Thursday, May 8, 2014

HONG KONG -Part 2

Assalamualaikum..
Hi there, it seems like i left my 'online diary' for so loong ...haha it's just only a few days back from my previous post hehehe..

From so many trips that i went to...today i've decided to post a trip to Hong Kong. Actually this story is already berkulat la because i went there in 2011!! LoL hahaha...never have time to  write, but ok what..better late then never kan hahaha..Ermm...a very nice place to go indeed. I went this 4 day trip with a group of members from Malaysia Quarry Institute and Dept of Minerals and Geoscience Malaysia.

Oklah, trip lawatan kerja ke beberapa buah syarikat kuari di Hong Kong. Hong Kong merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem pengurusan kuari terbaik di dunia. Jika dibandingkan di Malaysia, memang jauh berbeza dan inilah yang cuba kami sebagai penggubal dasar untuk melihat dan mengaplikasikan mana yang terbaik di negara lain untuk dipraktikkan di Malaysia.


Kami pergi dengan kos yang agak murah, pakej lebih kurang RM 5500 perpax...siap pakej airfare, hotel, makan, transportation. Pergi dengan menaiki penerbangan Cathay Pacific...walaupun dia claim ada muslim food dihidangkan dalam flight, sebagai langkah berjaga-jaga, kami iaitu aku n member kamcengku Hj Zaim tak makan, layan movie je sepanjang perjalanan hampir 4 jam.
Muka gembira setelah flight selamat mendarat di Hongkong International Airport
Antara ahli group
The Tsim Sha Tsui Promenade
Sepanjang di Hongkong, kami menginap di Hotel Plaza Metropolis, di Kowloon Peninsula. Taraf hidup di sini agak tinggi, no wonder harga hotel adalah mahal dengan saiz bilik yang kecik, jika dibandingkan dengan saiz bilik hotel2 4 bintang di Malaysia mmg jauh lebih lavish la. Bilik di Hotel Plaza Metropolis yang aku menginap ni dalam anggaran RM900 per night. Mahal kan!


Aku suka ke tempat orang sebab dapat merasa hidangan2 tempatan. Dah anak kacukan cina, of course la tekak aku menghala ke Chinese food kan. Alhamdulillah, kat Hong kong ni bab2 makan agak tidak susah kerana terdapat restoren2 makanan halal yang boleh dikunjungi. Ni antara tempat2 makan yang kami kunjungi. Maaflah sebab dah lama, aku pun lupa kt mana2. Korang enjoy pemandangan je la ye hehehe
Hari pertama makan malam kt Restoran Arab
  Aku bersama Dato KP JMG...lepas makan hidangan yg sangat marbeles di Islam Food Restaurant, somewhere in Kowloon maaaa

 Makan malam di Masjid  Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre


 Ulangan makan dim sum di Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre

Pekena capati n tandoori di salah sebuah restoran pakistan di kowloon

Selain daripada lawatan kerja, kami juga mengambil kesempatan untuk berjalan2...dah alang sampai kenalan meneroka tempat orang kan. Antara pusat tumpuan pelancong yang kami lawati ialah The Peak..untuk lihat pemandangan indah Hongkong dan muzium patung lilin Madame Tussauds Hong Kong . Jom








Next agenda, hari kedua selepas lawatan, malam after dinner aku takde apa2 aktiviti. Group Malaysia Quarry Institute ajak pergi ke Pulau Hong Kong, nak ke Lan Kwai Fong katanya. Aku dah la yang kudus mulus ni,tak tau la apa ke bendanya Lan Kwai Fong tu, main ikut je. Aku sorang je yang join sebab geng JMG lain sumer dh penat, nak rehat kt bilik je.

Hoyeh, perjalanan ke Pulau Hongkong dari Kowloon kami amik Star Ferry yang menghubungkan Tsim Sha Tsui ke Hongkong.. Sempat posing-posing kt area jeti tu. memang cantik. Selama ni tengok hong kong thru drama2 kantonis je kan, ni dapat tengok depan mata. Naik feri nk ke pulau lebih kurang 20 minit. Kami jalan kaki dari jeti ke lan Kwai Fong...boleh nampak butik2 mewah di kiri kanan. Boleh tengok je la, nk shopping memang tak mampu huhu.



  Apabila sampai, baru kutahu yang Lan Kwai Fong ni tempat orang bersuka ari. Mak ai..dh salah ikut, dgn imej bertudungnya, aku masuk tempat macam ni, ampunkan aku ya Allah. Tiada niat lain selain ingin melihat-lihat je.Tempat ni ala2 Bukit Bintang gitu, ada Hard Rock. Kebetulan masa kami pergi diaorg dalam mood nak sambut Halloween, so nampaklah hantu2 tengah bergentanyangan. Group aku ni nk stop dekat 1 pub, of course la aku xmo masuk. so sebagai menghormati aku, mereka lepak kt luar je sambil minum2. I was lucky because at that time, ada bodyguard yang jaga aku kui3..si hensem Mr. Ooi....dorchey leng chai!
 My bodyguard..haaa kan selamat



Perjalanan balik ke Kowloon kami ambik MTR. Aku kagum dengan teknologinya kerana MTR ini dibina jauh di bawah permukaan. Ada 5 tingkat ko bangunan dalam tanah tu, feeling2 anai-anai ekeke. Untuk [engetahuan, hotel yg aku tinggal tu bersebelahan dengan stesen MTR, jalan kaki je. Sangat mudah dan even aku yang tak pandai baca tulisan cina pun blh ulang pergi keesokan harinya ke Lan Kwai Fong (bawak pakcik2 JMG hahaha)



Esoknya, ulang semula ke sana untuk geng JMG merasa naik MTR dan tgk pub hehehe


Hari ke-3, kami dibawa untuk shopping je. Sebenarnya aku dlaam dilema sebab geng MQA semua ke Macau...kalau ikutkan nak jugak aku ikut sebab dh ada peluang, mestilah kena jalan. Walau bagaimanapun, geng JMG nk beli cenderamata (pertama kali sampai HongKong), aku pun nk beli gak hehe  so kami ambik keputusan berpecah. MQA ke Macau, JMG ke HongKong. 
Wah, banyak jugak kami masuk outlet, dapatlah beli 1 jean levi's kt laki aku (haram sampai sekarang tak pakai sebab style koyak kt lutut) hewhewhew.
Kitaorg pusing2 kt pekan sampai penat. Singgah solat di masjid ammar sadick, ramai maid2 indon yg dapat pelepasan hari minggu berkumpul. 


banyak jugaklah hasil janaan ekonomi kami sepanjang 1 hari meninjau...





So, sekian catatan lawatan 4 hari saya ke Hong Kong, satu tempat yang menarik untuk dikunjungi. Insyaallah kalau ada rezeki, saya ingin datang lagi ke sini. Insha Allah



Daaa.....



Monday, May 5, 2014

POST TERLEWAT-HONGKONG 2011-intro

Assalamualaikum..
sekejap je rasa...tahun 2014 dh hampir separuh...
ini post memang tertinggal lah, pengalaman ke Hong Kong tahun 2011, memang best!
Haloween party

Walaupun dah 3 tahun berlalu, kenangan di Hong Kong masih segar maaa...
Untuk makluman aku dapat join sempena lawatan ke kuari untuk lihat best quarrying practices di sana. Pergi ramai, dgn pegawai dan KP JMG dan beberapa wakil daripada Malaysia Quarry Institute. Kami pergi 4 hari, rasa tak cukup...
memandnagkan ini adalah post tertunggak, aku akan update dlm siri2 entry akan datang, kat luar dah hujan, aku kena balik sebab farha nur adelia demam, kena cepat2 aik dia dr rumah mama yantinya..
so tunggu aku cerita trip ke Hong Kong ye...daaaa

Monday, April 28, 2014

PENGURUSAN BEBAN KERJA

Assalamualaikum..

Terasa berada dalam stress yang amat sangat gara-gara beban kerja yang kadang-kadang rasa tak mampu nak tanggung. Pagi-pagi nak ke pejabat pun rasa malas, demotivated dah sebab banyak kerja sedia ada tak selesai, timbul pulak kerja baru.

Kata orang, kerja kena happy..so macamana nak happykan diri dengan kerja melambak nih? Bila aku dah rasa down..tiba masa untuk mendapatkan motivasi dan cara-cara untuk menguruskan beban kerja atau workload ini! Menurut tips yang diberikan oleh  ICAEW, 10 langkah yang boleh  diambil dalam pengurusan workload adalah:-

  1. The to-do list. Don’t keep it on different post-it notes or in your head — at the beginning of each day or week, write on a sheet of paper what you want to get done and by when. Rank tasks according to importance or urgency to plan your day and focus your mind.
  2. Review your workload regularly. Is there one task that always ends up at the bottom of the pile? If you find you’re avoiding it, can somebody else do it? Consider delegating whole projects that you don’t need to be involved in or allocate a specific time when you only do your admin, for example.
  3. Remember the 80:20 rule of workloads. It’s very simple — 80 per cent of our work contributes to less than 20 per cent of its value. Concentrate on the most crucial 20 per cent of your workload, because performance would still be strong.
  4. Set realistic deadlines for your tasks. Look at your to-do list and estimate the time each task needs to be completed but don’t be overoptimistic. Be honest of what you can achieve in a working day or week so that you don’t feel overwhelmed from the start.
  5. Allow time for interruptions. If you need to finish a certain task at a certain time, only deal with urgent queries during this time. You can then quickly pick up again where you left off.
  6. Structure your workload. Avoid picking up a job, doing a bit and then putting it back on the pile. Deal with them one at a time and finish each one before starting another. Your mind will be clear and ready for the next one.
  7. Don’t let your inbox drive your workload. If you get 50 mails per day, this means 50 interruptions to your day. Don’t check your inbox every time a message arrives. Switch off instant alerts if necessary and allocate a time when you will check your inbox.
  8. Fun, fun, fun. Ticking items off your to-do list is great, but are you concentrating on the quick-and-easy ones? Tackling more challenging projects first might mean more time, but also that a major task is completed and a weight off your shoulders.
  9. Keep multitasking to a minimum. Starting a number of jobs simultaneously means most of them won’t get your undivided attention. Think of multitasking as dealing with more than one task during a day, not at the same time. That way you focus on the project in hand.
  10. Keep a log of your workload. If you’re unsure how long things take, how often your focus shifts or how many times you get interrupted, keep a log of your working week. This will help you plan your week in future. 
Nampaknya ada beberapa memang aku dah praktikkan dari dulu, so..jangan peningkan kepala, jom kita teruskan kerja huhuhu

Thursday, April 24, 2014

TODAY IS MY BIRTHDAY

Assalamualaikum...
Year by year, at this date which this year fall on Friday, 25th of April 2014 = 25th of Jamadilakhir 1435 Hijr

Whoaaa...dah 35 tahun umurku...mcm dah tua kan hahaha but age is just a number. Nothings change hahahah..

Ok, menyingkap hari kelahiran, dilahirkan pada subuh 25 April 1979 di rumah nenekku dalam sebuah kampung. Kehadiran disambut oleh ayah, ma dan 2 kakak, kakjah and kakyah. Bertambah meriah la family kami. Dulu aku anak yang manja dan kuat buat perangai, anak no.3 harusler manja dengan ayah kan...mesti nak berdukung jer walaupun kaki dh panjang hahhaha.

Keluarga kami bahagia dalam kesederhanaan. Biasalah ayah org lama, bukan org makan gaji jadi kami takde kereta, takde motosikal, even masa aku membesar, kat rumah ada 1 basikal raleigh arwah ayah bawak gi sabit rumput untuk lembu-lembunya.

Aku mula-mula merasa naik basikal masa darjah dua kot..alamak lupa plk hehehe. Masa tu Arwah ayah belikan kakjah dengan kakyah basikal minisaga..hahha ingat lagi brand tuh, kenangan mengusik jiwa kannn...kakjah ambik yang kaler merah, kakyah dapat kaler biru..aku bonceng kakyah, kakjah bonceng nuar bawak gi mengaji. Time tu hari pertama aku dah gaduh dengan kakyah hahaha....siap tumbuk dia dari belakang, mestilah dari belalakng sebab aku kan bonceng dgn dia hahhaa...siap gaduh sampai basikal melelong sondol kawat berduri kt batas sawah...

Darjah 3 aku dapat basikal sendiri..yeaaaa!!!! basikal pertamaku brand dia blackjack, kaler merah. Punya sayang asal ada time free je basuh...time free je basuh hahaha...Itulah antara cerita semasa kecik-kecik dulu, sekarang aku dah dewasa, ayah pun dah lama pergi meninggalkan kami, ma masih di kampung..sihat2 orang tua gitu, kakjah dengan family dia, kakyah dengan kehidupannya, aku dgn kehidupanku....adik2 yang 5 pun dengan kehidupan masing-masing....

Sempena ulang tahun kelahiranku ini, aku berdoa agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi nikmat kesihatan tubuh badan dan keimanan...dikelilingi keluarga dan rakan taulan yang baik dan dikurniakan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Kepada yang wish, terima kasih banyak2, hopefully dengan pertambahan usia, aku makin matang dan berubah kepada sesorang yang lebih baik daripada sebelumnya.

Daaaa.....

Monday, April 21, 2014

Bila Anak Kecil Tak Naik Timbangan

Assalamualaikum,
Pagi selasa, 9.32am...take a break before tekan gear untuk kerja hari ini.

Kegusaran melanda bila anak kecil kita tak bertambah berat badan betul tak?
Of course la sebagai ibu, mana tak risau kalau setiap kali check-up, berat anak cam statik jer...

Kes ini aku hadapi dengan anak ke-3, Farha Nur Adelia.

Untuk rekod, dia dilahirkan normal, dengan berat badan 3.1kg..untuk 3 bulan pertama, pertambahan berat badan adalah normal.
Berat badan dia mula perlahan bertambah apabila aku start kerja..masa tu aku tukar ke susu formula, kira campur la sebab dia taknak minum susu yang aku perah dan simpan, mau yang fresh jugak budak tecit nih...
Kalau ikutkan, purata pertambahan berat badan dia sekitar 200g sebualan..ye 200g sebulan ye.
Misi kat klinik dh bising, rujuk kepada doktor, kepada dietion, dan aku jugak rujuk kepada paeds di klinik az-zahrah. Result setakat ni normal la..

Aku perasan yang Farha ni agak lambat perkembangannya. Sekarang umur dia dh nak masuk 1 tahun 6 bulan=18bulan dengan berat badan 7.7kg, dia belum boleh bercakap..berjalan pada umur 16 bulan, baru sekarang agak laju dan stabil. Masa last aku check-up kt klinik putrajaya, nurse kt situ nk masukkan anak aku ni dlm rekod bayi kekurangan nutrisi huhuhu...atau istilahnya rekod "failed to thrive"....sebab sepanjang 3 bulan hingga 14 bulan, carta tumbesaran dia kt kawasan merah dlm buku rekod kesihatan bayi tu. Huhuhu mau aku tak sedih.perlu bawa ke klinik setiap bulan hingga mencapai umur 7 tahun!

Walau bagaimanapun, sebab aku tukar klinik (sekarang tak check-up kt putrajaya lagi, buat check-up kt klinik desa giching je), klinik desa ni bagi masa utk aku pantau pembesarannya. Last checkup hari selasa minggu lepas, berat dia statik...wah...panjang je bertambah...dik, xkan umur mcm ni awak dh impikan badan model dik...
Pas tu nurse kat situ cadangkan aku tukar susu kepada PediaSure, katanya ramai yang berjaya dengan susu ini. Ye lah, sebelum ni aku kasi Anmum takmo, sustagen takmo, stick dgn dugro sebab wpun xmo sgt at least dia minum la...so petang tu jgk aku g beli PediaSure, 850g=RM76.90...mak aiih mahalnya susu..tapi demi anak, mama tak makan pun xpe dik, asal awak sihat. Dan hasilnya, ermm berbaloi-baloi sebab dia dh minum susu...kalau sebelum ni, 50ml pun gigih nk abeskan, pengasuh dia buat 160ml pun abes dh sekarang...alhamdulillah.
Gambar ihsan google

Baru je bagi seminggu, kita tengaok hasilnya nanti macamana ye...
Daa...sekian sahaja repekanku di pagi ini.