Monday, October 17, 2011

Pusat Konservasi Seladang

Tgh mengeringkan peluh setelah mendaki tangga ke tingkat 13.

Actually starting from today, aku berazam untuk tidak lagi menggunakan lif kecuali untuk saat2 kecemasan. Wah...baguskan azam aku, bukan apa sekarang badan aku dh makin tembam, lesu, penat, malas semua bersatu menjadi 1 hehehe..tgk gmbr pun frust sbb wow..bulatnya muka aku huhu....cedey mak!

dah..dah le citer joyah tu sume. Ni nk citer first time aku berhadapan n menyentuh seladang, my feveret animal hehehe..errr..agak2 kalo aku bela buat binatang peliharaan blh tak ek?



Pada 12-14hb yang lalu, kami dikehendaki menghadirkan diri ke Taman Negara untuk program berjimba heheheh..xde la, program suka2 je...pas tu nk g taman negara ni kena lalu kuala krau dimana terletaknya pusat konservasi seladang. Kami iaitu aku, anjang n pn laila dh berkira2 utk singgah time otw balik nanti.

Maka, pengembaraan bermula huhu...ptg 14hb tu, kira2 jam 4.30 petang, kami menyusuri jalan berbatu n bertahi lembu (wah...mmg kaya binatang liar aka lembu di kawasan felda nih), nk ke sana kami kena menempuh perjalanan +-12km masuk ke dalam Felda Jenderak Selatan..n dgn konfidennya kereta kementerian tu nk la masuk pagar pusat nih. Tetiba kami dihalang oleh guard kt situ..Huk aloh..igt tempat ni mcm kt Kuala Gandah tu tp rupa2nya dia x bukak utk public...dgn kefrustan yg menonggeng, berpatah baliklah kami semua...

Nk dijadikan cerita, masa kt Tmn Negara si Ana ni sebilik dgn officer PERHILITAN, namanya Beatrix Sim...dptlah idea utk menelefon kawan ni, nk mintak bantuan utk kami masuk.

N alhamdulillah, dgn niat yg murni hehehehe dapatlah kami
masuk, berjumpa dgn En. Saiful, dia punya pegawai kt sana.


Patutlah yg first td x dpt masuk, kami nk jumpa seladang, seladang mana yg kenal kami..bila ckp nk jumpa En. Saiful trus dpt masuk hehehhe...(bercerita sambil melompat riang)

Ok2...Sedikit latar belakang, Pusat ini dibuka pada tahun 1976 dan menjalankan pembiakan spesies Seladang (Bos gaurus hubbacki) yang terbesar di Semenanjung Malaysia.Dua buah lagi pusat konservasi spesies ini ialah di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak dan Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang, Kelantan. Kemusnahan habitat semula jadi akibat pembukaan beberapa kawasan hutan di Semenanjung Malaysia untuk pembangunan dan pertanian serta pemburuan haram merupakan antara faktor yang mengancam populasi.

Dari tahun 1982 hingga tahun 2004 PERHILITAN telah menangkap 4 ekor seladang jantan dan 2 ekor seladang betina dari habitat liar sebagai perintis program pembiakan spesies ini. Keenam-enam ekor seladang ini diperolehi melalui operasi tangkapan baka Seladang yang dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia bagi menangkap seladang-seladang yang terancam akibat pembukaan kawasan hutan yang tidak terurus.

Kelahiran pertama anak seladang dalam kurungan pada 12hb April 1985 menandakan kejayaan bagi program konservasi spesies hidupan liar ini. Dari setahun ke setahun, bilangan ini bertambah dan pertambahan bilangan spesies ini menarik perhatian masyarakat untuk melihat hidupan liar ini dengan lebih dekat lagi. Sehingga kini, bilangan seladang di puasat ini berjumlah 33 ekor kesemuanya. Seladang-seladang ini dipelihara secara berkumpulan termasuk ibu dan anak, berpasangan atau individu mengikut keperluan.
Yang ni aku bersama Waja, seladang yang lahir di pusat ini pada tahun 2007, umur dia 4 tahun dgn berat kira2 800kg. Waja ni manja n tak mendengus macam seladang2 lain kt pusat ini. Kira, kita blh gosok2...n baru aku tau kenapa seladang ni berminyak..rupa2nya secara semulajadi tubuh seladang mengeluarkan minyak untuk menghalang daripada gigitan serangga.


Oklah Waja, kami nk balik hah. walaupun tak lama kt sini, at least aku dapat melihat seladang secara dekat.

Dan kt kandang sebelah sebenarnya kami telah diberi warning oleh 2 ekor seladang betina (cuba tgk kt belakang aku tu, ada kandang lain yg menempatkan 6 ekor seladang betina) yg berdengus kt kami. kemuncaknya en saiful ajak kami balik bila salah seekor daripada seladang betina tu meluru ke arah kami dgn dengusan n siap main sepak2 tanah lagi. Mungkin mereka tak biasa tgk kami..masa tu pn.laila, ana n anjang dh ke belakang, berfikir mana nk lari kalo2 seladang ni dapat lompat daripada pagar tuh hahaha....

Aku keluar drp Pusat konservasi Seladang dgn gembira n berazam untuk kembali lagi..TQ En. Saiful atas layanan n bantuan. Aku akan kembali lagi..pasti!!!!

Thursday, September 8, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI -PRE RAYA

Holla,
Aku mengambil kesempatan menaip jap di saat En. Badzran n En Zaidi dr JMG tgh membakar otak masing-masing mempolish DGN hehehe. Mak tak rela u otak mak rentung so mak release dgn menukilkan idea dgn ayat2 yang bajet sedap arrr...

Raya dh 12 ari berlalu, bagi kita yang tua2 nih (tua ke?) outcome drp raya ialah penat dan papa hahaha (x elok aku..raya ialah hari kemenangan setelah berpuasa 30 hari di bulan ramadhonnn). Ok la, sebelum tiba ari raya mestilah kita kena lalui proses pre-raya kan..apa org buat utk raya? mestilah buat biskut raya, baju raya,langsir raya, kek raya, duit raya dan semua riang-ria raya lah..

Tahun ni, mood buat biskut raya berkobar2 hehehe...semangat betul buat biskut siap jual2 lagi. antara bikut yang sempat aku buat ialah tat nenas, biskut cheese, suji, hazelnut (mana yg ada gamba je)

lepas tu baju raya thn ni,kaler tema dia biru ala2 manja sikit sbb light2 gitu bg lelaki n biru+ kelabu bagi pompuan. Aku cuma jahit baju aku n zahra je, abah n abang thn ni tempah skali, senang keje mak hehehe..

sori la ye, mbar biskut nanti mak upload kemuadian, malas tollh nk upload gambor..
eh nk stop la sbb bos mak sedar yang mak sbok menaip ni bkn buat keje tp melangho hehehe

TQ.

Wednesday, August 10, 2011

Yong Tau Fu aka steamboat

wallawey...makcik tengah sibuk sapu sawang kt sini..kesian blog aku terbiar tanpa pembelaan. Ok la, sekarang ni semangat ke dapur membuak-buak. Aku ni jenis bermusim..ala ala2 politician la yg bercakap ikut isu so isu aku sekarang ni pasal memasak, kengkawan sekalian, layan la ye. Ok ni gmbr lama sebnarnya, yong tau fu adalah antara hidangan mudah n cepat yang kami sekeluarga sukasgt makan. Cer ko pegi makan kt Johnny's/ tupai-tupai/nelayan/sabak brape dia charge 1 kepala?
Buat sendiri lg jimat dan paling penting kebersihannya tidak diragui heheh ok jom tgk resepi. Aku biasa buat 2 kuah, tomyam n sup, dua2 sedap tp bg anak cina ehem..ehem..mcm aku ni, pedas2 sgt susah nk telan kuah dia so buatla kuah sup. so ni resepi utk 4 org mkn, kalo saiz jalil sorang je la hehehe..aiyok jalil marah

Bahan sup:

3 ulas bwg putih-ketuk/cincang
1 kiub pati ayam
2 batang saleri-potong
air-ikut sukatan masing-masing
garam

Dlm periuk rice cooker, letak atas dapur, letak minyak masak ckit, tumis bwg putih hingga naik bau, terus masuk air. biar menggelegak sebelum masukkan kiub pati ayam n garam, perasakan. Letak batang saleri utk rasa n bau yang menakjubkan. Ok sedia utk dipanaskan dlm rice cooker.


bahan2 steamboat

ikut pilihan masing2, aku kalo cr bahan g beli je kt pasar borong selangor, semua lengkap tinggal pilih shj. sayur sawi blh, kangkong blh, kobis cina blh, cendawan

kuah (amik dlm myresepi)

10 biji cili kering
2 keping gula melaka
belacan
minyak masak
garam,gula
tepung jagung

potong cili kering, basuh dan goreng dgn minyak sehingga garing. masukkan belacan. Blend sampai halus
Dlm periuk, hancurkan gula melaka dgn air hingga mendidih. tuang bahan blend, masukkan garam n gula, perasakan dan letak tepung jagung yang telah dilarutkan dlm sedikit air. Angkat setelah kuah pekat.

ok, proses seterusnya xkan xleh buat lagi, silakan ye...

Thursday, June 30, 2011

CIK CT DI PORT DICKSON

assalamualaikum..
wah3..nampak glemer sungguh tajuk iteww kan, mcm kt obersi plk hehehe..padahal ko baru kt PD nyah..melebih lak hahahaa..sabar je la
Pagi tadi drive kete dr rumah, bersama kakliza ke PD, ada bengkel dasar geosains...kelazzz sgt hotel mak tau, ni antara perbezaan hotel mak duduk ni dgn lain-lain hotel (erkk..apasal ckp aku jd cam nih?):
1. telefon xde, ini adalah strategi pemilik hotel untuk mengurangkan demand costumer..ye la kejap2 call mintak towel lebih laa, jap2 komplen econ x sejuk la,kejap2 call..kejap2 call,. rimas tau heheh
2. wardrobe xde...nape plak eh..owh ni nk suruh kita senang kemas baju bila nk balik lagi, sure pakaian kita xde tertinggal ye, maklumkah xde ruang2 tersorok hehehe, lagipun ia menimbulkan rasa tenang kepada para penginap sebab baju ada kt depan mata kah3x..apa lagi alasan lain yang korang blh pikir?
3. cafe/restoren xde, makan org luar yg supply, apa pun mak puji makanan dia, sedap..ye la homemade kan.
4. ko nk jajan takyah susah2 kuar, amik je kt atas registration kaunter, haaa lepas tu jgn la buat lupa lak nk bayor. Keberadaan entiti ini di atas kaunteri boleh membuatkan anda konpius jap kerana tertanya-tanya adakah anda mendaftar di hotel atau anda baru je masuk ke sebuah kedai runcit hehehe..ada eskrem lagi hokey
5 part ni best..kat suatu sudut di lobi, anda akan terpandang satu iron board berhias sebijik iron..jangan terkejut ye kerana kalo sesapa nk iron baju, ko angkut baju turun pakai lif, iron kt bawah tu..make sure anda kontrol ayu ye especially kepada anak2 dara, inilah port buruan jejaka untuk mencari calon isteri yang rajin n kemas mcm anda hahaha...bonusnya pemandangan semak samun kat luar hotel kerana anda mengiron baju sambil mengadap cermin telus pandang hahaha..siryes exposed!!!
6. bilik meeting yang xde tingkap, terkurung je dgn lampu2 bercahaya malap ala2 lampu jamban ..masalahnya syok plk ahli2 miting sampai xnak kuar...sesi pagi kul 2 pun xnk berenti, sesi petang kul 6 pun xnak berenti..apa yg best sgt ntah.
7. ada lagi yang lain-lain tapi malas lak nk tambah senarai, kang ada lak org chop aku ni fussy kan, mak xnak la dicop sedemikian rupa sebab mak kan bersederhana orangnya ( gelak sambil berguling2 kegelian)..sgt cozzi kan.....sampai nk amik gambor pun x sampai hati huhu...


~ TERIMA KASIH~

Saturday, June 25, 2011

KAKYAH LEPAS KUAR SPITAL

Assalamualaikum
hai hai hai...
apa kbr sume ari minggu nih?
seronot tak hari minggu anda?
okep.aku sambung macam2 hal sepanjang minggu lepas ye..

Hal #3: Alhamdulillah, lepas je kakyah dibenarkan discharge drp wad, trus aku+Mr.F+ jo (adik aku no-7) + abe aisy + adik zaraa pun bergegas ke hospital dgn rasa gumbira. Gumbira kenapa??
1.Ye la dh orgnya dpt kuar maksudnya dh ok la kan,
2.lg 1 x perlu susah2 gerak jauh dr kajang ke PPUM ..tempuh jem lagi kt federal highway
3. dapat berkumpul ramai2 kt umah aku, best wooo bila sume dapat berhimpun
4. terjaga sikit mkn minum kakyah
5. Ma dpt tido dengan selesa
6. Yg penting reunion kt Kajang Utama!!! makan2...seronot2...
Hari jumaat tu, bawak ma kuar mkn kt Bagan Lalang, restoren kt pelantar tuh..punya la gumbira ma sbb mana penah kuar2 mkn kt tempat cenggini..maknanya ma kena slalu bercuti, dtg umah anak2 ye, nanti kami jamu ma hehehe...kebetulan lak meja mkn kami depan2 skrin, bola Malaysia vs Myanmar..huh berbaloi-baloi

Hal# 4: Mcm aku kata, berkumpul ramai2.. tangan x penah kering arr masak. Tetapi kan, kenapa ye time kita2 je kt umah, bila masak wah...nanti kalo sape2 dtg nk masak inilah..msak itulah tp bila dh ada tetamu kt umah, jd blur lak nk masak lauk apa. Situasi inilah yg selalu aku hadapi huhu..solutionnya, nampaknya kena siapkan awal2 lagi la list of food yg kita nk masak time tetamu dtg (selalu x sempat tau sbb byk sgt menu dlm kepala yg nk dimasak).
Meh layan dulu beberapa gambar yg disnap di beberapa lokasi terpilih:-

tengok bola dulu sementara tunggu makanan sampai

adik zara mcm biasa makan sendiri

Menu: Jenahak bakar, kerapu 3 rasa, ketam masak cili, pahat masak cili jgk
Kerepek feveret abe aisy tiap kali dtg, nape feveret sbb dia sorg je ngadap n prabih, org lain xleh usik, blh tgk je

~TERIMA KASIH~

Wednesday, June 22, 2011

KAKYAH MASUK SPITAL

Assalamualaikum...

Tetiba blur plk nk taruk tajuk apa untuk entry aku kali ni hehehe...sangat tak berintegriti kan aku, hapdet blog masa opis hour...tapi nak buat macamana, dh tahap malas melampau, otak plk beku.

Minggu lepas tak sempat hapdet, sibuk uruskan beberapa hal mcm ni:


Hal #1: Kakyah operate sinus..mula2 tu dia punya operation date 1 jun 2011 tp dipostpone ke 15 jun 2011. So aku cuti 14hb lagi sbb ma sampai dr kg pagi tu. Maka petangnya pergilah kami beramai-ramai ke PPUM memberi semangat n kata2 perangsang sblm kakyah tersayang menjalani pembedahan. Sempat gak la aku wat kek keju n masak nasik bawak g sana, bkn apa mlm tu dia dh puasa n lepas operate for sure x leh makan sebarang, tambah2 lagi kek kan...

sama tak muka kami???


Alhamdulillah, kakyah selamat menjalani pembedahan pada 15hb tuh, kul 2.30 masuk bilik bedah, kul 5 kuar..ngam2 kami sampai sbb time melawat kt PPUM dia dr kul 5pm - 8pm. Sbb budak2 2 org kt umah tu x biasa tdo xde aku, maka terpaksa la ma yang tunggu kakyah. Aku siapkan bekal2 sume, kul 8 aku balik..masa tu kakyah x sedar lagi, anes blom habis..kul 9 mlm ma call kyah dh sedar. Nsb baik sediakan nasi bubur, bangun2 tu trus makan. Esoknya aku masak mkn tengahri, hantar kt ma..masak bubur nasi kt kakyah, bakar ikan selar je. Petang tu pegi lagi, mintak Mr.F je amik budak2 2 tu kt nursery, kul 9 mlm br sampai umah.


Hal #2: sesudah sampai, Mr.F plk bgtau nursery utk adik tutup sbb kena jangkiran kaki, tangan dan mulut. 23hb kang br bukak..adoi ya...nsb baik mama cuti lagi esok tp nk kena angkut la handbag ni g hospital..1 hal plk nk tumpangkan adik, maktok la jd mangsa nampaknya hehe utk hari-hari bekerja aku sampai 23hb...

Aduh..tension la nk taip..kejap2 failed..kejap2 failed..fed-up, oklah..nantilah aku sambung, baca la yg ni dulu ye

~TERIMA KASIH~

Wednesday, June 8, 2011

BLUEBERRY CHEESE TART

Assalamualaikum....Semalam kerajinan aku agak terlebih, balik semalam ujan renyai2, aduh lapar la time2 ujan camni, trus sampai umah, letak nasi, kuarkan baki gulai lemak ikan talang masin dgn nenas yg dh disejuk beku, panaskan ration tentera yg wan kasi -ayam masak merah n masak sos tiram cendawan+ tauhu jepun...azan mahgrib kami sekeluarga dh siap makan.
Malam tu godak apa2 bahan kt dapur, terbuatlah blueberry cheese tart nih, leh jgk bwk g opis esok, abang n adik pun blh bwk bekal g sekolah. jom kita tgk mcmana nk buat tart yang sedap nih...


kulit dia, dh siap bakar, tgu nk isi filling
okeh, dh siap bakar, boleh sejukkan n makan dah

wrap utk bawak ke opis, sape nk tempah boleh la

Ok kt sini resepinya. Resepi ni pun aku dpt kt internet, lupa dh dari mana sumbernya, kepada pemunya resepi ini, saya mintak izin ltak kt sini ye:


Bahan Pastri
450g tepung gandum -ayak

250g butter - potong kiub

100g gula halus

1 biji telur

2st air

1st esen vanilla

Gaul tepung n butter dgn hujung jadi sampai jadi serbuk. Tambahkan gula, telur, esen vanilla n air sampai jadi doh. Tekan dalam acuan tat n bakar sehingga masak-saya pakai 170C selama 10-15 minit-bergantung pp oven masing2.



Bahan Filling

Jem blueberry

250g cream cheese

50g butter

1 biji telur

60g gula halus

Gaul semua bahan hingga sebati. Masukkan dalam piping beg uk senang paip. Mula2 letak jem kt dalam kulit tat )saya letak jem dlm piping beg, senang nk paip), pas tu letak cream cheese, pas tu hias dengan jem kt atasnya ikut suka/kreativiti. Bakar semula hingga inti agak kering.

Siap.
TERIMA KASIH:)