Saturday, January 29, 2011

TRIP #1 KE LABUAN

Cerita ni dah berkulat sebenarnya (hehe)sebab dah lama saya pegi Labuan nih, 27-28 November 2010 tapi memandangkan asyik memanjangnya bz, x sempat la saya nak bercerita trip saya ke Labuan nih.

Actually ni first time saya sampai kat Labuan, kecik je pulau dia so xde masalah nk round island dalam masa yang singkat hehe..1000x tq to JMG Sabah yang taja pengangkutan saya sepanjang kat sana, uols memang best!

Ok jom kita tgk apa yang saya jumpa kat sana...yipee :p












Ni hotel saya kt sana, Mariner Hotel Labuan. Hotel kelas cokia jer yg dapat memandangkan time kitaorg gi miting tu weekend+school holiday, memang sume hotel fully booked.
(FIY, weekend adalah time org2 oil n gas naik ke darat, so hotel memang kena book cepat)

Disebabkan aku sampai awal drp bos maka sempatlah g ronda jap, byk jgk tempat menaik yang boleh dilawati..meh nak citer dgn pesanan, jangan jeles ya hahaha...





































Ini adalah War Memorial untuk memperingati tentera British + gurkha yang terkorban semasa 2 world war..dalam tahun 1945. Terdapat lebih 2000 kubur yang dipisahkan mengikut agama islam, hindu dan kristian. Kalau datang Labuan, kena datang sini barulah anda disahkan tiba di Labuan tau..

Lepas tu, kami ke Chimney pulak.


























Monumen yang dikenali sebagai "chimney" ini ialah mercutanda yang bersejarah dan unik di Pulau Labuan. Dikenali juga sebagai "Punil" oleh masyarakat tempatan dipercayai dibina pada awal 1900 ketika kemuncak industri perlombongan arang batu di Tanjung Kubong di bawah pentadbiran British North Borneo Cartered Company. Fungsinya masih menjadi tanda tanya dan dipercayai digunakan sebagai rumah api untuk kapal-kapal dagang.

Amboi panasnya berpusing-pusing kat pulau ni, jom kita gi minum air kepala muda sambil tengok matahari terbenam kat Pantai Manikar..cantiknya
























Satu lagi yang bestnya kt pulau ni ialah duty-free shopping n dia punya seafud..hoho..


































Ok, ini tempat yang kitaorg pegi untuk beli coklat n cuci2 mata tgk gelang kristal n pearl.













pertama kali aku tengok ikan senangin punya besar, kalo kt semenanjung dapatlah saiz 3 jari, tu pun harga mak oi cekik darah. Kt sini haa kau, saiz king punya. Dan2 tu jgk rasa nk wat balik kt maktok hahaha..sedapnya wat kari ikan nih. Ni aku g pasar basah dia.












Ni tempat makan yg aku rekemenkan sape2 nak pegi ANJUNG KETAM. Ada 4 gerai kat sini dan makanannya superb + harganya berpatutan. 10 orang makan, baru RM250, makan ketam sampai muntah beb hehehe..































Akhir sekali, sebelum balik sempat jugak la kami pekena ABC blended kat bandar Labuan, sangat sedap..wallawey!!alhamdulillah.

Erm, percutian sambil bekerjaku dah tamat so, sambung balik keje...wat ever pon..BEST!!

Tuesday, January 25, 2011

MANA KAWAN SAYA?

Dulu saya ada seorang kawan, saya baik dengan kawan saya ni..

bila saya bengang, saya cari dia - dia dengar je saya membebel lepaskan geram

bila saya marah, saya cari dia - dia layan je marah saya

bila saya gembira, saya cari dia - dia tumpang gelak dengan saya

bila saya sedih, saya cari dia - nanti macam2 citer lucu dia citer kat saya

bila saya down dengan keje, saya cari dia - dia pun down sama..hahaha apalah ini orang!

bila bos saya meroyan kt opis, pun saya cari dia - dia akan menjadi ajinomoto dlm umpatan kami >.<
tapi itu dulu....
tiba-tiba saya teringat...

macamana cina mabuk? patahkah kaki dia?,

c itam bahagiakah dengan pakwe ensem dia? saya dh x bukak facebook lagi nk tgk itam

malik kingkong apa cer? dah baikkah dia dengan fatihahseperti dolu2? oh tuhan..

n abe mad shah...apa cerita jejaka idaman malaya iteuwww? terbayang abe dgn selipar jambannya pagi2 walaupun saya x penah tgk pun abe mad nih

muka tua? adakah masih tak reti bahasa?

Soalan kat atas tu xde jawapan sebab sekarang kawan saya dah taknak kawan dengan saya lagi, dia dah lupakan saya kot..

Saya sangat sedih tapi saya tak boleh nak cerita kesedihan saya kat sape2..sebab takde orang yang faham kamcengnya kami...saya dengan kawan saya je yang faham..tapi sekarang dia dah tak ada, maka saya kembali macam dulu...masa saya takde kawan macam dia.

Dia dah taknak kawan dengan saya mungkin sebab dia pun dah tak faham saya kan..

Saya tau kawan saya dah ada makwe, sekarang apa-apa cerita mesti dia kongsi degan makwe dia, jauh hati saya bila dia lupakan saya..takpelah...bukan salah kawan saya juga.

Apalah daya upaya yang saya ada untuk saya berbaik dengan kawan saya macam dulu-dulu...

Kepada kawan saya, saya ucapkan selamat berbahagia...kalau makan nasi minyak jangan lupa bagitau ye walaupun saya tau saya takkan dapat datang..

~sahabatmu: bro n sis 4eva~

Monday, January 10, 2011

sedar tak sedar dah nk masuk 4 tahun aku duk kat umah ni...dh selesa mcm umah sendiri walau hakikatnya aku masih menyewa huhu.

Umah yang aku duduk ni ok sb ada halaman di depan dan di belakang, kiranya kat depan tanam bunga, kat belakang tanam sayur.
Memandangkan laki aku suka sangat meminda taman kat bahagian depan, suatu hari tanpa disangka dia telah membina satu binaan kekal seperti ini.
dan menurut arkitek merangkap pengurus projek merangkap buruh kasar, projek ini mengambil masa 1 minggu utk disiapkan dan hasilnya menjadi begini.
tak sangka terror jugak cik abe aku buat..cantik la, n yg penting, guna brg2 recycle jer.
Okep, nanti aku upload gambar pondok lak hehehe...suke..suke..
pandai abah!!!