Monday, May 5, 2014

POST TERLEWAT-HONGKONG 2011-intro

Assalamualaikum..
sekejap je rasa...tahun 2014 dh hampir separuh...
ini post memang tertinggal lah, pengalaman ke Hong Kong tahun 2011, memang best!
Haloween party

Walaupun dah 3 tahun berlalu, kenangan di Hong Kong masih segar maaa...
Untuk makluman aku dapat join sempena lawatan ke kuari untuk lihat best quarrying practices di sana. Pergi ramai, dgn pegawai dan KP JMG dan beberapa wakil daripada Malaysia Quarry Institute. Kami pergi 4 hari, rasa tak cukup...
memandnagkan ini adalah post tertunggak, aku akan update dlm siri2 entry akan datang, kat luar dah hujan, aku kena balik sebab farha nur adelia demam, kena cepat2 aik dia dr rumah mama yantinya..
so tunggu aku cerita trip ke Hong Kong ye...daaaa

Monday, April 28, 2014

PENGURUSAN BEBAN KERJA

Assalamualaikum..

Terasa berada dalam stress yang amat sangat gara-gara beban kerja yang kadang-kadang rasa tak mampu nak tanggung. Pagi-pagi nak ke pejabat pun rasa malas, demotivated dah sebab banyak kerja sedia ada tak selesai, timbul pulak kerja baru.

Kata orang, kerja kena happy..so macamana nak happykan diri dengan kerja melambak nih? Bila aku dah rasa down..tiba masa untuk mendapatkan motivasi dan cara-cara untuk menguruskan beban kerja atau workload ini! Menurut tips yang diberikan oleh  ICAEW, 10 langkah yang boleh  diambil dalam pengurusan workload adalah:-

  1. The to-do list. Don’t keep it on different post-it notes or in your head — at the beginning of each day or week, write on a sheet of paper what you want to get done and by when. Rank tasks according to importance or urgency to plan your day and focus your mind.
  2. Review your workload regularly. Is there one task that always ends up at the bottom of the pile? If you find you’re avoiding it, can somebody else do it? Consider delegating whole projects that you don’t need to be involved in or allocate a specific time when you only do your admin, for example.
  3. Remember the 80:20 rule of workloads. It’s very simple — 80 per cent of our work contributes to less than 20 per cent of its value. Concentrate on the most crucial 20 per cent of your workload, because performance would still be strong.
  4. Set realistic deadlines for your tasks. Look at your to-do list and estimate the time each task needs to be completed but don’t be overoptimistic. Be honest of what you can achieve in a working day or week so that you don’t feel overwhelmed from the start.
  5. Allow time for interruptions. If you need to finish a certain task at a certain time, only deal with urgent queries during this time. You can then quickly pick up again where you left off.
  6. Structure your workload. Avoid picking up a job, doing a bit and then putting it back on the pile. Deal with them one at a time and finish each one before starting another. Your mind will be clear and ready for the next one.
  7. Don’t let your inbox drive your workload. If you get 50 mails per day, this means 50 interruptions to your day. Don’t check your inbox every time a message arrives. Switch off instant alerts if necessary and allocate a time when you will check your inbox.
  8. Fun, fun, fun. Ticking items off your to-do list is great, but are you concentrating on the quick-and-easy ones? Tackling more challenging projects first might mean more time, but also that a major task is completed and a weight off your shoulders.
  9. Keep multitasking to a minimum. Starting a number of jobs simultaneously means most of them won’t get your undivided attention. Think of multitasking as dealing with more than one task during a day, not at the same time. That way you focus on the project in hand.
  10. Keep a log of your workload. If you’re unsure how long things take, how often your focus shifts or how many times you get interrupted, keep a log of your working week. This will help you plan your week in future. 
Nampaknya ada beberapa memang aku dah praktikkan dari dulu, so..jangan peningkan kepala, jom kita teruskan kerja huhuhu

Thursday, April 24, 2014

TODAY IS MY BIRTHDAY

Assalamualaikum...
Year by year, at this date which this year fall on Friday, 25th of April 2014 = 25th of Jamadilakhir 1435 Hijr

Whoaaa...dah 35 tahun umurku...mcm dah tua kan hahaha but age is just a number. Nothings change hahahah..

Ok, menyingkap hari kelahiran, dilahirkan pada subuh 25 April 1979 di rumah nenekku dalam sebuah kampung. Kehadiran disambut oleh ayah, ma dan 2 kakak, kakjah and kakyah. Bertambah meriah la family kami. Dulu aku anak yang manja dan kuat buat perangai, anak no.3 harusler manja dengan ayah kan...mesti nak berdukung jer walaupun kaki dh panjang hahhaha.

Keluarga kami bahagia dalam kesederhanaan. Biasalah ayah org lama, bukan org makan gaji jadi kami takde kereta, takde motosikal, even masa aku membesar, kat rumah ada 1 basikal raleigh arwah ayah bawak gi sabit rumput untuk lembu-lembunya.

Aku mula-mula merasa naik basikal masa darjah dua kot..alamak lupa plk hehehe. Masa tu Arwah ayah belikan kakjah dengan kakyah basikal minisaga..hahha ingat lagi brand tuh, kenangan mengusik jiwa kannn...kakjah ambik yang kaler merah, kakyah dapat kaler biru..aku bonceng kakyah, kakjah bonceng nuar bawak gi mengaji. Time tu hari pertama aku dah gaduh dengan kakyah hahaha....siap tumbuk dia dari belakang, mestilah dari belalakng sebab aku kan bonceng dgn dia hahhaa...siap gaduh sampai basikal melelong sondol kawat berduri kt batas sawah...

Darjah 3 aku dapat basikal sendiri..yeaaaa!!!! basikal pertamaku brand dia blackjack, kaler merah. Punya sayang asal ada time free je basuh...time free je basuh hahaha...Itulah antara cerita semasa kecik-kecik dulu, sekarang aku dah dewasa, ayah pun dah lama pergi meninggalkan kami, ma masih di kampung..sihat2 orang tua gitu, kakjah dengan family dia, kakyah dengan kehidupannya, aku dgn kehidupanku....adik2 yang 5 pun dengan kehidupan masing-masing....

Sempena ulang tahun kelahiranku ini, aku berdoa agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi nikmat kesihatan tubuh badan dan keimanan...dikelilingi keluarga dan rakan taulan yang baik dan dikurniakan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Kepada yang wish, terima kasih banyak2, hopefully dengan pertambahan usia, aku makin matang dan berubah kepada sesorang yang lebih baik daripada sebelumnya.

Daaaa.....

Monday, April 21, 2014

Bila Anak Kecil Tak Naik Timbangan

Assalamualaikum,
Pagi selasa, 9.32am...take a break before tekan gear untuk kerja hari ini.

Kegusaran melanda bila anak kecil kita tak bertambah berat badan betul tak?
Of course la sebagai ibu, mana tak risau kalau setiap kali check-up, berat anak cam statik jer...

Kes ini aku hadapi dengan anak ke-3, Farha Nur Adelia.

Untuk rekod, dia dilahirkan normal, dengan berat badan 3.1kg..untuk 3 bulan pertama, pertambahan berat badan adalah normal.
Berat badan dia mula perlahan bertambah apabila aku start kerja..masa tu aku tukar ke susu formula, kira campur la sebab dia taknak minum susu yang aku perah dan simpan, mau yang fresh jugak budak tecit nih...
Kalau ikutkan, purata pertambahan berat badan dia sekitar 200g sebualan..ye 200g sebulan ye.
Misi kat klinik dh bising, rujuk kepada doktor, kepada dietion, dan aku jugak rujuk kepada paeds di klinik az-zahrah. Result setakat ni normal la..

Aku perasan yang Farha ni agak lambat perkembangannya. Sekarang umur dia dh nak masuk 1 tahun 6 bulan=18bulan dengan berat badan 7.7kg, dia belum boleh bercakap..berjalan pada umur 16 bulan, baru sekarang agak laju dan stabil. Masa last aku check-up kt klinik putrajaya, nurse kt situ nk masukkan anak aku ni dlm rekod bayi kekurangan nutrisi huhuhu...atau istilahnya rekod "failed to thrive"....sebab sepanjang 3 bulan hingga 14 bulan, carta tumbesaran dia kt kawasan merah dlm buku rekod kesihatan bayi tu. Huhuhu mau aku tak sedih.perlu bawa ke klinik setiap bulan hingga mencapai umur 7 tahun!

Walau bagaimanapun, sebab aku tukar klinik (sekarang tak check-up kt putrajaya lagi, buat check-up kt klinik desa giching je), klinik desa ni bagi masa utk aku pantau pembesarannya. Last checkup hari selasa minggu lepas, berat dia statik...wah...panjang je bertambah...dik, xkan umur mcm ni awak dh impikan badan model dik...
Pas tu nurse kat situ cadangkan aku tukar susu kepada PediaSure, katanya ramai yang berjaya dengan susu ini. Ye lah, sebelum ni aku kasi Anmum takmo, sustagen takmo, stick dgn dugro sebab wpun xmo sgt at least dia minum la...so petang tu jgk aku g beli PediaSure, 850g=RM76.90...mak aiih mahalnya susu..tapi demi anak, mama tak makan pun xpe dik, asal awak sihat. Dan hasilnya, ermm berbaloi-baloi sebab dia dh minum susu...kalau sebelum ni, 50ml pun gigih nk abeskan, pengasuh dia buat 160ml pun abes dh sekarang...alhamdulillah.
Gambar ihsan google

Baru je bagi seminggu, kita tengaok hasilnya nanti macamana ye...
Daa...sekian sahaja repekanku di pagi ini.

Monday, March 31, 2014

Takziah dan penamatan kursus QA

Tarikh: 31 mac 2014
Masa: 5.16pm
Tempat: Meja Opis

Assalamualaikum,
Whoaaa...lama betul tak bersiaran. Masa tak mengizinkan untuk aku mengemaskini blog ni hehehe..bahasa formal gituh. Bulan Januari lepas sibuk untuk menyesuaikan diri dengan waktu persekolahan anak...awal bulan Februari plk sibuk menyiapkan kerja-kerja tertunggak sebelum berkursus QA di Intan Bukit Kiara dan alhamdulillah, setelah 6 minggu berlalu, kutelah selamat menamatkan kursus. Tengah menunggu result yang katanya akan kuar dlm minggu ni. Mudah-mudahan lulus.

Sebelum itu, aku tak berkesempatan untuk mengucapkan takziah dan berkongsi kesedihan dengan tragedi MH370. Sesungguhnya tiada daya upaya kita untuk menghalang sesuatu kejadian itu dan sebagai hamba, kita redha dengan ketentuan-Nya. Didoakan semoga sahabat dan adik PTDku, Sofuan Ibrahim ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.


Cerita kedua yang ingin dikongsi adalah berkaitan Kursus Quantitative Analysis (QA).

Kursus ini merupaka kursus wajib yang perlu dihadiri oleh para penjawat awam yang ditawarkan tempat untuk melanjutkan pelajaran/ cuti belajar bergaji penuh ke peringkat Sarjana dan PhD. Lulus dengan jayanya kursus ini, barulah JPA akan mengemukakan tawaran penuh kepada penjawat awam itu.

Ok, aku telah menamatkan kursus ini yang bermula pada 11 Februari 2014 hingga 21 Mac 2014. Bayangkan sepanjang 6 minggu ini aku berulang-alik daripada Salak Tinggi ke Bukit Kiara, fuhhh....jauh tu. Kul 6.40 pagi perlu dipastikan anda telah berada di atas jalanraya untuk mematikan anda tiba di destinasi sebelum jm 8.30 pagi. Trafik masih bolehlah dilayan sebab aku lalu mex, keluar sikit ke Jalan Sungai Besi sebelum ambil susur ke Desa Waterpark. Pas tu drp Federal Hiway tu amik susur trus ke Kerinchi Link, kira susur2 je, x payah tempuh jem yang amat.

6  minggu percutian katanya hehehe...actually takdelah cuti sangat. Subjek pada mulanya dibahagikan kepada 3 iaitu Research Methodology, Statistics dan SPSS. Namun alhamdulillah, sesi ku dipermudahkan apabila subjek  Statistics dan SPSS digabungkan dan exam untuk stats dimansuhkan. Kami perlu mengikuti kuliah, beberpaa presentation untuk subjek, presentation untuk projek dan exam. Alhamdulillah kerana Grup 15..(Sarif MKN, Lyn KKLW, Erin  SPA, Vinn KPWLM, Lina JAS dan Razlan JPS) sangat sporting dan semua tugasan dijayakan dengan semangat kesukanan.

Setiap gruop perlu bertugas mengikut giliran. Grup berkenaan bertanggungjawab untuk memastikan kelas dalam keadaan keas, lampu kipas dibuka dan ditutup, menjadi emcee dan menyampaikan public speaking. Alhamdulillah lagi sebab aku tak terpilih dalam mereka yang perlu menyampaikan that public speaking hehehe.

Semasa kursus ini juga aku dikenali sebagai pengusaha tat dan kek. Banyak juga order tapi disebabkan faktor masa dan anak, aku hanya mampu buat sekdar yang terdaya je. Ni pun abes QA tempahan masih rancak. Syukur.

Alamak, hujan dah berenti kt luar, rasanya aku kena stop dulu, nak balik  stop isi minyak lagi, ambik duit bayar ngasuh lagi, beli makan lagi dan lagi..dan lagi...sehingga di lain entry, daaaa

Tuesday, January 7, 2014

Citer Sekolah Abang Aisy

Assalamualaikum semua

Tarikh: 8.1.2014
Masa: 1.36pm
Tempat: Meja Ofisku

Harlo!!
Hari ke-5 sekolah dalam perkiraan hari, start Khamis, Jumaat, Isnin, Selasa n hari ni Rabu.
Aku masih mencari rentak, yolah...pestaim anak sekolah kan, n dalam sejarah kena iron baju punya byk huhuhu (sambil menyapu air mata laju-laju).. mau taknya, baju n seluar Mr.F dh 5 pasang utk 1 minggu, baju sekolah anak bujang 4 pasang, baju sekolah agama anak bujang 5 pasang, baju  tadika ABIM kakak 2 pasang....last2 mak dia tiap2 pg pilih baju kurung n tudung yang paling kurang kedut hahaha..apo nk buek, redha jelah..mula2 ni mmg rasa byk tp lama2 musti dh biasa khannnn (mode pujuk diri sendri hahahah). Aku part iron baju ok, cuma nk setelkan tu amik masa sbb si Pa'a suka dtg kacau, dh la seterika panas kan, dia duk la berbelit kiri kanan kiri kanan, kang terkena tak pasal2 anak dara aku dpt cop mohor, kurang rege hantaran ko heheheh....

Start sekolah ni aku train abang bawak bekal ke sekolah. Di samping nk ajar supaya berjimat, at least anak aku tu terjamin makan makanan homemade yang bersih dan pentingnya sedap hahaha. Air plk suh bwk n minum air masak je. Setakat 5 hari nasih ok, walaupun penat la mak dia bgn nak masak bekal..mula2 bwk nasi goreng, pas tu nasi putih dgn ayam goreng, pas tu nasi goreng lagi, pas tu spagetti n hari ni mee goreng. Esok ingatnya nk buat nasi impit dgn sambal kelapa...feveret dia tuh.

Abang juga aku train pegi sekolah dgn van. mula2 cuak jgk sbb risau dgn keselamatan..tau ke anak aku masa balik nk tgu ktner, kenal ke van mana yg nak kena naik etc...last2 semalam dh kena tinggal ko. Mengucap bila balik keje ptg semalam Mr. F citer abang menangis kt padang. Silap tempat tunggu. Hari first naik van tu drop kt pondok..pintu pagar belah kanan sekolah n ptgnya ambik kt situ jgk, semalam van tu g drop kt padang (pintu belah kiri) so anak aku ni dgn lurusnya p la tgu kt padang. Kuar kul 1, kul 1.30 tu melalak la. Last2 ada seorg budak laki yg x dikenali hantar dia kt umah Yanti pengasuh, tempat transit dia.
Adoi....semalam sampai pg ni abah dia remaind whatever pun, tgu van kt pondok...tak kira pg drop kt mana yg penting balik tu tgu kt pondok. Mau tak risau, zaman sekarang ko jgn ambik mudah pasal keselamatan anak-anak. Td pun aku dh cal akak van supaya make sure Farish naik van.

Mcm2 citer la, tu br 5 hari....tgulah 5 tahun lg post aku mesti pasal anak dh ada awek..errr motip? ngehngehngeh....chow bebeh!!!



Monday, December 30, 2013

Goodbye 2013...Welcome 2014

Tarikh: 31 Dis 2013
Masa: 1.12pm
Tempat: Meja Ofis

Assalamualaikum...
Hai semua, apa khabar hari ni? dh lunch?
Time rehat sekarang, adalah sikit masa aku celahkan juga utk update entry baru...sibuk buat claim tnt ni...last hantar 3hb tp sbb esok cuti, lusa n tulat nk cuti so terpaksa setelkan sume keje ari ni.

Pejam celik kejap je dh nk habis pun thn 2013...rasa baru je tulis tarikh kt surat2 2013...dh nk tukar ke 2014...dunia akhir zaman katanya masa akan bergerak makin pantas...suatu hari nanti 1 hari tu masanya umpama kita nyalakan sebatang mancis je..wallahua'lam.

Seingat aku, macam takde je azam aku tahun 2013...hehehe sbb awal tahun 2013 aku dlm pantang lagi. so takde la laporan pencapaian azam tahun 2013 ye dak. Tahun ini ditinggalkan tanpa perkara besar dalam hidup...life mcm biasa, anak-anak semakin membesar...kerja sibuk mcm sebelumnya, rumah bersepah mcm kebiasaannya  hehehe...ma sihat je tahun ni..alhamdulillah. kalau thun 2012 sempat bwk dia g jln2 ke sabah, tahun ni tak sempat ke mana. Dia datang umah aku je ari tu tolong jagakan Pa'a masa aku ke Kota Kinabalu..pas tu ikut plk nua ke JB. Citer lain tu biasa-biasa je la.

Pesa
Aisy


Pa'a
Paricha
Ct


Ok....utk tahun 2014 aku dah ada azam utk study rajin2..pada masa yang sama nk menceburi some business..adalah dalam perancangan tu tapi masih duk timbang boleh laku ke tak hehehe....

Tahun 2014 ni jugak anak sulungku..abg aisy dh masuk sekolah..darjah 1 Rajin, kena beri tumpuan kt dia supaya excellent kan..kakak pun dh pindah sekolah. dulu tadika di Presint 18, now letak kt BBST je...takdelah time aku out of town bapaknya nk ulang alik anta ambik dr Salak Tinggi ke Putrajaya...
Tahun 2014 ni juga harapnya aku akan jadi hamba Allah yang lebih baik...ibu yang lebih baik..isteri yang lebih baik...anak yang lebih baik..adik yang lebih baik..kakak yang lebih baik... pekerja yang lebih baik...dan semuanyalah better than before.

Anyway...Happy 2014!!!!