Thursday, April 25, 2013

The day after my birthday - hikhik apa tajuk daaa

Assalamualaikum..salam hari jumaat
baru terperasan yang kebanyakan entry aku dibuat pada hari jumaat..satu kebetulan?
Ermm sebenarnya ari jumaat adalah hari yg rileks sikit, kul 12.15 cam ni dh rehat, masuk balik keje kul 2.45..ding dong kul 5.30 dah balik.
Kejap lagi nk kuar, isi minyak keta, dh nyala mata gajah mak isis WTA tu kelaparan, kalo rajin kang gi merayau jap ke pasar tani...nk survey tudung..rasa macam tudung2 yg ada ni dah bosan..mak nak cari tudung style baru2 sikit nyah. Om jomss tgk koleksi cerita utk kali ini...cekidaut

Cerita #1
Semalam kan 25 April kan...suatu masa dulu, 34 tahun yang lalu...jam 5.00 pg di waktu fajar siddiq gitu, lahirlah seorang bayi perempuan daripada pasangan Che Mamat bin Dollah dan isterinya Zahrah bt Awang di kampung kangkong, pasir mas. Bayi ni merupakan anak ke-3 yang sebelum ini dahpun ada 2 orang anak perempuan yang comel2. Lahir yang no 3 ni lagi menambahkan kecomelan anak2 pakcik mat dgn kaknab ni hehe..Setelah 34 tahun berlalu, bayi tu membesar dgn sempurna,mendapat pendidikan yang baik, dapat pekerjaan yang baik, dapat jodoh yang baik dan dah pun dapat 3 orang cahayamata.Terima kasih ayah, ma kerana  membesarkan aku sehingga berjaya seperti hari ini, terima kasih kakak2, adik2...kepada asben terchenta, tq atas our mini party yg dikantoikan oleh abg aisy semalam hahaha...kepada kawan2 n semula yg mengenali, tq for all the wishes..i'm so blessed..semoga pertambahan umur ini dapat membawa aku ke arah tingkat keimanan, perubahan, kejayaan, rezeki dan lain-lain yang lebih baik.



Cerita #2
Pagi tadi, masa drive ke ofis..di satu laluan ke Presint 18, ada seekor anak kucing kecil merayau-rayau di tengah2 jalanraya. Nampak ngeri + belas tgk sikecil itu terpusing2. hati berdetik, kalo tak kuambil, kena lenyek dgn kereta kesiannya la hai.
Mungkin masa tu Allah mendengar keluhan hatiku, dilorongkan kemudahan pada masa tu traffic light bertukar kaler merah, aku berhenti dan kebetulan ada seorang penunggang motosikal berhampiran juga perasan dgn kehadiran kucing itu. Aku trus bg signal berhenti, keluar dari kereta dan dgn bantuan abang motosikal itu, anak kucing yang tak berdaya tu aku letak dlm kereta. Niat hati nanti sampai kt ofis, aku nk iklankan kepada sape2 yg berminat ank adopt anak kucing hitam ni.
Nak dijadikan cerita, lepas turunkan abg n kakak kt tadika, aku bergerak ke ofis. Sampai di parking ofis, trus cari anak kucing tu nk bwk naik, kang duk dlm keta x pasal2 bukan mati dek kena lenyek, mati pulak dek kepanasan n kekurangan oksigen dlm keta aku. Cari punya cari, kucing tu x jumpa2. Puas belek keta (sampai punch card aku merah ari ni) mmg takde. Tak puas ati, aku punch masuk ofis, pas tu aku kuar semula cari. Ya Allah mmg takde...hingga saat artikel ni ditulis, aku masih tercari2 di mana anak kucing itu..

Cerita #3
Esok ari mgu yang pack, en.F keje esok n lusa, anak2 duk umah je la dgn aku. Order tat pun banyak esok...costumer dh bising bila blh order tat yg 3 mgu dah aku tutp ordernya hehe. Pas tu mgu ni jgk nk buat goodie bag kakak..besday kakak 4 mei nanti so plan nk buat goodie bag utk kawan2 kakak kt tadika + kek utk dia...will be a hectic weekend i guess so...layannzzzzz

Ok, dh kul 1.20, wa mau kuar ke stesen minyak n merayau secara solo jap..daaa

Friday, April 19, 2013

Takziah Buat Sahabatku Siti Jamaliah

Assalamualaikum...salam hari Jumaat
Aku masih berada di Sg. Petani sejak ari rabu..untuk mengurusetiakan bengkel Pelan Strategik. Dikala sarapan, sempat bertanyakan keadaan anak kawanku Siti Jamaliah yang kritikal di hospital. Belum dapat maklumat terkini kesihatan.

Masuk di bilik perbincangan, dlm kul 9 sempat meneropong FB suaminya, Sham namun takde update terkini. Alhamdulillah mungkin anak kecil itu beransur pulih. Ingatan terhadap si comel azri  kadang-kadang terlintas, mama ct tak sempat pun k jenguk azri kt hospital.  Mama ct sibuk sangat, tempoh hari je mama ct gi tgk azri kejap, itulah yang pertama dan terakhir. Lagipun mama ct tak sampai hati nak gi tgk azri, mama ct cepat nangis n mesti nangis, bila mama ct nangis, mak azri pun nangis.kesian la kt mak azri. Isnin nanti balik keje in sha Allah mama ct singgah. Sayu hati melihat post terkini azri kt FB, mama ct doakan azri cepat sembuh.. boleh balik umah.

Namun, siapalah kita untuk melawan ketentuan dan perancangan yang telah diatur oleh Allah SWT.

Jam 12.30 hari, 19 April 2013,di waktu umat islam bersiap untuk ke masjid menunaikan solat jumaat, sikecil pergi jua menghadap Sang Pencipta. Tamat sudah penderitaan si comel ini, tenanglah di Syurga sana sementara menunggu kedatangan ibu dan ayah yang menyayangimu...

Buat sahabatku Siti Jamaliah, bersabarlah..aku kagum dengan ketabahanmu dalam menempuh ujian ini. Sesungguhnya sayang Allah kepada Azri melebihi sayang kita padanya. Hanya orang yang sabar dan terpilih  sahaja yang diberi ujian yang sebegini berat. Melepaskan pergi anak yang dikandung 9 bulan, dilahirkan dengan segala susah payah, membesarkan bayi istimewa yang menuntut pengorbanan masa dan tenaga sememangnya sangat berat. Namun Siti, kau dah lakukan yang terbaik dan Allah telah menyediakan satu saham buatmu di akhirat, yang bukan semua orang berpeluang mendapatkannya.

Tiada lagi joget lagu hindustan, gelak ketawa dengan abang dan kakak...Selamat jalan sayang Azri Irfan, sejahteralah di sana...

Ku tatap gambar wajahmu

Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…