Wednesday, May 12, 2010

BOSAN

tika dan waktu ini aku masih mengadap laptop utk sudahkan ayat-ayat permulaan hehehe...assignment aku. Idea x dtg walaupun timenta dh tengah malam a.k.a 12.32 am yg boleh mendatangkan ilham g mencurah-curah bg mereka yg beridea laaa...

malam ni rasa x hepi je, td aku lmbt masak coz kakchik tukang urut dtg seawal jam 8.30 mlm. Makanya korban kami mlm ini iaitu 4 ekor ikan selar hanya mampu terkebil-kebil di dalam sink menantikan saat bertukar rupa menjadi selar masak kicap. Aku pun lopa yg aku book tkang urut tu..isy mcmana blh lupa nih?

Disebabkan mbt masak maka lmbtla blh mkn, kul 10.15 br aku siap masak...mana aku tau kan, so my cik abe pon mencuka bak cuka yg tumpah di lantai la dgn situasi ini.

Kekadang aku letih nk lyn lelaki yg mcm ni tau, ala be, small meter la, dh sy x smpt masak apa salahnya skali skala awak masuk dapur, masak utk saya...sigh**saya betul2 letih. Bila dh jd mcm ni, bercakap pun tak kononnya konfrontasi la tuh...lantak!! malas aku nk layan

kepada hubby ku, kalau terbaca post ini, tolonglah kurang2kan perangai buruk awak tu, byk benda sy nk amik tau selain dr awk...awak letih, saya lg letih, awak lapar saya lg lapar sbb saiz sy lg besar dr awak ekeke..awak nk merajuk, sy lg 10 kali nk merajuk sbb perangai awak nih huh!!

Monday, May 10, 2010

masih lagi menghabiskan sisa-sisa penat terdera fizikal n mental sbg AJK Protokol & Sambutan MSJCE. Bertalu-talu emel diterima..ucapan tq dr S'porean delegates, pertanyaan ttg komen2 membina from ur boss, dan terus men'delete ' emel2 dan sms yg penuh bertaburan kat PC n HP.

Tetiba idea aku hilang dan aku kena stop dulu yer....

Ok, sambung balik, wah semalam aku kuar awal, g buat chest x-ray kt klinik az-zahrah, bangi. 1/2 jam siap, wow mcm x percaya je kecepatannya hehe, langsung balik umah dan melepak dgn jiran tetangga sambil menghapdet gossip hahaha..

kisah aku pada hari ini berkisar tentang pisang yer. Pokok yang paling berjaya ku ternak ialah pokok pisang wakaka..pokok2 lain di tahap yg mengecewakan bak pemain2 badminton negara yg perlu makan pisang sebelum bertemu dgn skuad dari Jepun.

Dalam bersembang, aku teringat plak nk g gali anak pisang lemak manis kt pintu masuk taman aku nih. x kira la sape punya yang penting aku dpt tanam kt umah hahaha. Bersama maktok n tia n abe n zara, kami memulakan misi menggali dan akhirnya dapatlah pokok dan tia telah selamat memacakkannya di depan pagar umah kami huarhahaha...semoga pisang ini mengikut jejak langkah pisang2 di belakang umahku yang membiak dengan jayanya...insyaallah



Setel tanam koleksi terbaru ini, kami bergerak ke belakang umah utk minum petang...yeehhaaa pokok pisang tanduk (pisang agung kata tia) dh kuarkan jantungnya. Punya la seronok sbb memula dulu aku igt dh mati dah pokoknya. Kitaorg siap bet lg brape bijik pokok tu akan kuarkan hasil. Berikut adalah jumlah yang diberi oleh para peserta yang menunggu hadiah misteri jika tekaan mereka mengena:-
Tia: 2 bijik
Wan: 4 bijik (ikut bil gigi adik zaraa haha)
Maktok: 5 bijik

Ct:7 bijik

faisal: 20 bijik (amboi jauh meninggalkan pesaing lain)



ok..2 hari g kita tgk siapa yg kena....