Assalamualaikum..
Dah lebih dua bulan kuhidup sebagai student, rasa pelik pulak pagi2 tak payah bangun awal gi keje hehehe...cuma bangun tolong En. F siapkan anak2 nk g sekolah, pas tu lepak2 sementara tunggu cik Paa bangun, layan ulangan citer korea then kadang2 dgn maknya pun zzzz balik hahahaa...natijahnya, tiap2 ari paling awal mak masuk kampus kul 1am nyah!
Sekarang musim hujan, buat masa ni, mood membaking tak berapa ada...dah lama tak baking rupanya huhu, aku curi2 masa buat hantaran dan goodies adik ipar, fazli yang nk kawin lagi 2 minggu. Hujung minggu depan balik kg..yeay!!boleh main banjir...errr, banjir ke?
Kalau dihitung, dah berapa puluh tahun ye kg aku tak banjir....sepanjang hayat dapat ler merasa 3x main air banjir..masa umur 5 tahun (kelasss ko 5 tahun dh ingat main air, keh3 masa tu bogel lagi mandi kt depan umah lama)..pas tu masa umur 10 tahun n last sekali 15 tahun, pas tu dah tak banjir dah( lepas empangan pergau siap). Time banjir, makanan semua jadi sedap...hoho, Antara makanan yang aku ingat glemer time banjir ni adalah:
1. Ikan darat ( puyu, sepat, keli lembut, haruan- sekarang ikan2 ini telah diancam oleh ikan keli spesis afrika)
2. Ikan budu (ikan kembung dijeruk dalam garam...cara makan goreng dgn telur/ goreng pas tu siram cuka..masinnya!)
3. Ikan sardin
4. Maggi
5. Ubi kayu (bila air dh start naik ubi kena segera digali, kalo tak ubi terendam akan busuk
6. Ubi keling ( bahasa bandarnya ubi kemili hehehe)
7. Air kopi o pekat (fuh..memang nostalgia)
Dulu zaman kanak-kanak, tiap kali hujan berterusan dalam 3 hari, kami akan pakat pergi ke sungai kt belakang rumah, masa tu tengok air naik ke tak. Kami kt kampung panggil air besar. Ngeri jika difikirkan masa tu air sungai laju, pokok2 besar hanyut tapi sungai time ni merupakan masa untuk pakcik2 mencari rezeki ikan sungai...kalau nak merasa ikan sungai yang besar2 dan rare punya haaa time ni la....dapat ikan kerai, ikan lampam, ikan baung, segala jenis ikan..err ikan kelah rasanya aku x pernah makan masa kecik dulu..telur tuntung ye pernah makan..best! Pas tu kata nenek aku, banjir hanya akan terjadi apabila air dari hulu (air hujan) bertembung dengan air pasang kat laut..maksudnya air dari sungai tak dapat mengalir ke laut (orang kampung aku panggil air sebak) so, dia melimpahi tebing so jadilah banjir
Bila mandi air banjir, ada beberapa tips..eh ada tips ke main banjir? Addaaaaa, meh hakak cerita hehehe
1. Air yang mengalir tu bukan bersih sangat, airnya milky berlumpur. Airnya mengalir dari hulu ke hilir, so nasibler sampah2 orang yang di hulu akan mengalir la ke hilir...masa mandi tu, bila bertembung dengan rimbunan sampah elak2 la ye. Yang syoknya, time banjir la time membersihkan kawasan rumah...semua sampah kita jugak hanyut ke hilir hehehe....kering air rumah bersih
2. Sentiasa waspada dengan haiwan berbisa. Ular, lipan, jengking, semut gatal memang banyak time ni, semua lari daripada air banjir. Jangan dekati semak atau pokok, mandi kt tempat lapang...ulat bulu pun banyak hanyut, kalo kena tak tahan menggaru dowh..
3. Main air kena pakai selipar/kasut...zaman dulu pakai selipar jepun pas tu asyik je duk kejar sebab selipar jepun ringan, tanggal drp kaki pas tu hanyut hahahah... kenapa kena pakai selipar, sebab dalam air ada kaca, duri, zink, benda2 tajam yang boleh mencederakan...kalo main air zaman sekarang pakai but toyo kan senang hehehehe
4. Jangan terminum air banjir...eeeii kotor. Minum air yang dimasak dan makanan yang masak sempurna. Time ni banyak penyakit, contoh paling mudah kena cirit birit, nanti dh kena cirit birit tak dapat lagi menikmati keseronokan main air
5. Jangan hlang kawalan diri...apakebenda tuh? ye la syok sangat main air, semua kawasan nak diredah especially air tu membuatkan kawasan nampak lapang je semua. Pastikan kawasan tu bebas dari kawat berduri...biasalah kt kg pagar rumah atau kebun kan orang pakai kawat..dah tenggelam tak nampak,kalo main redah ke tak ke sangkut dan mencederakan..hati2 okey
Dah la 5 tips tu, buat apa banyak2. Lagipun sekarang mana ada orang main banjir....kotor...sunway lagooon ada, gambang waterpark ada, taman desa waterpark ada....merata2 dah kolam renang ada kat malaysia, tradisi main banjir hanya terlipat dalam sebahagian daripada peristiwa menyeronokkkan dalam menyusuri zaman kanak2....i really missed those days
Thursday, November 13, 2014
Tuesday, October 14, 2014
Noor Azam Mohamad (1990-2014)
Assalamualaikum..
Apa khabar semua?
Ku masih dalam fasa pening dengan research proposal hehehe..bila nk selesai ntahnya, dh lebih sebulan jd student research proposal ke laut lagi huhu...
Ok, entry aku ari ni berkaitan cerita sepupuku...Noor Azam Mohamad yang telah kembali ke rahmatullah pada sabtu lalu, 11 Oktober 2014 jam 4.00 pagi...
Sepupuku ini merupakan anak tunggal paksu aku, Umur 24 tahun. Dia memang OKU sejak lahir. Tak boleh bercakap kecuali menyebut beberapa perkataan. Frankly speaking, kami jarang ambil tahu pasal sepupuku ini memandangkan rumah paksu aku mmg isolated. Tiap kali balik kg, kami hanya kirimkan makanan untuk beliau tanpa melawat. Mungkin ada hikmah disebalik cuti panjang sempena hari raya korban pada 6 Okt lalu, aku bersyukur diberi kesempatan untuk memberi bakti sepanjang hari-hari akhir beliau.
Imbas kembali
5 Okt 2014
Hari Raya Aidiladha, tahun ini aku 5 beradik mengadakan korban dan akikah..kakjah, kakyah, aku, nuar dan bukori. Niat untuk mengadakan tahlil arwah ayah, chik, mok dan saudara terdekat yang telah tiada berjaya dilaksanakan pada malamnya. Paksu aku ada bagtau yang azam dah 3 hari tak makan. Takde reaksi dan kami suspect puncanya adalah disebabkan oleh pertukaran ubat yang diberikan oleh dr seminggu sebelum itu. Cadangan supaya dibawa ke hospital telah ditolak oleh paksu dengan alasan taknak kena tahan di hospital dan beliau nk refer semasa temujanji pakar pada 15 Okt 2014.
6 Okt 2014
Paksu datang 2 3 kali ke rumah dengan muka risau. Bila ditanya katanya azam tido tak bangun2 dari pagi. Tanpa berlengah, ambulan dipanggil dan pada petang itu, arwah dibawa ke klinik daerah pasir mas untuk pemeriksaan. Dalam bilik emergency, arwah disuntik dengan penawar ubat dan mula menunjukan tindakbalas termasuk bangun dari katil. Selepas urusan admit wad semua selesai, kami bertolak balik ke rumah dlm kul 11 mlm sebab anak2 semua dh tido.
7 Okt 2014
Adik aku ke hospital pagi itu untuk bawakan ubat paksu, dia penghidap tb yang perlukan ubat setiap hari. Tiada perkembangan lanjut tentang arwah walaupun telah di bawa ke HRPPZ untuk pemeriksaan. Arwah masih tidak dapat makan dan minum, walau bagaimanapun, tiada drip diberikan.
8 Okt 2014
Tengah hari tu, mak aku bagitau arwah dah di discharge drp wad. Kami pergi untuk bawa dia balik ke rumah dengan tandatanya. Arwah terlentang tidak bergerak, tidak makan dan tidak minum tp pihak hospital suruh bawa balik..apakah? pada masa itu bawan arwah mmg panas dan demam...dan bila perkara ini dirujuk kepada nurse bertugas di bilik nilam, wad 2 hospital lati katanya mereka telah bekalkan panadol...lagi tandatanya mcamana arwah yang keadaannya mcm ni nk telan panadol tu? Petang itu, kami belikan tilam yang selesa untuk tidurkan arwah di rumah paksu, cuba untuk suapkan air susu dan barli. Cubaan untuk menyuap ubat tak berjaya apabila arwah muntah. Ikhtiar yang termampu ialah sejukkan badan arwah dengan air sebab suhu badan tinggi sangat. Arwah mengalami kekejangan.
9 Okt 2014
Pagi tu kami sibuk dengan ketupat yang ma nk kirimkan kepada anak2nya. Aku pun ke pasir mas untuk beli semua brg kiriman kawan2 termasuk buah tangan untuk dibawa balik, termasuk daun palas untuk ketupat. Plannya nk balik sabtu petang. Disebabkan sibuk, mak dan aku tak sempat pergi ke rumah paksu pada petang tu. Kaknah, sepupuku menelefon petang tu dan maklumkan "ghue" dah mula tumbuh dalam mulut arwah. Menurut org tua2, antara tanda2 org sakit yang akan pergi ialah tumbuh ruam/lecur/ulcer dalam mulut, hidung, telinga dah jatuh dan lekuk tapak kaki dah rata. Tanpa berlengah, malm tu aku dgn mak pergi ke rumah paksu. Selepas bacakan yassin, aku balik ke rumah jam 11.30 malam...esok akan datang lagi.
10 Okt 2014
Kul 4 petang, lepas solat mak bertolak ke rumah paksu dengan johari, aku menyusul kemuadian kerana perlu dapatkan air jampi untuk rawat ghue dalam mulut arwah. Pukul 6 aku sampai, mak dah takde, rupanya dia balik ke rumah untuk panggil MA bertugas di klinik kg aku. Kaknah pulak tengah sembahyang asar. Bila aku sampai, ku lap muka dan kepala arwah yang sangat panas, makin teruk ni kata hatiku. Setelah selesai baca yassin, ku sapu air zamzam ke mulut arwah..kesian Ya Rabbi...hausnya dia. Tak lama selepas itu, dia mula kejang dan takde pilihan, aku balik ke rumah untuk bagitau mak supaya dipanggilkan ambulan. Ambulan datang dan pukul 7 mlm, arwah dibawa sekali lagi ke hospital lati. Menganggap arwah akan pulih seperti 3 hari sebelumnya semasa dibawa ke hospital, takde seorang pun drp kami yang menyusul. Hinggalah kul 11 mlm mak menelefon paksu bertanya keadaan arwah..paksu bgtau yang dia masih dlm emergency room dengan demam yang tinggi. Kami membuat keputusan untuk ke hospital esok pagi sebab dh lewat mlm.
11 Okt 2014
Pukul 1 pagi, kami masih belum tido..mak tengah bungkus ketupat..paksu telefon memaklumkan arwah dah dimasukkan dalam wad dan saudara terdekat dibenarkan melawat. Paksu juga bagitau yang tubuh arwah sudah mulai sejuk hingga ke lutut. Mak aku dh panik....terus aku suruh telefon sepupuku, aku tak dpt ikut memandangkan budak2 dh tido dan kereta berada di rumah mertua. Pukul 1.30 pagi mak ke hospital dengan adik dan sepupuku 3 beranak. Aku menunggu di rumah hingga en.F balik. Pukul 2.30 aku tel mak bertanyakan perkembangan, mak bagtau progress dan takde pape so aku masuk tido. Baru lelapkan mata, mak telefon bagtau arwah dan nazak. Terus aku angkut farha, en.f stay di rumah untuk jaga abang dan kakak...dengan adik ku ghazali, kami kerumah paksu untuk jemput maksu ke hospital. Pukul 3.30 pagi masa tu, maksu aku lambat la pulak...kami sampai ke wad jam 3.55 pagi. Pada masa tu bacaan pulse arwah 100...terus paksu suruh maksu bisikkan kepada arwah...saat tu air mata ku jatuh, maksu halalkan semua, mohon maaf kepada arwah sepanjang menjaga arwah...selesai maksu bisikkan, arwah menghembuskan nafas terakhir...
Maha Besar Allah...arwah menunggu ibunya datang Ya Allah
Selesai urusan dokumentasi, aku bertolak balik ke rumah dengan 2 adik...kemaskan rumah sebab urusan jenazah akan diadakan di rumahku...tepat jam 5.30 pagi, jenazah tiba di rumah dan dijangka dikebumikan jam 12 thari.
Jiran tetangga dan saudara mara berpusu datang melawat. Urusan mandi dan kafan agak lewat, Alhamdulillah, menangis orang yang memandikan jenazah melihat kuasa Allah SWT. Jenazah yang disiram terus bersih. Mata dan mulut yang terbuka terus tertutup rapat apabila diwuduk dan tersenyum.
Tersenyum penghuni syurga ini bertemu Allah Ya Rabb, Urusan dia di dunia ini telah selesai. Pergi tanpa secalit dosa. Rezekinya bukan di dunia, rezekinya di sana. Di dunia dia terpinggir, di sana dia berbahagia. Selamat tinggal adikku..bahagialah di syurga sana..Alfatihah

Wednesday, September 24, 2014
Salam Kembali
Assalamualaikum..
Apa khabar semua, banyak2 maaf sebab dah lama tak update.
Bukan tak sempat tapi ada masalah teknikal, ni baru boleh sign in semula setalah 4 bulan berlalu..
Ermm 4 bulan, kejap je tp ada beberapa perkara besar yang berlaku dlm hidup. Nak tau apa dia? oklah secara ringkasnya selama 4 bulan ni aku telah:
1. dinaikkan pangkat daripada M44 ke M48, effective by 16 Jun 2014
2. Bila dah naik pangkat, harusler kena tukar..so aku memulakan penghijrahan pertama since first posting ku drp NRE ke KeTTHA. Sempat duduk seminggu dlm pool, berenang2 di library dan pada 23 Jun 2014, aku diberi penempatan di Sektor Tenaga, Bhg Tenaga Lestari, Seksyen Tenaga Boleh Baharu
3. Sebab dr last year aku dpt offer HLP, awal tahun dh berhempas pulas drive ke INTAN selama sebulan setengah semata-mata nak lulus kursus QA, akhirnya aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di UKM, Bangi. Under LESTARI, buat research on pengurusan bencana, amik kooo...
eh, 3 je perkara besar...lor ingat banyak tadi...so itulah cerita untuk hari ini,
#bateri lapotop pun dh nyawa2 ikan,
#aku kt library tun sri lanang lg dr tadi
#perut dh menyanyi tp malas keluar sbb xde geng nk ajak mkn huhu...
Daaaaa

Monday, May 12, 2014
IBUKU...
Assalamualaikum
Tanggal 11 Mei 2014 merupakan sambutan hari ibu. Post ini didedikasikan kepada ibuku, Puan Zahrah binti Awang yang sentiasa dekat di hati.
Keperitan Ma dalam membesarkan kami adik beradik masih kuingat hingga kini
Kesabaran ma menjaga arwah ayah hingga ke akhir hayat masih kukagumi hingga kini
Ketabahan ma mencari rezeki tetap kusanjung hingga kini
Setiap kedutan wajah menggambarkan kecekalan hati ma...
Selamat hari ibu ma, semoga ma sentiasa sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberkati dunia dan akhirat.
Kami semua sayangkan ma...selamanya ratu di hati kami.
Thursday, May 8, 2014
HONG KONG -Part 2
Assalamualaikum..
Hi there, it seems like i left my 'online diary' for so loong ...haha it's just only a few days back from my previous post hehehe..
From so many trips that i went to...today i've decided to post a trip to Hong Kong. Actually this story is already berkulat la because i went there in 2011!! LoL hahaha...never have time to write, but ok what..better late then never kan hahaha..Ermm...a very nice place to go indeed. I went this 4 day trip with a group of members from Malaysia Quarry Institute and Dept of Minerals and Geoscience Malaysia.
Oklah, trip lawatan kerja ke beberapa buah syarikat kuari di Hong Kong. Hong Kong merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem pengurusan kuari terbaik di dunia. Jika dibandingkan di Malaysia, memang jauh berbeza dan inilah yang cuba kami sebagai penggubal dasar untuk melihat dan mengaplikasikan mana yang terbaik di negara lain untuk dipraktikkan di Malaysia.
Kami pergi dengan kos yang agak murah, pakej lebih kurang RM 5500 perpax...siap pakej airfare, hotel, makan, transportation. Pergi dengan menaiki penerbangan Cathay Pacific...walaupun dia claim ada muslim food dihidangkan dalam flight, sebagai langkah berjaga-jaga, kami iaitu aku n member kamcengku Hj Zaim tak makan, layan movie je sepanjang perjalanan hampir 4 jam.
Sepanjang di Hongkong, kami menginap di Hotel Plaza Metropolis, di Kowloon Peninsula. Taraf hidup di sini agak tinggi, no wonder harga hotel adalah mahal dengan saiz bilik yang kecik, jika dibandingkan dengan saiz bilik hotel2 4 bintang di Malaysia mmg jauh lebih lavish la. Bilik di Hotel Plaza Metropolis yang aku menginap ni dalam anggaran RM900 per night. Mahal kan!
Aku suka ke tempat orang sebab dapat merasa hidangan2 tempatan. Dah anak kacukan cina, of course la tekak aku menghala ke Chinese food kan. Alhamdulillah, kat Hong kong ni bab2 makan agak tidak susah kerana terdapat restoren2 makanan halal yang boleh dikunjungi. Ni antara tempat2 makan yang kami kunjungi. Maaflah sebab dah lama, aku pun lupa kt mana2. Korang enjoy pemandangan je la ye hehehe
Apabila sampai, baru kutahu yang Lan Kwai Fong ni tempat orang bersuka ari. Mak ai..dh salah ikut, dgn imej bertudungnya, aku masuk tempat macam ni, ampunkan aku ya Allah. Tiada niat lain selain ingin melihat-lihat je.Tempat ni ala2 Bukit Bintang gitu, ada Hard Rock. Kebetulan masa kami pergi diaorg dalam mood nak sambut Halloween, so nampaklah hantu2 tengah bergentanyangan. Group aku ni nk stop dekat 1 pub, of course la aku xmo masuk. so sebagai menghormati aku, mereka lepak kt luar je sambil minum2. I was lucky because at that time, ada bodyguard yang jaga aku kui3..si hensem Mr. Ooi....dorchey leng chai!
Daaa.....
Hi there, it seems like i left my 'online diary' for so loong ...haha it's just only a few days back from my previous post hehehe..
From so many trips that i went to...today i've decided to post a trip to Hong Kong. Actually this story is already berkulat la because i went there in 2011!! LoL hahaha...never have time to write, but ok what..better late then never kan hahaha..Ermm...a very nice place to go indeed. I went this 4 day trip with a group of members from Malaysia Quarry Institute and Dept of Minerals and Geoscience Malaysia.
Oklah, trip lawatan kerja ke beberapa buah syarikat kuari di Hong Kong. Hong Kong merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem pengurusan kuari terbaik di dunia. Jika dibandingkan di Malaysia, memang jauh berbeza dan inilah yang cuba kami sebagai penggubal dasar untuk melihat dan mengaplikasikan mana yang terbaik di negara lain untuk dipraktikkan di Malaysia.
Kami pergi dengan kos yang agak murah, pakej lebih kurang RM 5500 perpax...siap pakej airfare, hotel, makan, transportation. Pergi dengan menaiki penerbangan Cathay Pacific...walaupun dia claim ada muslim food dihidangkan dalam flight, sebagai langkah berjaga-jaga, kami iaitu aku n member kamcengku Hj Zaim tak makan, layan movie je sepanjang perjalanan hampir 4 jam.
Muka gembira setelah flight selamat mendarat di Hongkong International Airport |
Antara ahli group |
The Tsim Sha Tsui Promenade |
Aku suka ke tempat orang sebab dapat merasa hidangan2 tempatan. Dah anak kacukan cina, of course la tekak aku menghala ke Chinese food kan. Alhamdulillah, kat Hong kong ni bab2 makan agak tidak susah kerana terdapat restoren2 makanan halal yang boleh dikunjungi. Ni antara tempat2 makan yang kami kunjungi. Maaflah sebab dah lama, aku pun lupa kt mana2. Korang enjoy pemandangan je la ye hehehe
Hari pertama makan malam kt Restoran Arab |
Aku bersama Dato KP JMG...lepas makan hidangan yg sangat marbeles di Islam Food Restaurant, somewhere in Kowloon maaaa
Makan malam di Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre
Ulangan makan dim sum di Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre
Pekena capati n tandoori di salah sebuah restoran pakistan di kowloon
Selain daripada lawatan kerja, kami juga mengambil kesempatan untuk berjalan2...dah alang sampai kenalan meneroka tempat orang kan. Antara pusat tumpuan pelancong yang kami lawati ialah The Peak..untuk lihat pemandangan indah Hongkong dan muzium patung lilin Madame Tussauds Hong Kong . Jom
Next agenda, hari kedua selepas lawatan, malam after dinner aku takde apa2 aktiviti. Group Malaysia Quarry Institute ajak pergi ke Pulau Hong Kong, nak ke Lan Kwai Fong katanya. Aku dah la yang kudus mulus ni,tak tau la apa ke bendanya Lan Kwai Fong tu, main ikut je. Aku sorang je yang join sebab geng JMG lain sumer dh penat, nak rehat kt bilik je.
Hoyeh, perjalanan ke Pulau Hongkong dari Kowloon kami amik Star Ferry yang menghubungkan Tsim Sha Tsui ke Hongkong.. Sempat posing-posing kt area jeti tu. memang cantik. Selama ni tengok hong kong thru drama2 kantonis je kan, ni dapat tengok depan mata. Naik feri nk ke pulau lebih kurang 20 minit. Kami jalan kaki dari jeti ke lan Kwai Fong...boleh nampak butik2 mewah di kiri kanan. Boleh tengok je la, nk shopping memang tak mampu huhu.
Apabila sampai, baru kutahu yang Lan Kwai Fong ni tempat orang bersuka ari. Mak ai..dh salah ikut, dgn imej bertudungnya, aku masuk tempat macam ni, ampunkan aku ya Allah. Tiada niat lain selain ingin melihat-lihat je.Tempat ni ala2 Bukit Bintang gitu, ada Hard Rock. Kebetulan masa kami pergi diaorg dalam mood nak sambut Halloween, so nampaklah hantu2 tengah bergentanyangan. Group aku ni nk stop dekat 1 pub, of course la aku xmo masuk. so sebagai menghormati aku, mereka lepak kt luar je sambil minum2. I was lucky because at that time, ada bodyguard yang jaga aku kui3..si hensem Mr. Ooi....dorchey leng chai!
My bodyguard..haaa kan selamat
Perjalanan balik ke Kowloon kami ambik MTR. Aku kagum dengan teknologinya kerana MTR ini dibina jauh di bawah permukaan. Ada 5 tingkat ko bangunan dalam tanah tu, feeling2 anai-anai ekeke. Untuk [engetahuan, hotel yg aku tinggal tu bersebelahan dengan stesen MTR, jalan kaki je. Sangat mudah dan even aku yang tak pandai baca tulisan cina pun blh ulang pergi keesokan harinya ke Lan Kwai Fong (bawak pakcik2 JMG hahaha)
Esoknya, ulang semula ke sana untuk geng JMG merasa naik MTR dan tgk pub hehehe |
Hari ke-3, kami dibawa untuk shopping je. Sebenarnya aku dlaam dilema sebab geng MQA semua ke Macau...kalau ikutkan nak jugak aku ikut sebab dh ada peluang, mestilah kena jalan. Walau bagaimanapun, geng JMG nk beli cenderamata (pertama kali sampai HongKong), aku pun nk beli gak hehe so kami ambik keputusan berpecah. MQA ke Macau, JMG ke HongKong.
Wah, banyak jugak kami masuk outlet, dapatlah beli 1 jean levi's kt laki aku (haram sampai sekarang tak pakai sebab style koyak kt lutut) hewhewhew.
Kitaorg pusing2 kt pekan sampai penat. Singgah solat di masjid ammar sadick, ramai maid2 indon yg dapat pelepasan hari minggu berkumpul.
banyak jugaklah hasil janaan ekonomi kami sepanjang 1 hari meninjau...
So, sekian catatan lawatan 4 hari saya ke Hong Kong, satu tempat yang menarik untuk dikunjungi. Insyaallah kalau ada rezeki, saya ingin datang lagi ke sini. Insha Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)