pakai butter lagi harum nih, nasiblah sbb aku nk abeskan stok marjerin daisy hehehe, apapun, mmg sedap and patut cuba. Meh kita tgk resepinya:

Bahan:
400g mentega (aku pakai marjerin je)
200g gula halus
2 biji kuning telur
400g tepung gandum (ayak)
250g cornflakes (aku masukkan tanpa ramas, kalalu nk kecikkan kepingan, boleh ramas kasar)
1 st esen vanilla

Cara:

Putar mentega, gula, telur dan esen vanilla hingga putih. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Masukkan cornflakes dan gaul rata. Atur atas dulang, nk bulat dgn tangan boleh, aku punya just pakai 2 sudu, bentukkan sikit. Saiz ikut suka. Bakar dlm oven yang dipanaskan terlebih dahulu 160'C selama 15 minit/ hingga kekuningan.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

* cookies ni juga sedap kot kalo tambah aksesori lain cam kekacang, kismis n etc.

Selamat mencuba, ni pun aku duk mengunyah lagi kt ofis, apa ke jadahnya bawak 1 bekas kalo nk simpan sajork hehehe. Jumpa next time, daaaa

BUTTON CHEESE COOKIES

Assalamualaikum,

Entry for today is about cookies that i've  been made looonnnngggg time ago.
This recipe i got from Kak Rima Bisous A Toi. The original recipe came from Indonesia, mbak Femmy.
You should give a try, especially for cheese lover.

Resepi ni aku dah derhaka sikit, pakai keju cheedar je..stok keju edam takde. Jom tgk resepinya

Bahan:

325 gram mentega
1 sudu makan gula halus
3 biji kuning telur
1 biji putih telur
150g keju edam (aku pakai keju cheddar)
100g tepung jagung
400g tepung gandum


Icing
250g gula ising
80g putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar (aku tak letak)
esen vanilla

Cara:

Pukul mentega dan gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu, keju dan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.

Canai setebal 1-1.5cm bergantung kepada masing-masing, boleh terap bulat (dah namanya pun button kan hehhehe), boleh potong 4 segi, blh terap bentuk bunga...belalang etc huhu. Sapu ising di atas, corakkan ikut suka. Bakar 170'C hingga masak (dlm 20 minit) bergantung kepada oven masing-masing.

Ising:
putar semua bahan hingga kembang. Sedia untuk diguna

* Untuk dapatkan corak cookies mcm aku punya tu, ambil sedikit aising, letakkan pewarna coklat dan masukkan dalam piping bag. corakkan ke atas ising dan bakar hingga masak.

Tuesday, September 24, 2013

AUTUMN IN MY HEART #3

Assalamualaikum...

Anyeong haseyo...bulan dpn bulan Okt genaplah kenangan aku ke Korea 3 tahun lepas. Masih terkenang-kenang lagi keindahan dan keseronokan sepanjang berada di sana. Sambil layan Running Man hati bersetik bila la ada rezeki nk ke sana lagi. Anyway, sebelum ni aku ada postkan 3 entry berhubung kenanganku ke Korea di sini  dan sini .Jom kita sambung nak ( merapu sambil terbayang muka Jang Geun Suk hehehehehe)

Ok, penceritaan dulu berakhir di Hotel Kangwon Land Hotel, hotel 5 star yang terletak di daerah Gangwon-do, timur Seoul. Masa aku pegi tahun 2010 dulu, Resort High1 dia under construction tapi tempat ski dah boleh masuk dah. Kat sini boleh naik cabel car, musim sejuk orang datang main salji dan naik alpine coaster yang mendebarkan hahahhaa....
 Keistimewaan hotel ni pulak setiap malam akan ada laser fountain show di tasik buatan / tasik bekas lombong yang sangat menarik. Muzik gedegung gedegang dan mata tak lepas melihat keindahan gerakan laser ikut muzik yang dimainkan. Aku tak ambik gambar la pulak. Gambar atas ni aku berlatar belakangkan Loume Arte, architecture  of lights. Siryes canteekkk.
 Jom kita naik cable car di High1 Resort, dia panggil mountain gondola.

 Ok, gondola ini menaiki Gunung Baekwoon setinggi 1345m. Kat atas puncak bukit sana nanti kita akan minum2 kt revolving restaurant, yeah...sejukkkk sangat
 Ok, tak yah tgk gambar aku minum kt puncak bukit sana, meh nak tunjuk alpine coaster yang kami kena naik untuk menuruni gunung tadi. Coaster ini akan melalui single track sepanjang 2.2km, seorang naik satu okeh, make sure jgn langgar bontot. Naik benda ni agak scary sbb kita hanya pakai 1 seat belt, kiri kanan open n dia gerak laju nyah, maklumlah turun bukit.
Hahaha...selamat sampai ke bawah. Aku org ke3 yang gerak so takde la halangan sangat kt depan yg gerak cam siput. Nasib la group belakang yang asyik berlanggar sbb kt depan mereka ada seorng..apa ke namanya naik cam siput, asyik brek sajork hahaha...

Alhamdulillah, dapat merasa n still teringat keseronokannya, dapat bawak anak2 mesti lagi seronok kan, takpelah nanti mama naik pangkat, abg, kakak n adik dh besar sikit kita datang okeh, moga dimurahkan rezeki.

Dah pukul 5.45pm, nak baliklah, nk ambik tuan besa r& tuan sedang kt nursery n tuan kecik kt umah pengasuh...nanti kita sambung k...daaaa

Marble Japanese Cotton Cheesecake

Assalaamualaikum sumer..
semalam lagi niat nak buat kek ni tp semalam tak larat, balik opis, drive thru McD, beli samurai burger sebiji sorg, beli happymeal kt abang n kakak, trus balik umah, makan, mandi, semayang, pas tu bersenang-lenang depan tv sampai kul 12 mlm. Mulut mmg nk makan tp x daya, kepala sakit, pinggang sakit, kaki sembab so rileks je lah.
Ari ni lain sikit, disebabkan aku masuk dapur (ari ni teringin makan sotong ketuk serai-trus jd lauk utama dinner mlm ni) so lepas makan kakak ajak buat kek..mcm biasa dia tukang tgu..maka terhasillah kek ini. Lembut je kejadiannya dan kurang manis, tu yg penting.
Ok joms tgk resepi, resepi ini aku dapat drp blog mbak ricke indriani nun jauh di seberang. Mohon share ye mbak...sedap keknya


Bahan-bahan

250g creamcheese-suhu bilik
60g butter- suhu bilik
125ml whip cream ( aku pakai susu segar sajork)

50g tepung gandum
50 g tpung jagung -campur dan ayak kedua tepung ini

5 biji kuning telur
1sdt parutan kulit lemon (aku x letak pon)

5 biji putih telur
125g sula halus
1sdm jus lemon - putar putih telur dgn jus lemon hingga berbuih, pas tu masukkan gula halus secara bertahap, aku masukkan 4 kali tuang. Pukul meringue hingga dapat soft peak

Panaskan creamcheese, susu n mentega atas api kecil hingga licin, sentiasa kacau. Angkat dan biarkan suam sebelum masukkan tepung. Kacau sebati dan tepung tak berbintil. pas tu masukkan kuning telur dan kulit lemon. kacau hingga rata.

Masukkan 1/3 meringue ke dalam adunan cheese, kaup balik perlahan-lahan hingga bercampur. Pas tu tunagkan adunan ni ke dalam baki meringue dan kaup balik hingga rata. Ambil sedikit aduana (anggaran 150g), dicapurkan ke dalam mangkuk berisi (20g serbuk koko dibancuh dgn 3ml air). Kacau rata.

Tuang 1/2 adunan kek ke dalam loyang (aku pakai saiz 20cmx20cm) yang dilengser dgn mentega dan dialas dgn baking paper. Pas tu 1/2 adunan lagi dituang berselang seli dgn adunan bercampur koko tadi. Pas tu terus lorekkan bentuk marble menggunakan lidi dll alat, sebelum dibakar secara steam bath, selama 90minit pada suhu 160C (oven aku kena pakai 140C, tu pun kek aku punya merekah...tanda suhu tinggi)

Test dengan lidi, jika kek dah x melekat, boleh diangkat dan sejukkan, keluarkan dari loyang bila nampak kek dah renggang dari acuan.

Selamat mencuba...

alamak, dh lewat, esok dh kena bertlak ke shah alam awal pagi..uargghhh..slmt pagi semua
12.56am: 6/10/2012

Monday, September 23, 2013

Buah T: Tampoi + Tapas

Assalamualaikum..

Salam hari Isnin, kepala ada sikit weng, semalam aku tido awal, dlm kul 10 sbb nk tidokan di cinonet yang makin lasak sekarang. Sudahnya, anak merayap ke sana ke mari sementara maknya dah selamat melakukan perkomaan suci.Dalam mamai-mamai tu dptlah jugak aku bgn 2-3 kali tarik si Farha drp jatuh dari katil.hikhikhik..rekod anak paling banyak jatuh dari katil jatuh kepada Farha Nur Adelia..yeay!

Dlm kul 11 cmc tu, mak aku tel bgtau yang Busu jatuh, patah tangan n now kt Spital Batu Pahat. Nuar n Bukori dah otw ke sana so takpe lah, esok je la aku call dorang. Dah bangun dgn terkejut mcm tu trus mata tak lalu nk pejam...temankan En. F layan bola Man U vs Man City mcm tak best jer, masuk dapur, godak adunan light cheese cake, padahnya jam 2 pg baru kek aku masak..ting!!!!

Kul 3 Farisya Nur Zahra pulak merengek nk milo..bangun bancuh milo...tdo kejap2 Farha bunyi..asal la anak dara aku berdua ni, panas kot mlm tadi tu yang tak selsa. Nak bukak econ tak boleh sbb si kenit tu tak tahan econ, kena stgh hari dalm econ trus idung berair, kepala start panas..mmg anak bapak la adik ni tau..

eh..eh mana citer buahnya?

Ok, kali ni nk citer pasal buah tampoi. Kalo kt kelantan kami pamggil buah morkel..cheh ejaan takleh blah hahhaha. Buah ni adalah buah hutan so jumpa kt hutan je la. Tak penah lagi aku tgk buah ni kt halaman rumah orang. Rasanya sebijik mcm buah rambai, bentuk isinya pun cam buah rambai cuma kulit luar dia tu jauh berbeza. Cer tengok:

Model syeksyi ini dengan aksi BBBEESSTTTTT (sebut mcm mak rose dlm iklan KUD tuh) merupakan penggemar buah-buahan hatta buah belimbing buluh sekali pun. Ok tengok buah tampoi ni, nampak menyelerakan kan..kan..Buah ni aku beli masa lalu jalan Mempaga, Bentong otw balik kampung sedikit masa dulu. lepas tu tak jumpa2 dah..asyik jumpa petai ajork.


Ok yang gambar satu lagi ni buah apa pulak. Teng!! buah ni first time aku jumpa n makan, buah tapas. Buah ni ada di Sabah je kot sbb kt Semenanjung tak jumpa pulak. Sedap rupanya, mcm nagka+cempedak dgn wangian semerbak. Sebijik ni aku pulun berdua dgn Driver JMG Sabah, En Suhaimi ekekek...siap bwk biji benih kononnya nak tanam. Ni kira buah yang rare dan bermusim. So kalo ada sesiapa nk merasa buah ni, blh la ke Kundasang dlm bulan 1-2 mcm tu, ada rezeki bolehlah cuba, sedap!

Alright, habis dh sesi menconteng blog nan hado ni, next time aku merapu lagi, adiosssss!

Monday, September 16, 2013

RAYA HAJI YANG LALU

Assalamualaikum..
macam meroyan pulak aku...update blog sampai 2 kali ari ni hahhaha
Ni la penangannya kalo dh lama tak dpt menconteng kannnn.
Ok, tak lama lagi kita bakal menyambut hari raya korban. Jadual cuti dah sintai-intai ke?
Aku raya haji tahun ni plan nk balik ari jumaat, 11hb tu ikut Terengganu, ingat nk berenti makan di Penarik..makan seafud..kalo jadi. Tgk la mcmana.

Kat Kelantan, sambutan rayanya agak meriah....mcm raya puasa jgk cuma baju raya tu pakai kejap la, pas tu tukar baju utk kerjakan lembu pulak. Tahun lepas aku buat korban, tahun ni rasanya takde kot. Kemeriahan ni actually lebih kepada mereka yang buat korban, mereka yg x korban tu abih semayang raya, balik umah mkn2 n tdo je la.

Ok jom aku citer sikit kenangan raya haji tahun 2012 yang lalu. Masa tu mak tgh buyung nyah, lagi seminggu nk meletop haaa...xpe la anak dlm perut nk tgu makan daging korban, tu mak sempat belasah daging hehehhee
Seekor lembu kan dibahagi tujuh bahagian. Selalunya tuan lembu akan iklankan sape yg nk share 7 bahagian tu, tak kira sedara mara, sape2 saje blh ambik 1 bahagian. Cam lembu ni sepupu aku punya, dlm 7 bahagian ni ada org kampung sebelah punya share pun ada. Sebelum sembelih tu kena akad jual beli lembu dulu antara pembeli dgn pemilik lembu. Gemuk tak lembu aku?

 Semua ahli keluarga berkumpul untuk mengerjakan lembu ni. Kami bekerja atas konsep, kamu punya lembu, kamu kerjakan lembu itu hehehe. So selalunya mmg ramai la ahli keluarga yang menolong.

 Nampak kejam, kalo NGO tangok ni mesti marah hehhee...lembu ni sedang diusaha untuk dijatuhkan.

 Ok setelah berjaya dijatuhkan, kaki diikat kuat-kuat supaya masa sembelih nanti dia tak menggelepar/cabut lari/menyerang/ menyondol manuasia-manusia di sekitarnya.

 Innalillah...akhirnya lembu selamat disembelih. Masa darah mengalir tu kena niat" inilah korbanku, kerana Allah Taala"
 Kerja seterusnya, melapah kulit. Biasa yang lelaki je buat keje, yang pompuan tukang tgk n tukang ambik gambo mcm ni la. Tambah2 mak buyung kan, lagi rileks...hehhe aku tolong gak la, tolong sediakan air.

 Segala daging, organ dalaman dan semua bhg lembu kecuali apa yng ada dlm perut..erk  t**k lembu ler tuh, akan dibahagi 7. Setiap orng akan dpt 1 bahagian bermula dari daging, tulang, perut, hati, jantung, paru, hatta batu pun. Timbang sama rata okeh.

 Orang yang terpilih sahaja yang mampu menguruskan perut..huhuhu mmg salute la. perut ni dibawa ke sungai untuk dibersihkan.

 Proses pembahagian tak abes lg.

 En. F sedang khusyuk membahagikan tulang rusuk lembu...bagi betul2 yang, bagi sama rata ye.

Eh, dr berdiri terus duduk pun tak siap2 lg tulang rusuk tu isyh....sellow! Hahaha, akhirnya kerja-kerja menyiang seekor lembu tamat dlm kul 2 petang. Setiap orang membawa pulang bahagian masing-masing untuk diagihkan pula.

Kalau dulu-dulu, masa aku kecik, biasanya tuan rumah/tuan lembu akan ambik sedikit daging dari setiap 7 bahagian orang tu, akan masak dan jamu selepas semua siap settlekan lembu. Tapi sekarang rasanya tradisi memasak tu dh tak ramai yang buat.

Mesti korang tertanya-tanya mcmana daging tu diagih. Biasa 1/3 daging tuan punya korban akan simpan, buat mkn etc, lg 2/3 akan dibahagikan. Balik ke rumah, kerja-kerja agihkan daging akan bermula. Daging2 tu akan dimasukkan dalam plastik dan  petang tu kami akan agihkan daging kepada fakir miskin/mereka yang tak buat korban. Kat kampung sekarang jarang nk dpt fakir miskin so agih je la pada mereka yang tak buat korban.

Selanjutnya, malam tu kami sekeluarga buatlah makan besar..berkumpul ahli keluarga, makan ramai-ramai.

So, overall mcm tu la suasana raya haji di Kelantan, meriah tak? bagi kami rasa mcm biasa je hehehe..

Ok, hingga bertemu lagi..daaaaa

PENGAT TAPAI UBI KAYU

Assalamualaikum...

Lama betul tak hapdet, sorry sangat sebab internet kt umah mmg harreeemmm tak bukak. Kat ofis pulak dia sekat tau, nakal org BPM ni, macam mana aku nak clearkan sawang sumer.

Oklah tak yah cakap banyak, jom check tgk mcamana nak masak pengat tapai yang best ni...feveret kawe nih. Biasanya makanan authentic kelantan ni dimakan ketika bulan puasa. Memandangkan bulan puasa dh lepas so oleh je makan time minum petang, or buat desert kalo ada mkn2 kt umah. Penggemar tapai ubi mesti suka punya, biasalah lari dari kelainan, asyik makan tapai ubi mentah/letak dlm cendol/goreng, meh try buat yang ni
Anda pun boleh jadikan ia feveret anda juga hehehe (cam iklan pulak)
Bahan
1 bungkus tapai (dlm 4-5 ketul)
1 cawan santan/ 1 kotak santan segera jemana M&S
3 sudu makan gula (ikut manis) - rasa dulu santan, sebab tapai dh manis. Ikut tekak masing-masing
secubit garam
daun pandan
5 kuntum bunga cengkih

Masak santan+daun pandan+bunga cengkih dengan api sederhana hingga mengelegak. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah minyak. Masukkan tapai, kacau perlahan-lahan takut tapai hancur. Letak garam. perasakan, jika tak cukup manis, boleh tambah gula.
Sejukkan dalam peti ais sebelum makan..mmg marbeles.

Selamat mencuba!
Daaaa....