Monday, December 30, 2013

Goodbye 2013...Welcome 2014

Tarikh: 31 Dis 2013
Masa: 1.12pm
Tempat: Meja Ofis

Assalamualaikum...
Hai semua, apa khabar hari ni? dh lunch?
Time rehat sekarang, adalah sikit masa aku celahkan juga utk update entry baru...sibuk buat claim tnt ni...last hantar 3hb tp sbb esok cuti, lusa n tulat nk cuti so terpaksa setelkan sume keje ari ni.

Pejam celik kejap je dh nk habis pun thn 2013...rasa baru je tulis tarikh kt surat2 2013...dh nk tukar ke 2014...dunia akhir zaman katanya masa akan bergerak makin pantas...suatu hari nanti 1 hari tu masanya umpama kita nyalakan sebatang mancis je..wallahua'lam.

Seingat aku, macam takde je azam aku tahun 2013...hehehe sbb awal tahun 2013 aku dlm pantang lagi. so takde la laporan pencapaian azam tahun 2013 ye dak. Tahun ini ditinggalkan tanpa perkara besar dalam hidup...life mcm biasa, anak-anak semakin membesar...kerja sibuk mcm sebelumnya, rumah bersepah mcm kebiasaannya  hehehe...ma sihat je tahun ni..alhamdulillah. kalau thun 2012 sempat bwk dia g jln2 ke sabah, tahun ni tak sempat ke mana. Dia datang umah aku je ari tu tolong jagakan Pa'a masa aku ke Kota Kinabalu..pas tu ikut plk nua ke JB. Citer lain tu biasa-biasa je la.

Pesa
Aisy


Pa'a
Paricha
Ct


Ok....utk tahun 2014 aku dah ada azam utk study rajin2..pada masa yang sama nk menceburi some business..adalah dalam perancangan tu tapi masih duk timbang boleh laku ke tak hehehe....

Tahun 2014 ni jugak anak sulungku..abg aisy dh masuk sekolah..darjah 1 Rajin, kena beri tumpuan kt dia supaya excellent kan..kakak pun dh pindah sekolah. dulu tadika di Presint 18, now letak kt BBST je...takdelah time aku out of town bapaknya nk ulang alik anta ambik dr Salak Tinggi ke Putrajaya...
Tahun 2014 ni juga harapnya aku akan jadi hamba Allah yang lebih baik...ibu yang lebih baik..isteri yang lebih baik...anak yang lebih baik..adik yang lebih baik..kakak yang lebih baik... pekerja yang lebih baik...dan semuanyalah better than before.

Anyway...Happy 2014!!!!

Sunday, December 15, 2013

Flight ETD

Tarikh: 16 Disember 2013
Masa: 1.50pm
Tempat: Meja ofis sambil mengadap semangkuk megi kari- cafe tutup sementara tunggu kontrak baru + takde geng nak kuar tapau makanan huhu...

Assalamualaikum,
Hari isnin yang blues di awalnya tapi penuh pengisian di tengahnya dan rasanya akan berterusan hingga ke petang.
Ding dong...lagi 2 hari nk sambut anniversary ke-7 dlm perkhidmatan. Masih ingat lagi, 18 Disember 2006, melapor diri di INTAN wilayah Selatan, Kluang di pagi hari musim tengkujuh untuk Kursus PTD Unggul selama 10 hari. Masa tu aku pregnant 2 bulan. Lapor diri pakai kasut rendah..taklah rendah sangat, 1 inci (maklumkah mak kan mengandung, giler hape nk pakai yg tinggi2)
Masa register, kami diteliti dari atas sampai ke bawah...sape kasut tak lepas spek (mesti lebih 2 inci) kena tukar. Berhambur la keluar beli kasut selebat hamburan kata-kata tidak puas hati kt UDPA... apa-apalah, kisah dh lama berlalu hehehe. Soo pendek kata malas nk ingat, baik aku ceita benda lain plk.

Aku penat lagi sebenarnya, start dr Sabtu minggu lepas tak rest...ari sabtu lepas kau ke KK sampai selasa, pas tu terbang ke Kuching sampai Khamis. Jumaat ke PD utk SKT sampai semalam Musim cuti mcm ni tau la kan mcmana ramainya orang menyebabkan tiket flihgt habes. Terpaksa jgk ke Kuching nih makanya aku terpaksa ambik tiket ke Miri pas tu ke Kuching.

Nak dijadikan cerita, program di KK habis kul 11 pagi, aku silap tgk tiket, aku tgk tiket kul 2. syoklah bertemu kawan2, duk borak bagai. Kul 11 setengah baru gerak ke airport. Dlm keta, En Sidi JMG Selangor tanya tiket aku jam brape, aku cakap kul 2 sambil membelek tiket kat tangan. Dengan tidak semena-mena mataku tertancap pada ETD 1230...makkkkkk flght aku kul 12.30!!!bukan 2.00pm,Dengan penuh huru hara, driver memandu dgn kadar pecutan , jam menunjukkan kul 12.00, alamak lg stgh jam, sempat ke tidak nih, kalau tak sempat mmg aku balik KL la hehehe....samapai kat airport, aku terus meluncur laju ke auto checkin-huh dia tulis cannnot print the boarding pass, panic seh...aku ke kaunter, dia suruh aku ke kaunter maswing kt sebelah. Dahh kalut tak jumpa lak pintu masuk hahahah!

Dalam kalut tu akhirnya aku sampai ke kaunter. Dgn tergopoh gapah aku bgtau flght sekian2, semapat tak aku naik? Petugas tu selamba je cakap kita dh bagitau flight delay...hah? barulah aku dpt menarik nafas lega, delay 1/2 jam hehhee....aku selamat naik flght ke miri, transit di labuan..naik balik ke kuching n sampai dgn selamat ke Kuching jam 7pm... moralnya, sila tgk tiket anda betul2 n pastikan anda tiada penyakit merbahaya di kala kezutan hahaha.......................

Thursday, November 28, 2013

Tak tau nak letak tajuk apa

Assalamualaikum,
Salam Hari Jumaat........

Hari ni aku nak membebel pasal apa ye..lama tak update, jgn kata org, aku sendiri pun tak lalu nk bukak blog huhu.

Tasik Chini Pahang..2011
Takmolah citer pasal keje, bikin pusing hehehe...penat arrr, aku dh tepu.
Nk citer pasal pokok? umah? anak? masak?keta? selipar? ermmm...
Ari  ni dh 29, hari kedua terakhir bulan November, esok 30 lusa dah masuk bulan Disember.
Maknanya cuti sekolah lg sebulan n dalam tempoh tu aku kena dapatkan semua kelengkapan anak terunaku yang bakal bergelar pelajar sekolah rendah tahun 2014 nih.

Dalam pada itu juga aku duk survey tadika baru untuk anak dara, nak cari area Salak Tinggi ler sebab thn 2014 aku dh start cuti belajar, so takdelah aku berulang-alik ke Putrajaya tiap2 hari.. bila dh tak ualng-alik ke sana, apa kesnya kalau aku still anta anak aku kt nursery kt sana kan....

Anak dara tecit kenot tu pulak dah makin serasi dgn pengasuhnya, mama yanti. Pagi2 takde menangis, cool je time mama passing adik kt mama yanti. Cuma sekarang ni takmo minum susu, gigih telan air masak je sampai mama balik keje br nyonyot...tak blh la mcm tu dik...nanti mama out of town mcmana? nyonyot abah punya??hahahhaa......

Akhir tahun ni pun masing2 sibuk, En F sibuk setelkan projek, ye la akaun 2013 kan dh nk tutup so cuti mmg susah la. Tp aku kena cuti gak minggu ke-3 bulan Dis nanti, pengasuh nk cuti + nursery tutup, mau tak mau bos, sila luluskan cuti saya ye. Plannya cuti takde kemana, duk rumah je siapkan brg2 sekolah abang, habiskan masa memasak n melepak dgn anak2 sbb for sure bapaknya takleh cuti kan. Dah lama tak spend masa panjang2 dgn anak2 ni...paling tak ujung minggu je, tu pun kalau xde program.

Kadang-kadang aku rasa aku terlalu fokus dgn keje sampai masa berkualiti dgn family terjejas. Seboleh mungkin aku x bawak balik keje n masalah n stress di tempat keje ke rumah tp ye la dah penat di ofis kekadang penat je la yg terbawak balik hehehe...anyway, insyaallah starting by Sept next year, jadualku tak se hectic ini...hope so.

Ok then, bebelanku tamat kt sini, jam menunjukkan pukul 1.35pm, time to take a nap...zzzz hehehe

Wednesday, November 6, 2013

Happy Birthday My Lovely Princess Adelia

Tarikh: 7 Nov 2013
Masa: 11.40am
Venue: Meja Ofis

Assalamualaikum..
Post yang terlewat sehari. Semalam tak sempat due to kerja ofis yang melambak..tak sempat nk menjengah blog yang suam-suam ni.

6 November 2012: 3.20pm - selamat melahirkan puteri ketiga Farha Nur Adelia yang comel, sihat dan cukup sifat. Mengandung pun takde masalah, cuma Hb rendah start dari mula mengandung sampai lah minggu2 terakhir sebelum bersalin, genap 40 minggu dalam kandungan. Satu-satuanya kandungan yang memberi pengalaman morning untill evening sickness...

Posing masa preggie 5bln..bwk adik jalan2 ke Sabah

Farha Nur Adelia bt Mohd Faisal

6 November 2013: 3.20pm - genap umur adik 1 tahun ye...
tengah lasak merangkak lagi..takmo jalan
suara pun asyik kuar "ateyy..ateyyhh"...
kutip semua benda kt lantai pas tu masuk mulut 
ada 4 batang gigi kt atas, baru je tumbuh gigi ke-3 n 4 kt bawah..soooo comel dik
dah pandai merajuk..mama tak kasi adik main straw terus merajuk ye cayang..
dah pandai lambai tatatata...pandai salam...cium mama belum pandai, tokok org pandai budak tecit nih
kuat makan (bubur nasi mama best!! hehe)...asyik nganga je tapi badan takmo besar jgk
suka buah2an..pisang..anggur...durian..dik!kuat mkn durian awak nih
n paling takleh tahan..manjanya dengan mama n abah, sweettt sgt dik.
mama hutang candy party adik..nanti mama buat kek okeh

Sempena hari lahir adik yang 1st ni, mama nak ucapkan yang mama saaayang sgt kt adik, permata hati mama...semoga adik membesar dan sihat, jadi anak mama n abah yang baik, solehah, cantik.. jadi adik yang baik kt abang aisy n kakak, jd org yang pandai dan berguna..n adik selamanya adalah kesayangan abah..mama..abang..kakak..nenek...atuk, pak sedara, mak sedara n sumer2!

HAPPY BELATED BIRTHDAY MY LOVELY ADELIA....MAMA LOVES YOU SO MUCH!


Tuesday, October 8, 2013

AKU RINDU RASULULLAH

AKU RINDU RASULULLAH 
------Peristiwa Kewafatan Rasulullah SAW------
Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu Rasulullah SAW berada di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibrail dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Setelah malaikat Jibrail pergi maka Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Rasulullah SAW lalu mengumpulkan para sahabat baginda, dan menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibrail. Apabila para sahabat RA mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."

Apabila Abu Bakar RA mendengar keterangan Rasulullah SAW itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya. Abu BAkar RA pulang ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar RA menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar RA menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain. Maka berkumpullah para sahabat RA di depan rumah Abu Bakar RA dan bertanya: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempurna."

Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat RA maka Abu Bakar RA pun berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Rasulullah menjadi janda." Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar RA maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar RA, lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah SAW tentang kejadian yang mereka saksikan itu.

Berkata salah seorang dari para sahabat RA, "Ya Rasulullah, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar dan kami dapati ramai orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar RA.

Sebaik Rasulullah SAW sampai di rumah Abu Bakar RA, Rasulullah SAW melihat kesemua mereka menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali RA berkata, "Ya Rasulullah, Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?."

Lalu Rasulullah SAW berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".

Sebaik sahaja Abu Bakar RA mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali RA pula mengeletar seluruh tubuhnya, para sahabat yang lain pula menangis sekuat yang mereka mampu. Sehinggakan gunung-ganang, semua malaikat yang ada di langit, cacing-cacing, semua binatang baik yang ada di darat maupun yang ada di laut semua menangis. Kemudian Rasulullah SAW bersalam dengan para sahabat RA satu demi satu dan berwasiat pada mereka.

Pada satu hari, baginda SAW menyuruh Bilal RA azan untuk mengerjakan solat. Para Muhajirin dan Ansar pun berkumpullah di masjid Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW menunaikan solah dua rakaat bersama semua yang hadir. Setelah selesai solat, baginda SAW bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: "Alhamdulillah, wahai para muslimin. Sesungguhnya aku adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang ke jalan Allah dengan izinNya. Dan aku ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu, kalau ada sesiapa ada hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi aku sebelum aku dituntut di hari Qiamat."

Rasulullah SAW berkata sebanyak tiga kali, lalu bangunlah seorang lelaki bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah, kalau kamu tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu aku tidak mahu mengemukakan ini."

Lalu 'Ukasyah RA berkata lagi: "Sesungguhnya dalam perang Badar aku bersamamu ya Rasulullah. Pada masa itu aku mengikuti unta kamu dari belakang. Setelah dekat, akupun tuun menghampiri kamu dengan tujuan supaya aku dapat mencium paha kamu, tetapi kamu telah mengambil tongkat dan memukul unta kamu untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu akupun kamu pukul pada tulang rusukku. Aku hendak tanya samada kamu sengaja memukul aku atau hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah SAW berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal RA, "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal RA keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah RA sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk dibalas [di qishash]."

Setelah Bilal RA sampai di rumah Fatimah RA maka Bilal RA pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah RA menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Bilal RA menjawab: "Aku Bilal, aku telah diperintahkan oleh Rasulullah untuk mengambil tongkat baginda. "Kemudian Fatimah RA berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal RA: "Wahai Fatimah, Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah RA lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah?" Bilal RA tidak menjawab pertanyaan Fatimah RA. Setelah Fatimah RA memberikan tongkat tersebut, maka Bilal RA pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW. Setelah Rasulullah SAW menerima tongkat tersebut dari Bilal RA maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah RA.

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar RA dan Umar RA tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar RA dan Umar RA maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali RA bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah". Lalu Rasulullah SAW berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan RA dan Husin RA bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah, kamu qishashlah kami sama jika kamu ingin menqishash Rasulullah" Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah SAW "Wahai 'Ukasyah pukullah aku kalau kamu hendak memukul."

Kemudian 'Ukasyah RA berkata: "Ya Rasulullah, anda telah memukul aku sewaktu aku tidak memakai baju." Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah RA melihat tubuh Rasulullah SAW maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Aku tebus kamu dengan jiwa ku ya Rasulullah, siapakah yang sanggup memukul kamu. Aku melakukan begini adalah sebab aku ingin menyentuh badan kamu yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan ku. Dan Allah SWT menjaga aku dari neraka dengan kehormatanmu" Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah di dalam syurga."

Ibnu Mas’ud RA berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah RA. Kemudian baginda SAW memandang kami sambil berlinangan air mata dan bersabda: "Marhaban bikum, semoga Allah SWT memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah SWT menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah SWT. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah SWT."

Allah SWT berfirman: "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."

Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal kamu ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah SWT, ke Sidratul Muntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arasy."

Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan kamu ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: "Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih."

Kami bertanya: "Siapakah yang akan mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis. Kemudian baginda SAW bersabda: "Tenanglah, semoga Allah SWT mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibrail. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Izrail berserta bala tenteranya. Kemudian masuklah kamu dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."

Setelah itu para sahabat RA menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah kamu adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila kamu sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?" Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."

Setelah Rasulullah SAW berkata demikian, maka sakit Rasulullah SAW pun bermula. Dalam bulan Safar Rasulullah SAW sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat RA. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah SAW diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah SAW bertambah berat, setelah Bilal RA menyelesaikan azan subuh, maka Bilal RA pun pergi ke rumah Rasulullah SAW kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?" Kemudian ia berkata lagi "Assolah yarhamukallah." Lalu dijawab oleh Fatimah RA, "Rasulullah masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal RA mendengar penjelasan dari Fatimah RA maka Bilal RA pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah RA itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal RA pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah SAW dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal RA telah di dengar oleh Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah SAW maka Bilal RA pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah. Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?"

Setelah Bilal RA sampai di masjid maka Bilal RA pun memberitahu Abu Bakar RA tentang apa yang telah Rasulullah SAW pesankan kepadanya. Ketika Abu Bakar RA melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat RA dalam masjid, sehingga Rasulullah SAW bertanya kepada Fatimah RA; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Siti Fatimah RA menjawab: "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah tidak ada bersama mereka." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali RA dan Fadhl bin Abas RA, lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid maka Rasulullah SAW pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah SAW melihat kepada orang ramai dan berkhutbah: "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah SWT, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Dengan suara terbatas Rasulullah SAW bersabda, "Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Pesanan ringkas itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah SAW yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar RA menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar RA dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman RA menghela nafas panjang dan Ali RA menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah SAW akan meninggalkan kita semua." Keluh hati semua sahabat RA kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat. Tatkala Ali RA dan Fadhal RA dengan cergas menangkap Rasulullah SAW yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar, kalau mampu, seluruh sahabat RA yang hadir pasti akan menahan detik-detik dari terus berlalu.

Setelah itu Rasulullah SAW pun pulang ke rumah baginda. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah SAW masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah SAW sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada malaikat lzrail, "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaKu."

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah SWT maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai seorang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah SAW maka ia pun memberi salam, "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!" Fatimah RA tidak mengizinkannya masuk, "Wahai Abdullah (Hamba Allah), maaflah, ayahku sedang sakit," kata Fatimah RA yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian Fatimah RA kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata. Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengari oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW bertanya pada Fatimah RA, "Siapakah itu wahai anakku?"

Fatimah RA menjawab: "Seorang lelaki memanggil ayahanda, saya katakan kepadanya yang ayahanda dalam keadaan sakit. Ia memanggil dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah SAW lantas berkata; "Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah RA, "Tidak ayahanda."

"Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat, yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah RA tidak dapat menahan air matanya lagi. Setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan bermula, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Fatimah RA maka Baginda SAWpun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan daku."

Kemudian Rasulullah SAW pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Rasulullah SAW menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan aku adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau dikau izinkan, kalau dikau tidak izinkan maka aku akan kembali." Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikulmaut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibrail? "Aku tinggalkan ia di langit dunia?" Jawab malaikat Izrail. Baru sahaja malaikat Izrail selesai bicara, tiba-tiba malaikat Jibrail datang dan duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "Wahai Jibrail, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?" Jibrail menjawab: "Ya, wahai kekasih Allah."

Rasulullah SAW bertanya lagi: "Wahai Jibrail, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku di sisi Allah SWT" Berkata malaikat Jibrail, "Sesungguhnya semua pintu langit telah di buka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu di langit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti."

Berkata Jibrail: "Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, Sesungguhnya Aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum dikau masuk terlebih dahulu, dan Aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku."

Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Setelah itu malaikat lzrail pun memulai tugasnya. Perlahan ruh Rasulullah SAW ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah SAW bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Apabila ruh baginda SAW sampai ke pusat, dengan perlahan Rasulullah SAW mengaduh "Jibrail, betapa sakit sakaratul maut ini." Fatimah RA terpejam, Ali RA yang di sampingnya menunduk semakin mendalam dan Jibrail mengalihkan pandangannya dari Rasulullah SAW. Melihatkan telatah Jibrail itu maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibrail, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibrail berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah SAW merintih kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah SAW mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali RA segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah sholat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat RA saling berpelukan. Fatimah RA menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali RA kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah SAW yang mulai kebiruan. Ali RA berkata: "Sesungguhnya Rasulullah ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan aku meletakkan telinga, aku dengan Rasulullah berkata: "Umatku, umatku." Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin 13 Rabiul Awal.
Al-Fatihah dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Rasullah SAW

KAMPUNG KANGKONG, PASIR MAS

Assalamualaikum..
hari ni subjek yang aku nk cerita ialah berkenaan sejarah. Aku anak jati kelantan, lahir di sebuah kampung dinamakan kampung kangkong, dalam jajahan pasir mas.
Lama betul aku tak recall balik asal-usul kampung nih, last masa buat kajian sejarah Tingkatan 3 dulu...dapat A tau PMR utk subjek sejarah hehehe..
Ok apa kata kita jalan2, tgk sejarah dulu yang membawa kepada kejadian pada masa kini dan masa depan.
 Pasir Mas merupakan salah satu daripada 10 daerah di kelantan. Pasir Mas terkenal dgn gelaran kilang pengeluar wanita2 cantik..toing..toing..toing. Tidak mengiyakan dan tidak menafikan...kalo dulu masa sekolah ramai betul student  pompuan yang cantik. Betullah tu kot hoho.
Ikut blog yang aku baca:
Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.
Mengikut sejarah...
Pasir Mas  telah dibuka oleh Che Leh Ismail atau
lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. 
Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah 
tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana. 
Pada masa yg sama, terdapat seorang guru agama dari Bachok, 
datang untuk mengajar kelas keagamaan di Pasir Mas.
Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok 
setelah selesai mengajar...
tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, 
secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. 
Mangkuk ini kemudiannya berpusing 
membentuk pusar di sekitar semak dan 
secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu 
menjerit ‘Mas! Mas!’. 
Perkataan pasir pula, di ambil bersempena dengan  
kedudukannya yang terletak di tebing sungai Kelantan 
yang mempunyai  dataran pasir yang luas. 

Pekan Pasir Mas sangat padat kurasakan dan port jem kalo time balik raya hehe. Apapun, kalau sampai ke pekan pasir mas, jgn lupa merayau ke Pasar Munduk, tempat untuk mendapatkan produk2 kampung seperti sayuran, buahan dan bahan basah
my story
Sungai Kelantan yang menjadi sempadan antara daerah Pasir Mas dan Kota Bharu. Sangat menyedihkan bila sungai yang ketika kecil menjadi tempat terjun tiruk menjadi sebegini rupa. Masa aku kecik, Sungai Kelantan airnya jernih, boleh nampak batuan pada dasar sungai dengan ikan2 kecil berenang, sekarang semuanya tinggal kenangan. kalau tengok gambar di atas, jambatan yang kelihatan itu adalah Jambatan Salor.

 Ok, daerah Pasir Mas adalah bersempadan dengan Tanah Merah, Rantau Panjang, Tumpat dan Kota Bharu. Jika anda datang ke sini pada waktu puncak i.e musim cuti sekolah n cuti raya, jangan harapkan pemandangan jalan yang lengang seperti ini ye hehehe....

 Move to the next photo. Saje je letak untuk mengimbau kenangan masa dulu, nak dapatkan perkhidmatan teksi kenalah datang ke sini, biasanya nk cepat balik rumah + ada duit tambang yang banyak, ambiklah teksi..kalau miskin/duit dh abis guna utk mkn mee celup hehehe, naiklah bas. Stesen bas bersebelahan dengan tempat teksi/kereta sewa kata org kelantan. Seingat aku dulu tahun 90an...tambang teksi untuk perjalanan dari pekan ke rumah (+- 10km) adalah rm2.00- rm2.50 perkepala.

 Kelantan, Tanah Serendah Sekebun Bunga





 Ni semua antara pemandangan di Pasar Munduk. Sayur-sayuran datang daripada local/thailand mari. Ulam-ulaman biasa drp kampung manakala produk mcm kobis, sawi, timun, cili tu dtg dr thailand...dekat jer pun hehehe. Belut adalah salah satu barang wajib yang dibeli tiap kali balik kampung. Biasanya belut ni available sepanjang tahun. Harga latest seingat aku around rm16-rm20 sekilo.
Makanan kt atas tu pulak aku panggil apam kaya je..tak tau nama sebenar.



Ok, pasar yang ada kt pekan Pasir Mas haruslah Pasar Pasir Mas kan...nk dapatkan ikan masin, barang basah, kuih-muih, baju, beras, lauk, kain pasang, tudung, periuk, pinggan, kawah, dan lain-lain bolehlah datang sini. Biasanya aku datang sini je, tak sanggup nk merempuh jem+ mencari parking kalo pergi ke Rantau Panjang. Harga a bit expensive compared to Rantau Panjang shopping area.

Baru cerita pasal Pekan pasir Mas, belum masuk subjek lagi Kampung Kangkong hehehe....

Baiklah, jom dengar cerita kampung aku lak. Sorry sebab gambar kampung aku takde. balik kampung pun tak la pulak aku ambik gambar huhu..
Mengikut sejarah, Kampung Kangkong ni mendapat nama daripada pokok kangkung yang tumbuh subur. Asalnya kampung ni ada satu alur tau, yang tu namanya Alur Kangkong. Kampung yang terletak di tepi Sungai Kelantan ni bersempadan dengan Kampung Kenjong, Kampung Buluh Melintang, Kampung Keranji, Kampung Binjal, dan diseberang sungai tu Kampung Lundang Paku kalo tak silap aku.
Map ihsan pakcik google

Masa aku kecik, kampung aku ni ada bendang tau. Tiap kali musim lepas menuai, kami suka main jerami padi, bakar jerami lah, buat kubu n main askar tembak-tembak la, pukat burung tekukur lah, cari belalang beras, kejar burung puyuh...mancing kt parit2 lah...oh indahnya masa tu bila kita dlm umur 10-12 tahun kan...semua seronok, kumpul dgn kawan2...
Sekarang bendang padi kt kampung aku masih ada, tapi semakin susut ekoran bendang padi bertukar kepada kebun getah (kes harga getah naik 2 th  lepas) dan rumah2 banglo yang makin banyak dibangunkan di lot2 sawah tu....maklumlah org kelantan kaya2 hehehe....
Sawah padi yang masih ada di kampungku....membawa seribu nostalgia..dejavu.....

Sekarang sawah ni makin decline kawasannya ekoran pembangunan pesat penempatan...cheh ayat tak leh blah :p. Banglo-banglo besar memenuhi kawasan ni, tgklah betapa kayanya rakyat kelantan huhu



Lot rumah kt sini sekarang ni kat kampung pun dah mahal...dlm 200K++...nk cari my third home pun kena catu dulu duit hehehe...

Aku ni mmg gadis pingitan kampung tau hahaha. Lahir di sini, membesar di sini, bersekolah hingga tamat Form 5 semua di Kampung Kangkong tercinta. Aku start tadika umur 3 tahun.. ni kes ngikut kakak aku yg 2 org tu la + cikgu tadika tu sepupu aku . Tadika di Tadika KEMAS, 3 tahun kt tadika tak pandai tak tau a heisyyyhhh


 Lorong ke sekolah tadika aku...

 Ni sekolah rendah kebangsaan kangkong..ni bangunan baru, masa aku belajar dulu, lanskap sekolah ni cantik, ada padang sekolah kt depan, ada 3 blok bangunan, 2 blok 1 tingkat dan 1 blok 2 tingkat...rugi takde gambar SK Kangkong dulu...i miss this

Ermm..sekolah tempat aku menuntut ilmu selama 5 tahun..Form 1 to Form 5..ni pun blok baru, pagar baru. Dulu pagar kawat ijau tu je, pas tu kt kawat tu penuh pokok semalu, kat situ byk belalang kunyit yang kitaorg suka tangkap dan goreng..perghhh ala2 udang deep fry hahaha.

Panjangnya entry kali nih...dah la baca yang ni dulu, kang penat korang sambung citer lain next time aku update okeh..
Daaaa....

Sunday, October 6, 2013

Hadiah Latihan Persekutuan

Assalamualaikum..
Entry kali ni simple je, just nak tunjuk permohonan aku untuk sambung belajar dah berjaya. Syukur alhamdulillah.
Sebenarnya ini kali kedua aku mencuba, tahun lepas dengan perut memboyot gi interview, masa tu kt bangunan SPA kt KL. Soalan yang masih aku ingat ialah berkenaan dengan anak...nanti kalau belajar mcmana nak uruskan anak-anak. Aku mcm, hello...mcm la keje sekarang ni kita bawak anak g ofis...kaedahnya sama je kalo keje dgn belaajar, takkan nanti kita belajar heret anak ikut skali g kuliah hoho.....
Thn ini interviewnya di UPM, dua-dua panel ok, sangat ramah dan soalan last yang dia tanya, susah sangat ke nk dpt HLP ni sbb ni kali kedua dtg interview...hehehe aku jwb atas rezekilah..then inilah rezekiku..dapat!!!melompat2 toing..toing..toing
Untuk yang tak tahu, secara ringkasnya Hadiah Latihan Persekutuan ialah satu keistimewaan  yang disediakan oleh kerajaan kepada pegawai untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi i.e  masters or PhD. Pegawai yang memohon akan melalui sesi temuduga dan yang berjaya akan ditawarkan untuk cuti belajar bergaji penuh dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Maksudnya pegawai ini kira sambung belajar sepenuh masa dan dibayar gaji penuh selama tempoh dia meninggalkan tugasan pejabatnya.
Syok kan bunyi dia...hehehe, insyaallah, thn dpn bakal bergelar pelajar n bakal byk masa n bakal byk masak..hoyehh!
Ok sambung balik buat keje...daaaaa

Thursday, September 26, 2013

Hari Jumaat Yang Sejuk

Assalamualaikum,

Salam hari jumaat. Cuaca di Putrajaya waktu ini mendung, menunjukkan tanda-tanda nak hujan lagi. Tadi dah hujan. Ini menambahkan lagi darjah kesejukaan dlm bangunan ofisku ke tahap beku. Kena reput fros jugak aku rasa kalo lama-lama nih, sejuk sangat. Econ kt bangunan ni dia centralized, bila hantar aduan kang team maintainance dtg panas pulak, suhu dia takleh adjust ngam2 ke tahap nyaman tau..isyyyhhh...

Biasa hari jumaat aku rajin merayap ke Pasar Tani Presint 2...tp minggu ni ada KUD so baik aku duk diam2 kt bilik, malas nk pegi bila ada karnival mcm tu, mak tak larat nk pusing cari parking nyah. Lagipun mlm2 sekarang tido tak lena, Farha Nur Adelia bila panas dia merengek. Mcm semalam dia merengek dr kul 3.15 sampailah 5.15am, hasilnya mak dia bwk keta dlm mamai pagi nih...igt nk tdo jap tapi memikirkan keje menimbun, tak lalu lak aku nak tido huhuh...

Hari Isni n ni ada mesyuarat bridged soalan parlimen. Dah musim parlimen nilah keje kami kt bhg dasar, sediakan jawapan YB Menteri untuk isu-isu yang berkait dgn sektor masing-masing. Penggal ni byk soalan pasal reserve mineral, so aku tgu touch up jawapan daripada jabtan je la. Minggu depan Selasa sampai jumaat aku ke Penang, Touch down je kt KLIA thari jumaat, terus sambung ke Grand Season Hotel lak sampai esoknya, sabtu. Pas tu boleh rileks2 buat biskut raya sementara menunggu raya korban hahahaha...

Aku pun tak tau apa yang aku duk merapu nih. Takpelh, dh tajuk pun letak bwh label MERAPU so mmg aku menepati tajuklah nih.

Ermm...duk berfikir:-
1. Apa side activity yang aku nk buat selain daripada keje ofis nih???
2. Nak makan ke tak tengah hari nih?
3. Bila nk g beli henpon baru, henpon lama dh selamat dah...rosak dh seminggu dn selama itu jugalah        hidupku tenang tanpa deringan call/sms heheheh
4. Nk gi bercuti kt mana ek?
5. Nak makan apa ek mlm nih
6. Kenapa keje tak abes2 nih?

argghhh dah2...tdo jap, bye uolss, kang aku sambung merapu aku nih later!!!adios (weng)

Wednesday, September 25, 2013

CORNFLAKES COOKIES

Assalamualaikum...

Salam hari Khamis sumer, yeay!ari ni ngan esok je keje, pas tu cuti 2 hari..
Semalam sempat intai blog blogger masakan dari Indonesia,(alamak lupa lak namanya, jika terbaca,mohon ijin ya kongsi di sini, enak banget) jumpalah satu resepi..cornflakes cookies. Teringat pulak byk balance marjerin n cornflakes baki buat biskut utk raya aidilfitri lepas. Lagipun, stok biskut untuk cemilan + bekal anak-anak ke sekolah dah habis.
Gagahkan jugak lepas tidokan Farha Nur Adelia, pergi ke dapur dh jam 12.30 tengah malam...nasib baik resepinya simple dan bentuknya pun main campak atas dulang jer. Kul 1.15 pagi.
Rasa biskut yang kaya dengan cornflakes la, dh namanya biskut cornflakes kan hahaha, tak manis sangat, rangup...kalau pakai butter lagi harum nih, nasiblah sbb aku nk abeskan stok marjerin daisy hehehe, apapun, mmg sedap and patut cuba. Meh kita tgk resepinya:

Bahan:
400g mentega (aku pakai marjerin je)
200g gula halus
2 biji kuning telur
400g tepung gandum (ayak)
250g cornflakes (aku masukkan tanpa ramas, kalalu nk kecikkan kepingan, boleh ramas kasar)
1 st esen vanilla

Cara:

Putar mentega, gula, telur dan esen vanilla hingga putih. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Masukkan cornflakes dan gaul rata. Atur atas dulang, nk bulat dgn tangan boleh, aku punya just pakai 2 sudu, bentukkan sikit. Saiz ikut suka. Bakar dlm oven yang dipanaskan terlebih dahulu 160'C selama 15 minit/ hingga kekuningan.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

* cookies ni juga sedap kot kalo tambah aksesori lain cam kekacang, kismis n etc.

Selamat mencuba, ni pun aku duk mengunyah lagi kt ofis, apa ke jadahnya bawak 1 bekas kalo nk simpan sajork hehehe. Jumpa next time, daaaa

BUTTON CHEESE COOKIES

Assalamualaikum,

Entry for today is about cookies that i've  been made looonnnngggg time ago.
This recipe i got from Kak Rima Bisous A Toi. The original recipe came from Indonesia, mbak Femmy.
You should give a try, especially for cheese lover.

Resepi ni aku dah derhaka sikit, pakai keju cheedar je..stok keju edam takde. Jom tgk resepinya

Bahan:

325 gram mentega
1 sudu makan gula halus
3 biji kuning telur
1 biji putih telur
150g keju edam (aku pakai keju cheddar)
100g tepung jagung
400g tepung gandum


Icing
250g gula ising
80g putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar (aku tak letak)
esen vanilla

Cara:

Pukul mentega dan gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu, keju dan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.

Canai setebal 1-1.5cm bergantung kepada masing-masing, boleh terap bulat (dah namanya pun button kan hehhehe), boleh potong 4 segi, blh terap bentuk bunga...belalang etc huhu. Sapu ising di atas, corakkan ikut suka. Bakar 170'C hingga masak (dlm 20 minit) bergantung kepada oven masing-masing.

Ising:
putar semua bahan hingga kembang. Sedia untuk diguna

* Untuk dapatkan corak cookies mcm aku punya tu, ambil sedikit aising, letakkan pewarna coklat dan masukkan dalam piping bag. corakkan ke atas ising dan bakar hingga masak.

Tuesday, September 24, 2013

AUTUMN IN MY HEART #3

Assalamualaikum...

Anyeong haseyo...bulan dpn bulan Okt genaplah kenangan aku ke Korea 3 tahun lepas. Masih terkenang-kenang lagi keindahan dan keseronokan sepanjang berada di sana. Sambil layan Running Man hati bersetik bila la ada rezeki nk ke sana lagi. Anyway, sebelum ni aku ada postkan 3 entry berhubung kenanganku ke Korea di sini  dan sini .Jom kita sambung nak ( merapu sambil terbayang muka Jang Geun Suk hehehehehe)

Ok, penceritaan dulu berakhir di Hotel Kangwon Land Hotel, hotel 5 star yang terletak di daerah Gangwon-do, timur Seoul. Masa aku pegi tahun 2010 dulu, Resort High1 dia under construction tapi tempat ski dah boleh masuk dah. Kat sini boleh naik cabel car, musim sejuk orang datang main salji dan naik alpine coaster yang mendebarkan hahahhaa....
 Keistimewaan hotel ni pulak setiap malam akan ada laser fountain show di tasik buatan / tasik bekas lombong yang sangat menarik. Muzik gedegung gedegang dan mata tak lepas melihat keindahan gerakan laser ikut muzik yang dimainkan. Aku tak ambik gambar la pulak. Gambar atas ni aku berlatar belakangkan Loume Arte, architecture  of lights. Siryes canteekkk.
 Jom kita naik cable car di High1 Resort, dia panggil mountain gondola.

 Ok, gondola ini menaiki Gunung Baekwoon setinggi 1345m. Kat atas puncak bukit sana nanti kita akan minum2 kt revolving restaurant, yeah...sejukkkk sangat
 Ok, tak yah tgk gambar aku minum kt puncak bukit sana, meh nak tunjuk alpine coaster yang kami kena naik untuk menuruni gunung tadi. Coaster ini akan melalui single track sepanjang 2.2km, seorang naik satu okeh, make sure jgn langgar bontot. Naik benda ni agak scary sbb kita hanya pakai 1 seat belt, kiri kanan open n dia gerak laju nyah, maklumlah turun bukit.
Hahaha...selamat sampai ke bawah. Aku org ke3 yang gerak so takde la halangan sangat kt depan yg gerak cam siput. Nasib la group belakang yang asyik berlanggar sbb kt depan mereka ada seorng..apa ke namanya naik cam siput, asyik brek sajork hahaha...

Alhamdulillah, dapat merasa n still teringat keseronokannya, dapat bawak anak2 mesti lagi seronok kan, takpelah nanti mama naik pangkat, abg, kakak n adik dh besar sikit kita datang okeh, moga dimurahkan rezeki.

Dah pukul 5.45pm, nak baliklah, nk ambik tuan besa r& tuan sedang kt nursery n tuan kecik kt umah pengasuh...nanti kita sambung k...daaaa