Hari ni dah 10 hari kita berpuasa, kira2 congak2 terawih aku baru 1 kali pergi hikhikhik..bukan malas tapi anak dara aku yg sorang tu xleh dibawa ke surau lagi, nanti bising 1 surau dia nk balik, tak ke kelam muka mak dia, insyaallah, ada rezeki nanti dapt jugak buat amalan sunat tu nanti..positif..positif..
Ok bercerita pasal puasa, aku dah 2 tahun mengekalkan rekod 0 pasar ramadan...tahun 2010 n 2011, balik keje trus masuk dapur, masak ringkas2 lauk n kuih 1 jenis..cukup. Namun apakan daya, tahun ini rekod itu termusnah disebabkan oleh kerja2 merenovate dapurku tak siap2 :( marah sungguh makcik bila orang keje slow nih.
Apapun, joms tgk rumah mak yang telah dipecahkecil hehehe..eh dipecahbesar..hopefully dapat la siap sebelum raya..mak nk buat biskut raya nakkkk...
Ni dapur sebelum, masa beli rumah ni, owner tuh dah buat table top tapi huh, x berkenan...reject hehehe...kami nk extend sampai belakang so part dapur ni dibesarkan dalam 5 kaki lagi
Oww..gambar syeksi en. F..(sorry abah, terlebih glamor plk seluar peberet abah tuh). Ni bahagian belakang yang asal. Penuh dgn pokok pisang so kami korbankan mana2 pokok yang ada kat belakang nih. Kat belakang tu, en. F punya assistant tengah main api.
Keadaan dapur selepas diketuk. Kami x separatekan dry n wet kitchen, buat skali je. Kt belakang tu kami buat stor, laundry room n tempat untuk aktiviti menjahit aku (kalo x buat tempat khas kt belakng tu, x mampu mak nak nyorokkan gorgon (mesin jahit) mak tuh nyah
En. F aka banker termenung jauh disamping kitchen appliances yang menunggu masa untuk dipasang. X sabor mak nk rasmikan oven baru untuk buat biskut raya tahun ini. Tapi hajat akan kesampaiankah kerana dh masuk 10 hari puasa, tile tak jugak siap2, jika tile x siap, dengan kitchen kabinet x dpt masuk :'(
Sehingga catatan ini dibuat, tukang pasang tile tu x siapkan jugak keje dia. Panazzz gak aku, ermm nampak gaya bukak n guna dulu la oven tuh LOL!Ok, sekian untuk post kali ini. Ada masa aku post lagi ye..daaa