Assalamualaikum..
Apa khabar semua?
Ku masih dalam fasa pening dengan research proposal hehehe..bila nk selesai ntahnya, dh lebih sebulan jd student research proposal ke laut lagi huhu...
Ok, entry aku ari ni berkaitan cerita sepupuku...Noor Azam Mohamad yang telah kembali ke rahmatullah pada sabtu lalu, 11 Oktober 2014 jam 4.00 pagi...
Sepupuku ini merupakan anak tunggal paksu aku, Umur 24 tahun. Dia memang OKU sejak lahir. Tak boleh bercakap kecuali menyebut beberapa perkataan. Frankly speaking, kami jarang ambil tahu pasal sepupuku ini memandangkan rumah paksu aku mmg isolated. Tiap kali balik kg, kami hanya kirimkan makanan untuk beliau tanpa melawat. Mungkin ada hikmah disebalik cuti panjang sempena hari raya korban pada 6 Okt lalu, aku bersyukur diberi kesempatan untuk memberi bakti sepanjang hari-hari akhir beliau.
Imbas kembali
5 Okt 2014
Hari Raya Aidiladha, tahun ini aku 5 beradik mengadakan korban dan akikah..kakjah, kakyah, aku, nuar dan bukori. Niat untuk mengadakan tahlil arwah ayah, chik, mok dan saudara terdekat yang telah tiada berjaya dilaksanakan pada malamnya. Paksu aku ada bagtau yang azam dah 3 hari tak makan. Takde reaksi dan kami suspect puncanya adalah disebabkan oleh pertukaran ubat yang diberikan oleh dr seminggu sebelum itu. Cadangan supaya dibawa ke hospital telah ditolak oleh paksu dengan alasan taknak kena tahan di hospital dan beliau nk refer semasa temujanji pakar pada 15 Okt 2014.
6 Okt 2014
Paksu datang 2 3 kali ke rumah dengan muka risau. Bila ditanya katanya azam tido tak bangun2 dari pagi. Tanpa berlengah, ambulan dipanggil dan pada petang itu, arwah dibawa ke klinik daerah pasir mas untuk pemeriksaan. Dalam bilik emergency, arwah disuntik dengan penawar ubat dan mula menunjukan tindakbalas termasuk bangun dari katil. Selepas urusan admit wad semua selesai, kami bertolak balik ke rumah dlm kul 11 mlm sebab anak2 semua dh tido.
7 Okt 2014
Adik aku ke hospital pagi itu untuk bawakan ubat paksu, dia penghidap tb yang perlukan ubat setiap hari. Tiada perkembangan lanjut tentang arwah walaupun telah di bawa ke HRPPZ untuk pemeriksaan. Arwah masih tidak dapat makan dan minum, walau bagaimanapun, tiada drip diberikan.
8 Okt 2014
Tengah hari tu, mak aku bagitau arwah dah di discharge drp wad. Kami pergi untuk bawa dia balik ke rumah dengan tandatanya. Arwah terlentang tidak bergerak, tidak makan dan tidak minum tp pihak hospital suruh bawa balik..apakah? pada masa itu bawan arwah mmg panas dan demam...dan bila perkara ini dirujuk kepada nurse bertugas di bilik nilam, wad 2 hospital lati katanya mereka telah bekalkan panadol...lagi tandatanya mcamana arwah yang keadaannya mcm ni nk telan panadol tu? Petang itu, kami belikan tilam yang selesa untuk tidurkan arwah di rumah paksu, cuba untuk suapkan air susu dan barli. Cubaan untuk menyuap ubat tak berjaya apabila arwah muntah. Ikhtiar yang termampu ialah sejukkan badan arwah dengan air sebab suhu badan tinggi sangat. Arwah mengalami kekejangan.
9 Okt 2014
Pagi tu kami sibuk dengan ketupat yang ma nk kirimkan kepada anak2nya. Aku pun ke pasir mas untuk beli semua brg kiriman kawan2 termasuk buah tangan untuk dibawa balik, termasuk daun palas untuk ketupat. Plannya nk balik sabtu petang. Disebabkan sibuk, mak dan aku tak sempat pergi ke rumah paksu pada petang tu. Kaknah, sepupuku menelefon petang tu dan maklumkan "ghue" dah mula tumbuh dalam mulut arwah. Menurut org tua2, antara tanda2 org sakit yang akan pergi ialah tumbuh ruam/lecur/ulcer dalam mulut, hidung, telinga dah jatuh dan lekuk tapak kaki dah rata. Tanpa berlengah, malm tu aku dgn mak pergi ke rumah paksu. Selepas bacakan yassin, aku balik ke rumah jam 11.30 malam...esok akan datang lagi.
10 Okt 2014
Kul 4 petang, lepas solat mak bertolak ke rumah paksu dengan johari, aku menyusul kemuadian kerana perlu dapatkan air jampi untuk rawat ghue dalam mulut arwah. Pukul 6 aku sampai, mak dah takde, rupanya dia balik ke rumah untuk panggil MA bertugas di klinik kg aku. Kaknah pulak tengah sembahyang asar. Bila aku sampai, ku lap muka dan kepala arwah yang sangat panas, makin teruk ni kata hatiku. Setelah selesai baca yassin, ku sapu air zamzam ke mulut arwah..kesian Ya Rabbi...hausnya dia. Tak lama selepas itu, dia mula kejang dan takde pilihan, aku balik ke rumah untuk bagitau mak supaya dipanggilkan ambulan. Ambulan datang dan pukul 7 mlm, arwah dibawa sekali lagi ke hospital lati. Menganggap arwah akan pulih seperti 3 hari sebelumnya semasa dibawa ke hospital, takde seorang pun drp kami yang menyusul. Hinggalah kul 11 mlm mak menelefon paksu bertanya keadaan arwah..paksu bgtau yang dia masih dlm emergency room dengan demam yang tinggi. Kami membuat keputusan untuk ke hospital esok pagi sebab dh lewat mlm.
11 Okt 2014
Pukul 1 pagi, kami masih belum tido..mak tengah bungkus ketupat..paksu telefon memaklumkan arwah dah dimasukkan dalam wad dan saudara terdekat dibenarkan melawat. Paksu juga bagitau yang tubuh arwah sudah mulai sejuk hingga ke lutut. Mak aku dh panik....terus aku suruh telefon sepupuku, aku tak dpt ikut memandangkan budak2 dh tido dan kereta berada di rumah mertua. Pukul 1.30 pagi mak ke hospital dengan adik dan sepupuku 3 beranak. Aku menunggu di rumah hingga en.F balik. Pukul 2.30 aku tel mak bertanyakan perkembangan, mak bagtau progress dan takde pape so aku masuk tido. Baru lelapkan mata, mak telefon bagtau arwah dan nazak. Terus aku angkut farha, en.f stay di rumah untuk jaga abang dan kakak...dengan adik ku ghazali, kami kerumah paksu untuk jemput maksu ke hospital. Pukul 3.30 pagi masa tu, maksu aku lambat la pulak...kami sampai ke wad jam 3.55 pagi. Pada masa tu bacaan pulse arwah 100...terus paksu suruh maksu bisikkan kepada arwah...saat tu air mata ku jatuh, maksu halalkan semua, mohon maaf kepada arwah sepanjang menjaga arwah...selesai maksu bisikkan, arwah menghembuskan nafas terakhir...
Maha Besar Allah...arwah menunggu ibunya datang Ya Allah
Selesai urusan dokumentasi, aku bertolak balik ke rumah dengan 2 adik...kemaskan rumah sebab urusan jenazah akan diadakan di rumahku...tepat jam 5.30 pagi, jenazah tiba di rumah dan dijangka dikebumikan jam 12 thari.
Jiran tetangga dan saudara mara berpusu datang melawat. Urusan mandi dan kafan agak lewat, Alhamdulillah, menangis orang yang memandikan jenazah melihat kuasa Allah SWT. Jenazah yang disiram terus bersih. Mata dan mulut yang terbuka terus tertutup rapat apabila diwuduk dan tersenyum.
Tersenyum penghuni syurga ini bertemu Allah Ya Rabb, Urusan dia di dunia ini telah selesai. Pergi tanpa secalit dosa. Rezekinya bukan di dunia, rezekinya di sana. Di dunia dia terpinggir, di sana dia berbahagia. Selamat tinggal adikku..bahagialah di syurga sana..Alfatihah