Hi there, it seems like i left my 'online diary' for so loong ...haha it's just only a few days back from my previous post hehehe..
From so many trips that i went to...today i've decided to post a trip to Hong Kong. Actually this story is already berkulat la because i went there in 2011!! LoL hahaha...never have time to write, but ok what..better late then never kan hahaha..Ermm...a very nice place to go indeed. I went this 4 day trip with a group of members from Malaysia Quarry Institute and Dept of Minerals and Geoscience Malaysia.
Oklah, trip lawatan kerja ke beberapa buah syarikat kuari di Hong Kong. Hong Kong merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem pengurusan kuari terbaik di dunia. Jika dibandingkan di Malaysia, memang jauh berbeza dan inilah yang cuba kami sebagai penggubal dasar untuk melihat dan mengaplikasikan mana yang terbaik di negara lain untuk dipraktikkan di Malaysia.
Kami pergi dengan kos yang agak murah, pakej lebih kurang RM 5500 perpax...siap pakej airfare, hotel, makan, transportation. Pergi dengan menaiki penerbangan Cathay Pacific...walaupun dia claim ada muslim food dihidangkan dalam flight, sebagai langkah berjaga-jaga, kami iaitu aku n member kamcengku Hj Zaim tak makan, layan movie je sepanjang perjalanan hampir 4 jam.
Muka gembira setelah flight selamat mendarat di Hongkong International Airport |
Antara ahli group |
The Tsim Sha Tsui Promenade |
Aku suka ke tempat orang sebab dapat merasa hidangan2 tempatan. Dah anak kacukan cina, of course la tekak aku menghala ke Chinese food kan. Alhamdulillah, kat Hong kong ni bab2 makan agak tidak susah kerana terdapat restoren2 makanan halal yang boleh dikunjungi. Ni antara tempat2 makan yang kami kunjungi. Maaflah sebab dah lama, aku pun lupa kt mana2. Korang enjoy pemandangan je la ye hehehe
Hari pertama makan malam kt Restoran Arab |
Aku bersama Dato KP JMG...lepas makan hidangan yg sangat marbeles di Islam Food Restaurant, somewhere in Kowloon maaaa
Makan malam di Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre
Ulangan makan dim sum di Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre
Pekena capati n tandoori di salah sebuah restoran pakistan di kowloon
Selain daripada lawatan kerja, kami juga mengambil kesempatan untuk berjalan2...dah alang sampai kenalan meneroka tempat orang kan. Antara pusat tumpuan pelancong yang kami lawati ialah The Peak..untuk lihat pemandangan indah Hongkong dan muzium patung lilin Madame Tussauds Hong Kong . Jom
Next agenda, hari kedua selepas lawatan, malam after dinner aku takde apa2 aktiviti. Group Malaysia Quarry Institute ajak pergi ke Pulau Hong Kong, nak ke Lan Kwai Fong katanya. Aku dah la yang kudus mulus ni,tak tau la apa ke bendanya Lan Kwai Fong tu, main ikut je. Aku sorang je yang join sebab geng JMG lain sumer dh penat, nak rehat kt bilik je.
Hoyeh, perjalanan ke Pulau Hongkong dari Kowloon kami amik Star Ferry yang menghubungkan Tsim Sha Tsui ke Hongkong.. Sempat posing-posing kt area jeti tu. memang cantik. Selama ni tengok hong kong thru drama2 kantonis je kan, ni dapat tengok depan mata. Naik feri nk ke pulau lebih kurang 20 minit. Kami jalan kaki dari jeti ke lan Kwai Fong...boleh nampak butik2 mewah di kiri kanan. Boleh tengok je la, nk shopping memang tak mampu huhu.
Apabila sampai, baru kutahu yang Lan Kwai Fong ni tempat orang bersuka ari. Mak ai..dh salah ikut, dgn imej bertudungnya, aku masuk tempat macam ni, ampunkan aku ya Allah. Tiada niat lain selain ingin melihat-lihat je.Tempat ni ala2 Bukit Bintang gitu, ada Hard Rock. Kebetulan masa kami pergi diaorg dalam mood nak sambut Halloween, so nampaklah hantu2 tengah bergentanyangan. Group aku ni nk stop dekat 1 pub, of course la aku xmo masuk. so sebagai menghormati aku, mereka lepak kt luar je sambil minum2. I was lucky because at that time, ada bodyguard yang jaga aku kui3..si hensem Mr. Ooi....dorchey leng chai!
My bodyguard..haaa kan selamat
Perjalanan balik ke Kowloon kami ambik MTR. Aku kagum dengan teknologinya kerana MTR ini dibina jauh di bawah permukaan. Ada 5 tingkat ko bangunan dalam tanah tu, feeling2 anai-anai ekeke. Untuk [engetahuan, hotel yg aku tinggal tu bersebelahan dengan stesen MTR, jalan kaki je. Sangat mudah dan even aku yang tak pandai baca tulisan cina pun blh ulang pergi keesokan harinya ke Lan Kwai Fong (bawak pakcik2 JMG hahaha)
Esoknya, ulang semula ke sana untuk geng JMG merasa naik MTR dan tgk pub hehehe |
Hari ke-3, kami dibawa untuk shopping je. Sebenarnya aku dlaam dilema sebab geng MQA semua ke Macau...kalau ikutkan nak jugak aku ikut sebab dh ada peluang, mestilah kena jalan. Walau bagaimanapun, geng JMG nk beli cenderamata (pertama kali sampai HongKong), aku pun nk beli gak hehe so kami ambik keputusan berpecah. MQA ke Macau, JMG ke HongKong.
Wah, banyak jugak kami masuk outlet, dapatlah beli 1 jean levi's kt laki aku (haram sampai sekarang tak pakai sebab style koyak kt lutut) hewhewhew.
Kitaorg pusing2 kt pekan sampai penat. Singgah solat di masjid ammar sadick, ramai maid2 indon yg dapat pelepasan hari minggu berkumpul.
banyak jugaklah hasil janaan ekonomi kami sepanjang 1 hari meninjau...
So, sekian catatan lawatan 4 hari saya ke Hong Kong, satu tempat yang menarik untuk dikunjungi. Insyaallah kalau ada rezeki, saya ingin datang lagi ke sini. Insha Allah
No comments:
Post a Comment