Tuesday, December 28, 2010

PUTUS CINTA


Saat-saat melayan kebosanan di ofis, tetiba aku terbaca lak satu artikel tentang panduan menghadapi putus cinta, well..terkenang suatu masa dulu....

Kalaulah melupakan kekasih lama boleh dipraktikkan seumpama menghantar folder ke recycle bin kan bagus..x jadi la pulak macam tu. Betul, kasih sayang yang pernah terbina bukan senang nk dilupa, tambahan pula kriteria lelaki idaman ada pada bekas kekasih kita. walaupun dh lama berlalu, tak dinafikan ada waktunya kenangan lalu yang menyentuh hati akan datang , mengundang rindu sekaligus mencetuskan bibit2 air di tubir mata ekeke...ayat aku sgt bombastic dirasakan hehehe...ok jom tgk apa yg boleh kita buat dalam usaha melupakan kekasih lama yg dulunya sangatlah kita sayang, n3 ini juga utk tatapan khusus untuk adik aku yg sekor tuh!! :)

1. Hapuskan kenangan bersama dia
Setiap perkara yang dilakukan akan mengingatkan kembali kepadanya. So simpan or secara kejamnya lupuskan semua gambar/barang pemberian/apa2 jua yang boleh mengingatkan kita kepadanya. Jgn segan2 untuk men'delete' no telefonnya, smsnya dan suara dari peti pesanan.

2.Jangan menyeksa diri
Of coz akan ada perkara-perkara yang tak dapat disingkirkan dari fikiran yang akan mengundang ingatan kita kepadanya contohnya lagu tema percintaan chewah hehe berkumandang di radio..persetankan, itu cuma kenangan kan, jangan sampai kamu berfikir untuk kembali kepadanya..enough is enough!

3.Kehidupan berbeza
Wah! jika dahulunya jadual hujung minggu padat dgn aktiviti dating, sekarang tidak lagi..mungkin pada awalnya susah untuk beradaptasi dengan suasana baru tapi jangan risau, lama-lama kita akan biasa, bujang x bermakna xblh berseronok di hujung kan!

4. Ingat perkara-perkara yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya kita sering mengingati setiap perkara yang dilakukan oleh bekas kekasih. Untuk melupakannya, perlulah kita ingat keburukan yang ada, nk lagi berkesan, senaraikan keburukan dia pada sehelai kertas dan tampal kt tempat yang mudah dibaca supayatiap kali ingatan itu datang, cepat2 tilik senarai tuh hehe.

5. Rakan dan keluarga
Kita mungkin tak mampu untuk menanggung seksa putus kasih keseorangan. So carilah kawan yang boleh dipercayai untuk meluahkan apa yang terpendam. Rujuk juga keluarga untuk mendapatkan nasihat. Jangan dipendam seorang diri, takut nanti memakan diri.

6. Dekatkan diri kepada-Nya
Masa kecewa ialah masa yang paling sesuai untuk kita kembali dekat pada-Nya. Terima takdir bahawa jodoh telah ditentukan oleh-nya dan hanya Dia yang tahu siapa yang terbaik untuk kita. Jika ita berpisah dengan bekas kekasih maknanya, dia bukan ditakdirkan untuk kita.


Monday, December 20, 2010

Teringat kata-kata dari kakak tersayang...

"hidup ini diumpamakan kita bergerak..ada masa kita berjalan dengan santai..hehehe jalan2 makan angin, tengok pemandangan kiri kanan, menikmati keindahan pemandangan sepanjang kita berjalan..ada masanya bila haus dan lapar, kita akan berhenti seketika. Dah kenyang sumer kita jalan balik,x tau apa yang akan kita jumpa di hadapan...

Ada kalanya kita terasa penat, berhenti barang seketika untuk menarik nafas dan menghilangkan lelah.

Ada masanya kita terpaksa berlari, x sempat menikmati pemandangan kiri dan kanan kerana kita perlu mengejar sesuatu di hadapan"

Dalam bergerak itu, ada kalanya kita akan tersesat la, tersalah jalan la, jumpa org gila la, jumpa org yang kita suka la, jumpa macam2..dari situ kita belajar, patah balik jika perlu or teruskan kot2 kt depan ada jalan alternatif kui3x..



begitulah sebenarnya kan hidup kita- bak proses pembelajaran yang berterusan. Sebab kita tak tau apa yang kita akan jumpa n hadapi, hidup ini penuh dengan kejutan, dengan sesuatu yang tak disangka. Dari situ kita belajar, yang penting jangan pernah berhenti untuk bergerak.

*note: aku pun x tau apa yg aku duk membebel ni hahaha...

Friday, December 10, 2010

Saje-saje menulis

Teringat masa kat Langkawi minggu lepas, malam last kat sana xde apa nk dibuat, nak wat keje malas so just have a leisure time with Chris n tv. Kesian sungguh, dengarnya hotel taraf 6 bintang hehe tp channel tv3 pun xde, tv1 n tv2 ala2 segan nk tunjuk gambar..blur je gitu..paling cemerlang discovery channel gak..ok la dr sudut positif agaknya org yg datang ke hotel ni bkn nk tgk tv..nk menikmati pantainya dan panoramanya n alam semulajadinya yang banyak nyamuk tuh hehehe...positif!

Dalam melayan boring tuh, ada rancangan nyanyian kt tv2 kalo tak silap, pesertanya adalah orang-orang OKU. Ada yang menyanyi solo, duet dan kumpulan dari seluruh negara. Aku ngan chris tgk rancangan tu dgn penuh emo..perasaan kesian, gembira, kagum dll bercampur baur...perkataan yang keluar dari mulut kitaorg ialah.."i feel happy for them". Bila pemenang diumumkan, punyalah kitaorg berdua bersorak kegembiraan hahaha..tumpang gembira la katakan.

Dalam kegembiraan menyorak tu, terlintas di fikiran di saat-saat hati tak gembira, kenapa kita selalu x bersyukur dengan apa yang kita ada, kenapa kita merungut dengan masalah yang kita hadapi, sedangkan Allah dah beri kita sempurna sifatnya, tgk org-org yang kurang sempurna membuatkan aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Thank you Allah atas kurniaan-Mu. Amin...

Friday, December 3, 2010

MERITUS PELANGI BEACH RESORT

Ok..dah pagi rupanya, xpe kejap je lg nk tdo, tapi sebelum tu nk tunjuk dulu gambar2 yang sempat aku snap masa stay kt hotel nih..Meritus Pelangi Beach Resort n Spa..huh namanya sehebat cerita yang tercipta sepanjang 5 ari berkampung. Macam biasa, aku jd urusetia merangkap LO merangkap penyelaras merangkap menyambut tetamu merangkap technician merangkap budak bancuh kopi n lain-lain yg korang terpikir..itulah tugas kitaorg aku, nora n chris di sini...


Esok tinggal lagi nk combine dokumen2 yang setiap group sediakan, buat writeup n make sure by 20hb, blueprint Pelan Strategik NRE 2010 perlu ada. Aku x tau mcamana nk buat tambah2 bila dpt bos yg tak membantu langsung, biarlah aku namakan dia bos bontot hahaha..agak geli nama itu, kunamakan sedemikian bukan kerana dia suka perkara berkaitan bontot, tidak juga berkaitan dgn kegemaran memakan bontot ayam tetapi kerana tabiinya yg suka membontoti..huh kipas berkuasa 80 kuasa kuda..letih nengoknya.
Dah, mau tdo suda...enjoy la gambar yg x seberapa ni ye, selamat malam langkawi...mimpi yg indah2....