Tarikh: 31 mac 2014
Masa: 5.16pm
Tempat: Meja Opis
Assalamualaikum,
Whoaaa...lama betul tak bersiaran. Masa tak mengizinkan untuk aku mengemaskini blog ni hehehe..bahasa formal gituh. Bulan Januari lepas sibuk untuk menyesuaikan diri dengan waktu persekolahan anak...awal bulan Februari plk sibuk menyiapkan kerja-kerja tertunggak sebelum berkursus QA di Intan Bukit Kiara dan alhamdulillah, setelah 6 minggu berlalu, kutelah selamat menamatkan kursus. Tengah menunggu result yang katanya akan kuar dlm minggu ni. Mudah-mudahan lulus.
Sebelum itu, aku tak berkesempatan untuk mengucapkan takziah dan berkongsi kesedihan dengan tragedi MH370. Sesungguhnya tiada daya upaya kita untuk menghalang sesuatu kejadian itu dan sebagai hamba, kita redha dengan ketentuan-Nya. Didoakan semoga sahabat dan adik PTDku, Sofuan Ibrahim ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.
Cerita kedua yang ingin dikongsi adalah berkaitan Kursus Quantitative Analysis (QA).
Kursus ini merupaka kursus wajib yang perlu dihadiri oleh para penjawat awam yang ditawarkan tempat untuk melanjutkan pelajaran/ cuti belajar bergaji penuh ke peringkat Sarjana dan PhD. Lulus dengan jayanya kursus ini, barulah JPA akan mengemukakan tawaran penuh kepada penjawat awam itu.
Ok, aku telah menamatkan kursus ini yang bermula pada 11 Februari 2014 hingga 21 Mac 2014. Bayangkan sepanjang 6 minggu ini aku berulang-alik daripada Salak Tinggi ke Bukit Kiara, fuhhh....jauh tu. Kul 6.40 pagi perlu dipastikan anda telah berada di atas jalanraya untuk mematikan anda tiba di destinasi sebelum jm 8.30 pagi. Trafik masih bolehlah dilayan sebab aku lalu mex, keluar sikit ke Jalan Sungai Besi sebelum ambil susur ke Desa Waterpark. Pas tu drp Federal Hiway tu amik susur trus ke Kerinchi Link, kira susur2 je, x payah tempuh jem yang amat.
6 minggu percutian katanya hehehe...actually takdelah cuti sangat. Subjek pada mulanya dibahagikan kepada 3 iaitu Research Methodology, Statistics dan SPSS. Namun alhamdulillah, sesi ku dipermudahkan apabila subjek Statistics dan SPSS digabungkan dan exam untuk stats dimansuhkan. Kami perlu mengikuti kuliah, beberpaa presentation untuk subjek, presentation untuk projek dan exam. Alhamdulillah kerana Grup 15..(Sarif MKN, Lyn KKLW, Erin SPA, Vinn KPWLM, Lina JAS dan Razlan JPS) sangat sporting dan semua tugasan dijayakan dengan semangat kesukanan.
Setiap gruop perlu bertugas mengikut giliran. Grup berkenaan bertanggungjawab untuk memastikan kelas dalam keadaan keas, lampu kipas dibuka dan ditutup, menjadi emcee dan menyampaikan public speaking. Alhamdulillah lagi sebab aku tak terpilih dalam mereka yang perlu menyampaikan that public speaking hehehe.
Semasa kursus ini juga aku dikenali sebagai pengusaha tat dan kek. Banyak juga order tapi disebabkan faktor masa dan anak, aku hanya mampu buat sekdar yang terdaya je. Ni pun abes QA tempahan masih rancak. Syukur.
Alamak, hujan dah berenti kt luar, rasanya aku kena stop dulu, nak balik stop isi minyak lagi, ambik duit bayar ngasuh lagi, beli makan lagi dan lagi..dan lagi...sehingga di lain entry, daaaa
No comments:
Post a Comment