Saturday, October 6, 2012

Coconut Oatmeal Cookies


Coconut Oatmeal Cookies
Aku suka makan cookies, nak buat pun senang, main campak dan letak atas loyang pakai sudu je, x yah leceh menerap mende. Semalam sambil buat kek, teringin lak nk try resepi nih, tambahan pulak bahan biskut raya puasa lepas byk lg so godak2, dptlah sebalang cookies, buat bekal abang n kakak sementara mama outstation ari ni.
Resepi ni aku dpt drp mbak ricke jgk, ringan je tekstur biskut dia sbb pakai kelapa kering. Sapa nk try boleh ikut resepi ni ye

Bahan
 125g mentega
100g marjerin (aku pakai 250g mentega, malas nk sukat)
50g gula halus
50g gula perang (aku pakai gula halus semua, tp rasanya agak manis, lepas ni kena kurangkan kalo pakai gula halus)
1 biji telur
1sdt esen vanilla
100g tepung gandum
50g susu tepung
1 sdt baking powder
1sdt soda bikarbonat
100g oat
100g kelapa kering
100g choc chip
50g kurma/kismis/kacang

Cara:
Pukul butter dgn gula hingga sebati, masukkan telur, pukul dan masukkan esen vanilla, pukul rata.
dengan spatula/senduk, masukkan tepung yang telah diayak dgn susu tepung dan agen penaik hingga rata. Masukkan bahan-bahan kering, 
Panaskan oven 180C, sendukkan adunan ke atas loyang dilapik baking paper( aku pakai sudu teh), tekan sedikit dan bakar sehingga masak. Oven aku lebih kurang 12 minit.
Sejukkan sebentar sebelum dialihkan ke redai kuih dan simpan dlm bekas kedap udara.
Selamat mencuba

Tuesday, October 2, 2012

Patah Tumbuh, Hilang Berganti

Assalamualaikum...
wah..tajuk cam lagu P.Ramlee kan..kan..hehehe
kerja di sini banyak menyaksikan pemergian opismate dan kemasukan pegawai-pegawai baru silih berganti.
Terbaru, Chris, Puan Laila dan Erma..Chris ke DPA 6 bulan, maksudnya kami yang dlm bilik ni hanya memandang meja kosongnyalah sampai bulan April 2013, puan laila lak bertukar job rotation ke JPSM, buat pengurusan kt sana dan erma pulak dpt kerja baru kt bangsar. To all of u, gudluck n nikmatilah kebebasan anda kerana tidak lagi berada di bawah cengkaman kuku besi pakcik itewww hehehe..
Actually aku xde idea nk menulis tp memandangkan aku sendiri bosan dgn blog aku nih, so aku update jgklah sumthing kan...
berikut antara wajah2 bos aku, superior-superior aku, dan subordinate yang pernah berkongsi opis selama 6 tahun aku di BMG ini.
My former SUB yang best- Madam Thoong Lay Choi

My former KPSU- Dr. Noor Azman-selamat bertugas di tempat baru Dr. Jangan lost contact pulak
Puan Laila...selamat bertugas di JPSM puan
My KPSUs merangkap best pren...miss uollss tau
My Former KPSU, sekarang kt Pejabat Menteri..Dr Chandra
X-PA SUB, alah xde la lagi pembekal makanan, kak sadiah
Ni la Chris, tgh buat keje ke tgh pejam mata tuh? maklumlah stayback buat Pelan Strategik NRE sampai 4.30 pagi
So, inilah wajah2 yang ada, actually ada lagi, en.K..jalil...nurul hida..ita..nurul zakiah..kak nina, en. zainudin...gmabar dorang kena cari dulu heheh...
nanti ai upload semula ye, okep, dh time utk sambung keje..daaaa

Monday, September 17, 2012

kek karamel

Assalamualaikum.
Dah 2-3 hari ni mulut mcm nk makan sesuatu. Sejak dari raya ari tu kakyah duk buat kek karamel, tapi hampeh tak sempat merasa. Nak buat sendiri macam takde keyakinan, jadi ke tidak.
last2 semalam tak blh tahan, 8.30 malam ajak en.F yang sibuk membasuh kereta keluar beli telur n susu cair, stok telur tak cukup, susu cair lak selamat dah buat kek tempoh hari..Dalam sibuk2 membancuh, kejap yang tu nangis, kejap yang ni nangis. Abang dgn kakak kebelakangan ni mcm anjing dan kucing, bergaduh aje kerjanya. Mak dan bapak dia dh kuar anak tekak pun situasi masih tak berubah.ehh mana tu melencong daaaa..
Ok sambung...tgh membancuh, adik aku ie Johari call dh abes keje kt hotel, break kejap g kuar amik dia, balik umah panaskan makan malam utk dia...baru je adunan kuning telur kembang, En. F dah jerit.."yang..mana maggi saya?", org tgh sibuk jawabnya megi celur je lah heheh...tgh syok pakcik tu layan megi, dtg lak anak2 nk tumpang semangkuk..dengggg, gelas air teh bunga lak tumpah, brenti kejap lap air.., tgh letak kaler kakak pulak mengamuk nk tidur...adus banyak betul gangguan semalam hinggalah kek aku selamat dikeluarkan dari oven jam 12.30 tengah malam...dengggg weng mak..nak makan kena tunggu sejuk, alamatnya pagi esok jgk lah dapat merasa kek ni.
Alhamdulillah, 1 attempt jadi elok je kejadiannya...jomss tgk gambar yang ada sekeping 2 nih

Resepi ni aku dpt drp blogger Masam Manis, Kak Azlita, mintak izin ye kak, tq atas resepi, sedap sangat. Untuk pudingnya, aku gandakan kuning telur n susu cair, baru dpt tebal sikit
Joms tengok resepinya

Bahan A
2 sudu gula kasar- masak dalam loyang & buat gula hangus, ketepikan

Bahan B
1/2 tin susu cair- aku gandakan 1 tin
3 biji kuning telur - aku gandakan jd 6 biji
70g gula kastor- aku tambah jd 100g
esen vanilla

Kacau perlahan susu dan gula hingga gula hancur. masukkan kuning telur dan esen vanilla dan kacau perlahan (kalau kacau kuat2 kang puding jd berlubang2 pulak)
Tapis ke dalam loyang berisi gula hangus tadi, ketepikan.

Bahan C
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyak masak
70g gula kastor

Putar kuning telur, air dan minyak hingga gebu dan putih. Masukkan gula perlahan-lahan dan putar lagi hingga naik sekali ganda

Bahan D
140g tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Masukkan sedikit demi sedikit bahan D ke dalam Bahan C. Kaup balik perlahan-lahan hingga rata

Bahan E
6 biji putih telur
70g gula kastor
1 sudu teh cream of tartar

Putar putih telur hinggu berbuih, masukkan gula dan COT, putar hingga kental dan kaku.
Masukkan 1/3 meringue ke dalam adunan kuning telur. Kaup balik perlahan hingga rata, masukkan baki meringue dan kaup balik sehingga sekata. Bahagi adunan kepada 3 atau berapa kaler yang dikehendaki, suka ati koranglah. sudukan Adunan ke dalam loyang Bakar secara steam bath 170"C selama1 jam or bergantung kpd oven masing2. (aku punya 160'C selama 1jam 10 minit)
Keluarkan, sejukkan dan potong bila betul2 sejuk. (kek aku punya terkena cecair karamel tu tp ia tak menjejaskan rasa hehhe)
 Aku simpan dalam peti ais dulu kasi sejuk, manyakk syokkk arrr...
Selamat mencuba... 


Saturday, September 15, 2012

My New Kitchen..i loike!!



 Haaa...assalamualaikum sumer,
setelah kami menderita dengan debu2 hasil ketukan dinding rumah dan simen2 berterbangan selama dua bulan, akhirnya dapur idamanku telah selamat dirasmikan. Cer tengok..cer tengok cantik tak?? Alhamdulillah, dengan bajet yang ada, dapatlah dapur aka tempat lepak rasmi aku direalisasikan, dengan kaler dan konsep. Ada la yg kita tak puas hati tapi pejam mata je la, nak kemas satu hal woh...banyak benda nk kena masuk.
Konsep moden dengan kaler black n white, dalam gambar nampak cantik, kt luar biasa2 je. Oklah, layan beberapa gambar yang tak seberapa ye..chowsss (tengah bengkel DGN kt penang nih)

Sunday, July 29, 2012

dapurku tak berasap

Assalamualaikum

Hari ni dah 10 hari kita berpuasa, kira2 congak2 terawih aku baru 1 kali pergi hikhikhik..bukan malas tapi anak dara aku yg sorang tu xleh dibawa ke surau lagi, nanti bising 1 surau dia nk balik, tak ke kelam muka mak dia, insyaallah, ada rezeki nanti dapt jugak buat amalan sunat tu nanti..positif..positif..

Ok bercerita pasal puasa, aku dah 2 tahun mengekalkan rekod 0 pasar ramadan...tahun 2010 n 2011, balik keje trus masuk dapur, masak ringkas2 lauk n kuih 1 jenis..cukup. Namun apakan daya, tahun ini rekod itu termusnah disebabkan oleh kerja2 merenovate dapurku tak siap2 :( marah sungguh makcik bila orang keje slow nih.

 Apapun, joms tgk rumah mak yang telah dipecahkecil hehehe..eh dipecahbesar..hopefully dapat la siap sebelum raya..mak nk buat biskut raya nakkkk...
 Ni dapur sebelum, masa beli rumah ni, owner tuh dah buat table top tapi huh, x berkenan...reject hehehe...kami nk extend sampai belakang so part dapur ni dibesarkan dalam 5 kaki lagi

 Oww..gambar syeksi en. F..(sorry abah, terlebih glamor plk seluar peberet abah tuh). Ni bahagian belakang yang asal. Penuh dgn pokok pisang so kami korbankan mana2 pokok yang ada kat belakang nih. Kat belakang tu, en. F punya assistant tengah main api.


Keadaan dapur selepas diketuk. Kami x separatekan dry n wet kitchen, buat skali je. Kt belakang tu kami buat stor, laundry room n tempat untuk aktiviti menjahit aku (kalo x buat tempat khas kt belakng tu, x mampu mak nak nyorokkan gorgon (mesin jahit) mak tuh nyah


 En. F aka banker termenung jauh disamping kitchen appliances yang menunggu masa untuk dipasang. X sabor mak nk rasmikan oven baru untuk buat biskut raya tahun ini. Tapi hajat akan kesampaiankah kerana dh masuk 10 hari puasa, tile tak jugak siap2, jika tile x siap, dengan kitchen kabinet x dpt masuk :'(
Sehingga catatan ini dibuat, tukang pasang tile tu x siapkan jugak keje dia. Panazzz gak aku, ermm nampak gaya bukak n guna dulu la oven tuh LOL!

Ok, sekian untuk post kali ini. Ada masa aku post lagi ye..daaa


Thursday, June 14, 2012

resepi ikan kembung sumbat sambal belacan

Assalamualaikum..
saje nak share resepi mudah nih, bagi mereka yang dh pandai tu abaikanlah resepi ni ye..ni aku nk kongsi khusus kepada mereka2 yg baru nk belajar masuk dapur. Resepi ni asal drp maktok, aku dh ubah ikut citarasa aku dah hoho...
ok jom tgk (malu lak share benda simple nih)
 Bahan:
3 ekor ikan kembung
5 biji cili padi (ikut nk tahap kepedasannya)-aku x tahan pedas sgt
2 biji cili merah
3cm belacan-kalo suka belacan banyak, taruk la lagi
2 biji limau kasturi-perahkan air
2 biji limau kasturi, hiris nipis
sedikit garam

Cara-cara: campakkan cili, belacan dan garam dalam lesung batu, tumbuk kasi lumat (kalo aku x lumat sgt sbb sambal belacan halus sgt x best + x cantik), pas tu perah limau kasturi, campakkan limau yg dipotong dan perasakan, bergantung pada tekak masing2. Pas tu sumbat dlm ikan, biarkan selama 1 jam supaya rasa2 masin, masam tu meresap dlm ikan..pas tu terpulang nk goreng ke nk bakar..dua2 boleh (kali ni aku goreng)...

sediakan 3 ekor ikan kembung..belah belakang dia cantik2, keluarkan segala perut, insang dan segala-galanya, jgn lak korang buang isi dia..kalo rajin blh buang tulang skali, tentu senang nk makan hoho. cuci n toskan
sumbat sambal belacan dalam ikan ikut belahan tu, sambal ni pekat so mmg dia melekat cantik je kt ikan tuh. Dah nampak kesedapannya kan..kan..kan...hehehe
goreng ikan dalam minyak hingga garing dan baunya sangat menggoda sukma..auwww


inilah menu mkn malam aku, ikan sumbat, kanag buncis goreng dgn acar masak yang aku simpan entah brape bulan dlm peti ais..acar makin simpan makin mantap...nanti free aku share resepi acar masak ni ye, mmg sedap!

Oklah, selamat mencuba..tak jadi kang dtg berguru dgn aku, aku kasi tutorial hehehe, bye.

Thursday, May 31, 2012

Assalamualaikum,
Setiap hari hidup aku berkisar tentang kerja n keluarga. Pagi punch card kt ofis..keje sampai 5.30, punch out, drive balik umah dgn anak-anak then punch in kt rumah.

Semenjak expecting ni, aku malas tahap melampau huhu..bukan anak yg ni je, anak2 sebelum ni pun aku malas..so xde yg pelik jika aku malas time aku mengandung hahahah...byk arrr perubahan yg aku alami bila aku mcm ni. Nasib baik En.F x byk komplen, ikut je larrrr...antara benda yg berbeza aku buat time mengandung yg ni>
1. belum kul 9 mlm aku dh masuk tido
2. awal2 expecting dulu, asal petang je seram sejuk...duk berbungkus dalam selimut
3. malas dh nk buat kek, biskut, lauk, nasi..pendek kata aku malas masuk dapur
4. asyik nk makan kt luar, so bagi je alasan kt En. F.."abah, anak awak ari ni nk mkn kuetiaw kerang laa, abah..rasa nk mkn yong tau fu hometown la, abah, rasa nk mkn kerabu kaki ayam la"...semua rasa hehehe. misi ari minggu ni nk try ajak pekena patin masak tempoyak kt temerloh, harap2 dia rajin drive hehehe :)
5. rajin..ehem..ehem..jgn igt aku malas semua benda ok, ada gak yg aku rajin rajin baca novel..kalo dulu sebiji buku tu berchenta la nk abes sampai mengeluh-ngeluh, sekarang 1 buku pun blh abes 1 malam...anak yg ni rajin membaca kot heheh
6. rajin tgk citer korea, now i'm addicted to korean drama/movie..especially Jang Geun Suk, soooo cute meh this guy, harap2 kuar anak muka mcm JGS hehehe...asal jgn ikut gaya feminin pakcik nih sudah!
7. malas nk jalan, errr kalo nk kena g shopping kt tesco ke apa ke, nmalasnye nk jalan, rasa nk suh en.F drivethru je blh? heheh..kalo bab meronda naik keta mmg syok, tp kalo kena jalan, errr bagi saya pikir dulu ye
8. malas nk bercakap, ok perrr aku kurang bercakap, xde la bising sgt. Tp tgk keadaan jgk, kalo jumpa geng opppss..automatik aku jd potpet2 hahaha
9. mudah menangis. asal ek? tgk drama nangis, tgk movie nangis, dgr citer nangis, sensitip sgt awak yeop!
10. dah la tu sume 9 list kt atas..byk2 buat mende.....

oklah, dh sunyi opis aku nih, time to go home...chow.

Wednesday, May 23, 2012

salam hari rabu

Assalamualaikum semua..salam hari rabu..
Pandang ke luar tingkap, putrajaya hari ini dibasahi hujan tapi takde la selebat semalam. Rintik2 je. Konsentrasi aku membuat kerja terganggu  dgn bunyi bising..maklumlah hari belia datang lagi. kalo thn lepas temanya "himpunan sejuta belia", tahun ni temanya "himpunan jutaan belia". Cobalah mak bayangkan bila jutaan belia datang berkumpul kt keliling bangunan di Presint 4 ni, tak ke lemas..hoho.
N seperti biasa parking lot tempat aku tambat gajah aku selamat dirampas oleh khemah2..seminggu ni mmg menderita la cari jalan nk datang ofis n cari port baeeekk punya nk tambat gajah hitam aku.
Dah lama aku tak menconteng blog ini. Kesian la kepada sesiapa yg tersesat ke blog ni, please apologize me, aku bukan sengaja tapi ada sebab2 yang aku tak dapat nk elak antaranya:
1. keje sibuk sgt skrg (alasan kerja byk blh diterima?)
2. Aku dah nyahkan P1wimax dari hidupku...maklumlah kt hutan banat sana x de coverage, terpaksalah aku terminatekan internet line aku
3. Aku mabuk2 manja 2-3 bulan nih. Anak no.3 ni agak pelik sikit sbb aku agak pening2 lalat n mabuk2 manja yang memalaskan aku buat keje, semua benda aku malas. Kat umah aku tido je hehehe
4. Asyik duk sibuk dgn benda lain, so lupa je nk update blog
5. takde citer la nk post.....
So itulah antara penyebab yang menyebabkan blog aku ini terbiar tanpa pembelaan.
Maafkan aku ye kawan2, nanti lain kali kita sembang lagi..chow!