Aduss..lama betullah aku tak menghapdet, dh berlumut/berkarat/berkulat dah blog aku ini...bukan malas tapi niat menghapdet tu tinggal niat je la..
Ermm, cerita tentang abang n adik yang masuk tadika. 1hb Mei 2011 dgn rasminya bibik aku meletak jawatan, petang itu sudah bermula kerja2 rumah, rutin yang dah 2 tahun aku kurangkan (bukan x buat k, kurangkan je hehe)...huishhh bizinya usah dikata, terasa rajin sesangat diri ini hehehe...
2 hb still cuti kan, start budak berdua ni praktis utk bangun awal..kul 7 dh dikejutkan..aku selaku ibu yang sangat rajin menguruskan rumahtangga (chewah..perasan la plk heheh) mula la kutip n basuh baju kotor...sapu sampah..mop lantai..kemas dapur...dan2 tu jgk mcm byknye keje aku nk buat...layan abang n adik...pas tu masak sarapan....tenang plk rasanya bila tak terkejar2 masak, stakat perut kitaorg 4 org, time makan ikut perut maknye je la kan hehehe....
Petangnya kuar beli barang2, awal2 lagi aku siapkan checklist, takut nanti esok ada yg tertinggal...malam trus tag beg, label barang2, label towel..uich leceh gak, blom lagi risau mcmana budak berdua ni nk adapt dgn suasana baru esok...
Ok...sambung nanti cerita hari2 awal abang n adik di Cendekiawan Educare Presint 18, nk balik,dh 5.30...g amik budak2
Thursday, May 5, 2011
Monday, February 14, 2011
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
N3 kali ni tentang maulud nabi...dan sudah tentu cuti umum hari ni dihabiskan dengan berehat kt umah...bwk balik keje bertimbun tapi macam malas je nk belek ekeke..ari ni mood membuat crochet...ntah apa la jadinya kerastangan aku ari nih. Well nanti kita tengok hasilnya ye.
Maulud nabi macam ni teringat masa sekolah2 dulu. Sekolah Kebangsaan/Menengah Kangkong, Pasir Mas. Selama 6 tahun aku menuntut ilmu di sekolah rendah kangkong, sambung belajar selama 5 taun lg kt sekolah menengah kangkong, mcm x berkembang lak kan hehehe....tp aku seronok je.
Dulu bila tiba Maulud Nabi, sekolah akan buat jamuan dan perarakan.Masa ni setiap kelas/tingkatan akan diberi tugas masing2. Ada tingkatan yang kena bwk beras 1 pot sorang, ada tingkatan kena bwk kelapa sebiji sorang, tingkatan lain plk bwk kayu api,biasanya tingkatan 1 yang kena bwk kayu api hoho..sangat meriah.
Untuk perarakan plk, masing2 ada tugas bwk lidi n gunting kertas kaler2 utk buat bunga manggar. Tu blom lg tugas potong daun pandan dari rumah untuk buat bunga rampai. Habis la apa jenis bedak, minyak atar n wangian ditaruk kt bunga rampai tuh. Dulu mana ada perfume2 branded ni sume, paling top pun minyak wangi white musk yg beli kt mydin hehe..kira paling wangi n bangga betul bila pegi sekolah, kawan2 puji bunga rampai kita wangi.
Pas tu bila tiba harinya, mlm sebelum tu dh sedia siap2 pinggan dan gelas masing2. Hahaha..habis koleksi pinggan ngan gelas paling cun dlm almari mak jadi mangsa..ye la time nk makan kan org tgk pinggan kita,mestilah kena cun hahaha...beratur aiknasi, lauk n air...xde air lain,air sirap je ler...tu pun kira dh meriah..sgt rindu saat2 sekolah dulu. Aku tak tau adakah suasana maulud kat sekolah2 especially sekolah kangkong meriah mcm dulu..
Thursday, February 10, 2011
POLIGAMI

Dua hari berturut-turut aku ke KL, miting. Semalam jd escort bos ke KPKT, miting JK MPFN..ok la sbb bos ada kan, xde la aku x lena tido sebab risau tambah2 yg chair miting adala seteru aku..ahmad kabit ekeke..
otw balik biasalah, sembang oranglelaki apa lg, mesti lah pasa pompuan n pasal poligami. Huh, macam dah xde topik lain..dlm duk melayan mata tgk pemandangan tepian hiway mex, tetiba aku diajukan soalan..
Bos: "Ti, kalo husband t mintak kawin lagi 1 t bagi tak?"
Senang je aku jawab.."kalo mampu kawen je la bos.."
Bos: "isteri saya awal2 lagi tak bagi"
Aku: "saya berfikiran lain bos!!"
Kenapa perempuan anti dgn poligami? aku x refer to semua ye hehehe. bagi aku perkara ini adalah perkara yang halal asalkan lelaki yang mengamalkan poligami itu tidak mengkut nafsu sebaliknya berpoligami untuk membantu contohnya menikahi balu/anak dara yang miskin.
Alasan taknak berkongsi? apakah kita lupa yang suami kita dikongsi dengan ibubapanya, dengan adik beradiknya..apalah sangat setakat berkongsi dengan seorang lagi insan yang mahu berpayung menumpang teduh untuk sementara di dunia ini..lagipun suami kita bukan milik kita selamanya. Allah hanya pinjamkan dia kepada kita,sampai masa entah dia entah kita yang pergi dahulu tinggalkan jgk dia kan.
Mungkin org lain x setuju dengan pandangan aku. Cuma satu yang aku rasa kaum perempuan kena ingat, dunia hari ini banyak pancarobanya sementelah ratio adam n hawa jauh berbeza, tidak mustahil berlaku (minta dijauhkan) rampasan kasih sayang/peralihan kasih kepada insan lain so perempuan plizz jgn rely 100% kepada suami..cari pendapatan sendiri untuk secure ourself kerana kita tak tau apa yang akan jadi pada masa hadapan. At least, jika terjadi sesuatu, kita tidak hilang arah dlm meneruskan hidup dan membesarkan anak2 kita.
so, cukup renungan utk hari ini,
p/s: En. F plizzz jgn seronok bila mama bg greenlight ye!!!
Saturday, January 29, 2011
TRIP #1 KE LABUAN
Cerita ni dah berkulat sebenarnya (hehe)sebab dah lama saya pegi Labuan nih, 27-28 November 2010 tapi memandangkan asyik memanjangnya bz, x sempat la saya nak bercerita trip saya ke Labuan nih.


Monumen yang dikenali sebagai "chimney" ini ialah mercutanda yang bersejarah dan unik di Pulau Labuan. Dikenali juga sebagai "Punil" oleh masyarakat tempatan dipercayai dibina pada awal 1900 ketika kemuncak industri perlombongan arang batu di Tanjung Kubong di bawah pentadbiran British North Borneo Cartered Company. Fungsinya masih menjadi tanda tanya dan dipercayai digunakan sebagai rumah api untuk kapal-kapal dagang.
Ok, ini tempat yang kitaorg pegi untuk beli coklat n cuci2 mata tgk gelang kristal n pearl.

pertama kali aku tengok ikan senangin punya besar, kalo kt semenanjung dapatlah saiz 3 jari, tu pun harga mak oi cekik darah. Kt sini haa kau, saiz king punya. Dan2 tu jgk rasa nk wat balik kt maktok hahaha..sedapnya wat kari ikan nih. Ni aku g pasar basah dia.
Akhir sekali, sebelum balik sempat jugak la kami pekena ABC blended kat bandar Labuan, sangat sedap..wallawey!!alhamdulillah.
Erm, percutian sambil bekerjaku dah tamat so, sambung balik keje...wat ever pon..BEST!!
Actually ni first time saya sampai kat Labuan, kecik je pulau dia so xde masalah nk round island dalam masa yang singkat hehe..1000x tq to JMG Sabah yang taja pengangkutan saya sepanjang kat sana, uols memang best!
Ok jom kita tgk apa yang saya jumpa kat sana...yipee :p
Ni hotel saya kt sana, Mariner Hotel Labuan. Hotel kelas cokia jer yg dapat memandangkan time kitaorg gi miting tu weekend+school holiday, memang sume hotel fully booked.
(FIY, weekend adalah time org2 oil n gas naik ke darat, so hotel memang kena book cepat)
Disebabkan aku sampai awal drp bos maka sempatlah g ronda jap, byk jgk tempat menaik yang boleh dilawati..meh nak citer dgn pesanan, jangan jeles ya hahaha...
Ini adalah War Memorial untuk memperingati tentera British + gurkha yang terkorban semasa 2 world war..dalam tahun 1945. Terdapat lebih 2000 kubur yang dipisahkan mengikut agama islam, hindu dan kristian. Kalau datang Labuan, kena datang sini barulah anda disahkan tiba di Labuan tau..
Lepas tu, kami ke Chimney pulak.
Monumen yang dikenali sebagai "chimney" ini ialah mercutanda yang bersejarah dan unik di Pulau Labuan. Dikenali juga sebagai "Punil" oleh masyarakat tempatan dipercayai dibina pada awal 1900 ketika kemuncak industri perlombongan arang batu di Tanjung Kubong di bawah pentadbiran British North Borneo Cartered Company. Fungsinya masih menjadi tanda tanya dan dipercayai digunakan sebagai rumah api untuk kapal-kapal dagang.
Amboi panasnya berpusing-pusing kat pulau ni, jom kita gi minum air kepala muda sambil tengok matahari terbenam kat Pantai Manikar..cantiknya
Ok, ini tempat yang kitaorg pegi untuk beli coklat n cuci2 mata tgk gelang kristal n pearl.
pertama kali aku tengok ikan senangin punya besar, kalo kt semenanjung dapatlah saiz 3 jari, tu pun harga mak oi cekik darah. Kt sini haa kau, saiz king punya. Dan2 tu jgk rasa nk wat balik kt maktok hahaha..sedapnya wat kari ikan nih. Ni aku g pasar basah dia.
Ni tempat makan yg aku rekemenkan sape2 nak pegi ANJUNG KETAM. Ada 4 gerai kat sini dan makanannya superb + harganya berpatutan. 10 orang makan, baru RM250, makan ketam sampai muntah beb hehehe..
Akhir sekali, sebelum balik sempat jugak la kami pekena ABC blended kat bandar Labuan, sangat sedap..wallawey!!alhamdulillah.
Erm, percutian sambil bekerjaku dah tamat so, sambung balik keje...wat ever pon..BEST!!
Tuesday, January 25, 2011
MANA KAWAN SAYA?
Dulu saya ada seorang kawan, saya baik dengan kawan saya ni..bila saya bengang, saya cari dia - dia dengar je saya membebel lepaskan geram
bila saya marah, saya cari dia - dia layan je marah saya
bila saya gembira, saya cari dia - dia tumpang gelak dengan saya
bila saya sedih, saya cari dia - nanti macam2 citer lucu dia citer kat saya
bila saya down dengan keje, saya cari dia - dia pun down sama..hahaha apalah ini orang!
bila bos saya meroyan kt opis, pun saya cari dia - dia akan menjadi ajinomoto dlm umpatan kami >.<
tapi itu dulu....
tiba-tiba saya teringat...
macamana cina mabuk? patahkah kaki dia?,
c itam bahagiakah dengan pakwe ensem dia? saya dh x bukak facebook lagi nk tgk itam
malik kingkong apa cer? dah baikkah dia dengan fatihahseperti dolu2? oh tuhan..
n abe mad shah...apa cerita jejaka idaman malaya iteuwww? terbayang abe dgn selipar jambannya pagi2 walaupun saya x penah tgk pun abe mad nih
muka tua? adakah masih tak reti bahasa?
Saya sangat sedih tapi saya tak boleh nak cerita kesedihan saya kat sape2..sebab takde orang yang faham kamcengnya kami...saya dengan kawan saya je yang faham..tapi sekarang dia dah tak ada, maka saya kembali macam dulu...masa saya takde kawan macam dia.
Dia dah taknak kawan dengan saya mungkin sebab dia pun dah tak faham saya kan..
Saya tau kawan saya dah ada makwe, sekarang apa-apa cerita mesti dia kongsi degan makwe dia, jauh hati saya bila dia lupakan saya..takpelah...bukan salah kawan saya juga.
Apalah daya upaya yang saya ada untuk saya berbaik dengan kawan saya macam dulu-dulu...
Kepada kawan saya, saya ucapkan selamat berbahagia...kalau makan nasi minyak jangan lupa bagitau ye walaupun saya tau saya takkan dapat datang..
~sahabatmu: bro n sis 4eva~
Monday, January 10, 2011
sedar tak sedar dah nk masuk 4 tahun aku duk kat umah ni...dh selesa mcm umah sendiri walau hakikatnya aku masih menyewa huhu.
dan menurut arkitek merangkap pengurus projek merangkap buruh kasar, projek ini mengambil masa 1 minggu utk disiapkan dan hasilnya menjadi begini.
tak sangka terror jugak cik abe aku buat..cantik la, n yg penting, guna brg2 recycle jer.
Okep, nanti aku upload gambar pondok lak hehehe...suke..suke..
pandai abah!!!
Umah yang aku duduk ni ok sb ada halaman di depan dan di belakang, kiranya kat depan tanam bunga, kat belakang tanam sayur.
Memandangkan laki aku suka sangat meminda taman kat bahagian depan, suatu hari tanpa disangka dia telah membina satu binaan kekal seperti ini.

tak sangka terror jugak cik abe aku buat..cantik la, n yg penting, guna brg2 recycle jer.Okep, nanti aku upload gambar pondok lak hehehe...suke..suke..
pandai abah!!!
Tuesday, December 28, 2010
PUTUS CINTA

Saat-saat melayan kebosanan di ofis, tetiba aku terbaca lak satu artikel tentang panduan menghadapi putus cinta, well..terkenang suatu masa dulu....
Setiap perkara yang dilakukan akan mengingatkan kembali kepadanya. So simpan or secara kejamnya lupuskan semua gambar/barang pemberian/apa2 jua yang boleh mengingatkan kita kepadanya. Jgn segan2 untuk men'delete' no telefonnya, smsnya dan suara dari peti pesanan.
2.Jangan menyeksa diri
Of coz akan ada perkara-perkara yang tak dapat disingkirkan dari fikiran yang akan mengundang ingatan kita kepadanya contohnya lagu tema percintaan chewah hehe berkumandang di radio..persetankan, itu cuma kenangan kan, jangan sampai kamu berfikir untuk kembali kepadanya..enough is enough!
3.Kehidupan berbeza
Wah! jika dahulunya jadual hujung minggu padat dgn aktiviti dating, sekarang tidak lagi..mungkin pada awalnya susah untuk beradaptasi dengan suasana baru tapi jangan risau, lama-lama kita akan biasa, bujang x bermakna xblh berseronok di hujung kan!
4. Ingat perkara-perkara yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya kita sering mengingati setiap perkara yang dilakukan oleh bekas kekasih. Untuk melupakannya, perlulah kita ingat keburukan yang ada, nk lagi berkesan, senaraikan keburukan dia pada sehelai kertas dan tampal kt tempat yang mudah dibaca supayatiap kali ingatan itu datang, cepat2 tilik senarai tuh hehe.5. Rakan dan keluarga
Kita mungkin tak mampu untuk menanggung seksa putus kasih keseorangan. So carilah kawan yang boleh dipercayai untuk meluahkan apa yang terpendam. Rujuk juga keluarga untuk mendapatkan nasihat. Jangan dipendam seorang diri, takut nanti memakan diri.
6. Dekatkan diri kepada-Nya
Masa kecewa ialah masa yang paling sesuai untuk kita kembali dekat pada-Nya. Terima takdir bahawa jodoh telah ditentukan oleh-nya dan hanya Dia yang tahu siapa yang terbaik untuk kita. Jika ita berpisah dengan bekas kekasih maknanya, dia bukan ditakdirkan untuk kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)