Tuesday, December 28, 2010

PUTUS CINTA


Saat-saat melayan kebosanan di ofis, tetiba aku terbaca lak satu artikel tentang panduan menghadapi putus cinta, well..terkenang suatu masa dulu....

Kalaulah melupakan kekasih lama boleh dipraktikkan seumpama menghantar folder ke recycle bin kan bagus..x jadi la pulak macam tu. Betul, kasih sayang yang pernah terbina bukan senang nk dilupa, tambahan pula kriteria lelaki idaman ada pada bekas kekasih kita. walaupun dh lama berlalu, tak dinafikan ada waktunya kenangan lalu yang menyentuh hati akan datang , mengundang rindu sekaligus mencetuskan bibit2 air di tubir mata ekeke...ayat aku sgt bombastic dirasakan hehehe...ok jom tgk apa yg boleh kita buat dalam usaha melupakan kekasih lama yg dulunya sangatlah kita sayang, n3 ini juga utk tatapan khusus untuk adik aku yg sekor tuh!! :)

1. Hapuskan kenangan bersama dia
Setiap perkara yang dilakukan akan mengingatkan kembali kepadanya. So simpan or secara kejamnya lupuskan semua gambar/barang pemberian/apa2 jua yang boleh mengingatkan kita kepadanya. Jgn segan2 untuk men'delete' no telefonnya, smsnya dan suara dari peti pesanan.

2.Jangan menyeksa diri
Of coz akan ada perkara-perkara yang tak dapat disingkirkan dari fikiran yang akan mengundang ingatan kita kepadanya contohnya lagu tema percintaan chewah hehe berkumandang di radio..persetankan, itu cuma kenangan kan, jangan sampai kamu berfikir untuk kembali kepadanya..enough is enough!

3.Kehidupan berbeza
Wah! jika dahulunya jadual hujung minggu padat dgn aktiviti dating, sekarang tidak lagi..mungkin pada awalnya susah untuk beradaptasi dengan suasana baru tapi jangan risau, lama-lama kita akan biasa, bujang x bermakna xblh berseronok di hujung kan!

4. Ingat perkara-perkara yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya kita sering mengingati setiap perkara yang dilakukan oleh bekas kekasih. Untuk melupakannya, perlulah kita ingat keburukan yang ada, nk lagi berkesan, senaraikan keburukan dia pada sehelai kertas dan tampal kt tempat yang mudah dibaca supayatiap kali ingatan itu datang, cepat2 tilik senarai tuh hehe.

5. Rakan dan keluarga
Kita mungkin tak mampu untuk menanggung seksa putus kasih keseorangan. So carilah kawan yang boleh dipercayai untuk meluahkan apa yang terpendam. Rujuk juga keluarga untuk mendapatkan nasihat. Jangan dipendam seorang diri, takut nanti memakan diri.

6. Dekatkan diri kepada-Nya
Masa kecewa ialah masa yang paling sesuai untuk kita kembali dekat pada-Nya. Terima takdir bahawa jodoh telah ditentukan oleh-nya dan hanya Dia yang tahu siapa yang terbaik untuk kita. Jika ita berpisah dengan bekas kekasih maknanya, dia bukan ditakdirkan untuk kita.


Monday, December 20, 2010

Teringat kata-kata dari kakak tersayang...

"hidup ini diumpamakan kita bergerak..ada masa kita berjalan dengan santai..hehehe jalan2 makan angin, tengok pemandangan kiri kanan, menikmati keindahan pemandangan sepanjang kita berjalan..ada masanya bila haus dan lapar, kita akan berhenti seketika. Dah kenyang sumer kita jalan balik,x tau apa yang akan kita jumpa di hadapan...

Ada kalanya kita terasa penat, berhenti barang seketika untuk menarik nafas dan menghilangkan lelah.

Ada masanya kita terpaksa berlari, x sempat menikmati pemandangan kiri dan kanan kerana kita perlu mengejar sesuatu di hadapan"

Dalam bergerak itu, ada kalanya kita akan tersesat la, tersalah jalan la, jumpa org gila la, jumpa org yang kita suka la, jumpa macam2..dari situ kita belajar, patah balik jika perlu or teruskan kot2 kt depan ada jalan alternatif kui3x..



begitulah sebenarnya kan hidup kita- bak proses pembelajaran yang berterusan. Sebab kita tak tau apa yang kita akan jumpa n hadapi, hidup ini penuh dengan kejutan, dengan sesuatu yang tak disangka. Dari situ kita belajar, yang penting jangan pernah berhenti untuk bergerak.

*note: aku pun x tau apa yg aku duk membebel ni hahaha...

Friday, December 10, 2010

Saje-saje menulis

Teringat masa kat Langkawi minggu lepas, malam last kat sana xde apa nk dibuat, nak wat keje malas so just have a leisure time with Chris n tv. Kesian sungguh, dengarnya hotel taraf 6 bintang hehe tp channel tv3 pun xde, tv1 n tv2 ala2 segan nk tunjuk gambar..blur je gitu..paling cemerlang discovery channel gak..ok la dr sudut positif agaknya org yg datang ke hotel ni bkn nk tgk tv..nk menikmati pantainya dan panoramanya n alam semulajadinya yang banyak nyamuk tuh hehehe...positif!

Dalam melayan boring tuh, ada rancangan nyanyian kt tv2 kalo tak silap, pesertanya adalah orang-orang OKU. Ada yang menyanyi solo, duet dan kumpulan dari seluruh negara. Aku ngan chris tgk rancangan tu dgn penuh emo..perasaan kesian, gembira, kagum dll bercampur baur...perkataan yang keluar dari mulut kitaorg ialah.."i feel happy for them". Bila pemenang diumumkan, punyalah kitaorg berdua bersorak kegembiraan hahaha..tumpang gembira la katakan.

Dalam kegembiraan menyorak tu, terlintas di fikiran di saat-saat hati tak gembira, kenapa kita selalu x bersyukur dengan apa yang kita ada, kenapa kita merungut dengan masalah yang kita hadapi, sedangkan Allah dah beri kita sempurna sifatnya, tgk org-org yang kurang sempurna membuatkan aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Thank you Allah atas kurniaan-Mu. Amin...

Friday, December 3, 2010

MERITUS PELANGI BEACH RESORT

Ok..dah pagi rupanya, xpe kejap je lg nk tdo, tapi sebelum tu nk tunjuk dulu gambar2 yang sempat aku snap masa stay kt hotel nih..Meritus Pelangi Beach Resort n Spa..huh namanya sehebat cerita yang tercipta sepanjang 5 ari berkampung. Macam biasa, aku jd urusetia merangkap LO merangkap penyelaras merangkap menyambut tetamu merangkap technician merangkap budak bancuh kopi n lain-lain yg korang terpikir..itulah tugas kitaorg aku, nora n chris di sini...


Esok tinggal lagi nk combine dokumen2 yang setiap group sediakan, buat writeup n make sure by 20hb, blueprint Pelan Strategik NRE 2010 perlu ada. Aku x tau mcamana nk buat tambah2 bila dpt bos yg tak membantu langsung, biarlah aku namakan dia bos bontot hahaha..agak geli nama itu, kunamakan sedemikian bukan kerana dia suka perkara berkaitan bontot, tidak juga berkaitan dgn kegemaran memakan bontot ayam tetapi kerana tabiinya yg suka membontoti..huh kipas berkuasa 80 kuasa kuda..letih nengoknya.
Dah, mau tdo suda...enjoy la gambar yg x seberapa ni ye, selamat malam langkawi...mimpi yg indah2....








Tuesday, November 30, 2010

SEDANG MENUNGGU FLIGHT AIRASIA YANG KURASAKAN BONGOKSSS GILER MALAM NIH. BERMULA DENGAN KES SELF CHECK IN YG XLEH PAKAI BILA DIA APPEAR.."SORRY YOUR TRANSACTION NOT COMPLETED"..

DGN POLIS POMPUAN KEREK YG KURANG SOPANNYA MARAHKAN KITAORG SBB SLH MASUK PINTU,

PAS TU TAMBAH LG DGN EXCESS LUGGAGE SBB BWK BRG BONGOKSS YG ERGHHH! TENSION AKU.

PAS TU KITAORG TERPAKSA SEPARATEKAN BRG SBB MAX 1 KOTAK BERATNYA HANYA 32KG..

HAI NI BELUM LG CERITA BAB2 KEJE YG SGGH AKU X SUKA..B*D*H LAA ARGHHHH...

AKU BENCI!!!!!!

Thursday, November 25, 2010

labuan for first time

ERMM..PERTAMA KALI MENJEJAK KAKI KE PULAU LABUAN,OK LA ENVIRONMENTNYA, TAK SEPERTI YG AKU BYGKAN HEHE..SKRG MUSIM CUTI SEKOLAH PLUS WEEKEND, HOTEL MEMANG PENUH. HOTEL YG AKU DPT NI PUN BAKAL MENCETUSKAN KEMARAHAN BOS UPPS SBB X MENEPATI STANDARD DIA, APO NK BUEK, BERSYUKUR LA DGN APA YG ADA KAN..HAHA I TAK KISAH!  SUSAHNYA NK HAPDET CITE PAKAI MY C6 NI, X JUMPA NK CARI APA YG AKU NK HEHE,WPUN HOTEL NI HOTEL COKIA TP KIRA ORITE LA, WIFI DIA LAJU PE, NI YG NOKIA AKU BLH BERWIFI HEHE..TGH TGU GENG DR JMG SABAH N SARAWAK..NK G MAKAN, DH TGHARI DH. OK DORANG  DH SMPI..DAA

Monday, November 22, 2010

Mood keje di bulan November

aloha...

dh lama x update blog ni, biasa la kerajinan menghapdet bergantung kepada masa dan juga mood..ikut ati mau ari2, tapi masa x brape ada daa..



saje break jap, nk setelkan urusan di Labuan nih tp malas...nk confirm hotel, nk confirm kehadiran, nk manage transport, nk atur makan minum, nk atur tepmpat lawatan**sigh..penat mak nyah!~!! caiyok, lagi 2 ari nk pegi, x lama dah tu..



Ari i dah 23 november, kejap je..rasa baru je ari tu masuk awal bulan..dh nk abes dh, tahun baru lagi sebulan, idup mcm ni jgk,keje x abes2, cbuk tak kurang2..nk buat mcmana, dh nasib

okep, back to work bebeh!!

Sunday, October 17, 2010

BERTUGAS DI PARLIMEN

Balik-balik dari obersi,trus aku bertugas d Parlimen,gantikan cik timoat ..
dlm weng2 tu, aku drive dr Putrajaya ke Parlimen. TQ to highway MEX sbb sejak ada highway ni, jangkamasa perjalanan ke Bandaraya Kuala Lumpur dapat dipendekkan.

Apalah nasib, hari pertama perbahasan bajet dh kena drag sampai 7.30 petang. Terkedang la kami pegawai2 bertugas dari pelbagai kementerian duk kt bilik conference ni,mendengar kot2 ada isu membabitkan kementerian kami dibangkitkan, kena dengar agar tiada soalan2 yg terlepas dengar n terlepas pandang.

Sesi 11.30 pg dimulakan dengan ucapan balas Ketua Pembangkang PKR..intipati ialah berkaitan rasionalnya membina satu mercu tanda baru aka Menara Warisan bernilai 5 billion terhadap 2000 buah sekolah kategori daif d seluruh negara, orang-orang kampung yg mengharapkan prasarana yg lebih baik..dan lain lain yg sepatutnya lebih berorientasikan masyarakat..bukan mengkayakan poket kroni2 yg menyediakan pelan dan kontraktor yg menjalankan binaan legasi baru Malaysia ini...dun't know what to say..just sit down n think....

Thursday, October 14, 2010

autumn in my heart 2

Sambungan dari bumi kim chi...

Ok, ari ni aku nk cite pasal hotel pertamaku di Korea...hotel ni namanya Kangwon Land Resort, dibina di atas tapak bekas lombong arang batu. Hotel ni mmg mahal, bilik aku je dlm RM 800++ satu malam (W290,000). Terletak di Wilayah Sabuk..kira2 1000m++ atas aras laut..mmg sangat cantik sbb hotelnya baru hehe..n sangat sejuk sebab letaknya di tanah tinggi..ala2 genting highland gitu..


Hotel ni ada sejumlah 427 bilik, mempunyai kasino n taman tema dlm proses pembinaan. Konsep hotel ini mmg dibina menggunakan model Genting Highland Resort sebagai modelnya.


























Tadaa..inilah bilikku yg sangat cantik..dgn tilam n bantal yang empuk..sayangnya aku x dpt tdo dgn lena sbb aku ni jenis yg x boleh tido kalo baru2 ubah tempat ni..kul 2 br nk lelap n kul 5.30 dh kena bangun dh, pas tu dlm bas terus pengsan hehehe. Paling best tv dia, samsung flat screen 41" ke 38" ek? aku pun x pasti tp yg pastinya tv itu sangat besar..rasa nk angkut balik umah je hahaha. Satu lg kt sini dia pakai tandas pintar..wah kenapa ek sbb ada button2 tertentu yg kita boleh tekan bergantung kepada hajat yg telah tertunai wakaka...dia siap ada sensor lagi..






Ok last skali dinner aku mlm tu inilah, seafood dgn roti, pastu aku makan belut, yg gmbr atas tu adalah river eel..sedap!!
Alamak, bateri nk kong, kena stop..ok enjoy dulu, kang i hapdet lagi..hunyooo...





Sunday, October 10, 2010

Lunch gaya Korea


Setelah mengadap sarapan aka sahur, perut memasing dh lapar tahap cipan, so kitaorg dihidangkan seafood stew di salah satu restoren, namanya x boleh nk sebut hehehe, agak dekat dengan hotel aku. Nama tempat di Korea ni susah ckit aku nk ingat sbb susah sgt nk pronounce. Even Dr. Jang ajar kitaorg utk pronounce 'Hyundai' secara betul pun susah, lagi la nk sebut yg lain2 hehe..ok2 teruskan ke juadah kita, perut dh lapar nih.

Masuk2 restoren je, wah terasa koreanya..kitorg duk bersila kt dlm 1 bilik, perut menyanyi bukan lg irama malaysia/balada, dh jd hip hop dah..okep jom layan gambar.
Muka aku, Dato' Zul, Dr. Jang yg sedang control hahaha...yg 3 belakang tu dr Sabah, Dr. Jimmy, Miklin n Mr. Gerald.


Siput sungai..rupanya mcm siput cikb..agak manis rasa dia, kenyal semacam je hehe..



yg sebelah siput tu, salad ikan mentah dgn seaweed n sayur. Ok la, boleh diterima tekak







Sotong kurita mentah, makan dia dia sos soya/kicap daa dicampur dgn wasabi. Aku kena try nih















Inilah makanan korea yg pertama masuk dalam perut aku setelah 31 thn, 5 bulan dan 2 minggu hidup kung3x..sedap rupanya sotong tuh..habis la jgk 3 ketul aku mkn hehe






Menu seterusnya sotong jgk, masakan dia x masak, not even halfcooked so dia agak berlendir..rasanya masam2 mcm tu, dicicah dgn sos cili+cuka sblm dimakan















Ini of course la sume tau, udang tempura..yummy!











Last skali sblm main course, kami makan ikan sardin/selayang/mackerel goreng n disiram sos. Rasanya mcm ikan selayang singgang aku yg digoreng hahaha




Setelah menelan sume2 yg kat atas tu, tibalah masanya kita makan seafood stew..dlm tu ada ketam, udang, kima, kepah yg bersiz gergasi dan sayur. Dia lebih kurang seamboat tp bahan2 dh ada tinggal lg buangkan kulit kerang-kerangan dan potong ketam..mcm dlm gmbr nih..sedap sbb sup dia mild je.





























Stew ini dimakan dgn nasi n aksesori seperti seaweed goreng yg ditabur dgn sedikit gula halus, pas tu ikan bilis goreng n tentulah kimchi yg masam n masin tuh...menyengat deria rasaku hehe..overall sedap la mknan ni, utk hari-hari permulaan ni mungkin boleh ditelan, dkt2 nk balik kang x tau la lalu lg ke tak.
















Last skali makan Korea pizza, dibuat drp tepung n sayuran. Rasa mcm cekodok gitu.










Okep, aku tdo dulu, esok aku hapdet dgn cerita yg lain pula ..chow

autumn in my heart

Wah...1st time dpt pegi korea, working visit tajaan JMG n MIRECO, aku lupa dh apa nama panjang dia, excited ado, sedih ada gak sbb lama dh x tgl famili lama2 camni..

KOREA...here i come hehehe..
Perjalanan memakan masa lebih kurang 7 jam, 2 jam setengah ke kota kinabalu, transit 1 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Incheon International Airport. Aku n da geng selamat sampai kul 7am kat sana.

Sempat gak la aku snap gmbr fajar yang baru nk kuar dari ufuk timur...matahari dari bumi winter sonata huhu...

Sampai sana, kami disambut oleh org MIRECO, credit to Dr. Jang n team dorang yg layan kitaorg dgn baik skali. Perjalanan belum berakhir, kami perlu menaiki bas utk ke Kangwon Land Resort, lebih kurang 4jam dr Incheon. Sepanjang perjalanan, dpt la tgk mcmana negara Korea ni, cuaca x brape clear sbb jerebu ckit, cuaca ok sbb autumn season so just nice je nyaman dia tu.


















Stop jap kt R nR, sepanjang jln npk paddy field n bukit2...cantik n nyaman je















Ladang epal dgn buah yg lebat..geramnya aku tgk!!



Lepas je cuci2 mata, mata aku telah selamat n suci utk dipejamkan barang seketika. Ngantuk be, mana taknya, baru je lelap dlm flight, cik pramugari2 dh kejut utk sarapan..sarapan? ekceli boleh di anggap sahur la sbb kul 4 pg dh dikejut utk bersarapan hehe..

Monday, June 21, 2010

Hujan di Putrajaya

Kuar agak pagi ari ni, ekceli ada keje ckit, jumpa org.
Dlm kul 6 kajang ujan rintik2, igt mcm tu je, sampai dpn Hospital Serdang, dem!!lebatnya n begitu la keadaannya hingga smpai ofis.

Kuar makan kt MOA jap, hehe aku masuk ofis lewat ari ni. Tgh drive td nora call, keliwon minta aku attend meeting Akta Standard...What the heck is going on haha..so aku mendajalkan keliwon dgn menyorok dlm stor walaupun aku sampai kul 9.00, miting 9.30 hahaha..

kesian lak keliwon terpaksa pegi gak miting tu..ntah hape2 la aku ni hahah..

*nota: keje jahat utk ari ni k

Sunday, June 20, 2010

Cepatnya masa berlalu, lg sebulan lebih cukup la abg aisy 3 tahun..nk lyn mulut mmg x terdaya. Haha ari ni test pertama abg aisy x pakai diaper dia,,bkn stakat abg aisy kena sabar dgn situasi x berpampernya tetapi menguji kesabaran mama, abah n makciknya juga hahaha..

Dh berulang kali igtkan abg aisy, kalo rasa nk buang air ckp kt mama k, kita masuk bilik air..dh berbuih mulut aku nih tapi huh, sabo je la..
ujian 1:
aisy: mama, aisy kencing..
mama: xpe la abe, dh dpn bilik air, seb baik atas lapik kaki n haa...jom basuh

ujian 2:
aisy: mama..tgk ni, aisy kencing
mama: aisy kencing ktner?
aisy: tak tahu..
mama: meh mama tukar seluar tu, aisy ni nk kencing ckp la kt mama...
abah: dh jumpa, kencing kt bwh tangga
mama: hahaha, xpe, baru2 mmg mcm ni

ujian 3:
aisy: mama..
mama: aduh abe, len kali ckp laa...kt dapur la plk
makcik: mari abg, makcik basuh
mama: sabar2

ujian 4:
abah: jom aisy pakai pampers
mama: aik? kata nk train
abah: dh cukup la, kali ni kt beg golf saya..seb baik yg kecik, kalo buang yg besar?
mama: hahaha...adoi susah gak nih

Nasib le, lps je pakai pampers, trus buang yg besar punya!!haha

moralnya: mental anak ke mental mak bapak kena kuat dlm hal ini?? huhu





Wednesday, May 12, 2010

BOSAN

tika dan waktu ini aku masih mengadap laptop utk sudahkan ayat-ayat permulaan hehehe...assignment aku. Idea x dtg walaupun timenta dh tengah malam a.k.a 12.32 am yg boleh mendatangkan ilham g mencurah-curah bg mereka yg beridea laaa...

malam ni rasa x hepi je, td aku lmbt masak coz kakchik tukang urut dtg seawal jam 8.30 mlm. Makanya korban kami mlm ini iaitu 4 ekor ikan selar hanya mampu terkebil-kebil di dalam sink menantikan saat bertukar rupa menjadi selar masak kicap. Aku pun lopa yg aku book tkang urut tu..isy mcmana blh lupa nih?

Disebabkan mbt masak maka lmbtla blh mkn, kul 10.15 br aku siap masak...mana aku tau kan, so my cik abe pon mencuka bak cuka yg tumpah di lantai la dgn situasi ini.

Kekadang aku letih nk lyn lelaki yg mcm ni tau, ala be, small meter la, dh sy x smpt masak apa salahnya skali skala awak masuk dapur, masak utk saya...sigh**saya betul2 letih. Bila dh jd mcm ni, bercakap pun tak kononnya konfrontasi la tuh...lantak!! malas aku nk layan

kepada hubby ku, kalau terbaca post ini, tolonglah kurang2kan perangai buruk awak tu, byk benda sy nk amik tau selain dr awk...awak letih, saya lg letih, awak lapar saya lg lapar sbb saiz sy lg besar dr awak ekeke..awak nk merajuk, sy lg 10 kali nk merajuk sbb perangai awak nih huh!!

Monday, May 10, 2010

masih lagi menghabiskan sisa-sisa penat terdera fizikal n mental sbg AJK Protokol & Sambutan MSJCE. Bertalu-talu emel diterima..ucapan tq dr S'porean delegates, pertanyaan ttg komen2 membina from ur boss, dan terus men'delete ' emel2 dan sms yg penuh bertaburan kat PC n HP.

Tetiba idea aku hilang dan aku kena stop dulu yer....

Ok, sambung balik, wah semalam aku kuar awal, g buat chest x-ray kt klinik az-zahrah, bangi. 1/2 jam siap, wow mcm x percaya je kecepatannya hehe, langsung balik umah dan melepak dgn jiran tetangga sambil menghapdet gossip hahaha..

kisah aku pada hari ini berkisar tentang pisang yer. Pokok yang paling berjaya ku ternak ialah pokok pisang wakaka..pokok2 lain di tahap yg mengecewakan bak pemain2 badminton negara yg perlu makan pisang sebelum bertemu dgn skuad dari Jepun.

Dalam bersembang, aku teringat plak nk g gali anak pisang lemak manis kt pintu masuk taman aku nih. x kira la sape punya yang penting aku dpt tanam kt umah hahaha. Bersama maktok n tia n abe n zara, kami memulakan misi menggali dan akhirnya dapatlah pokok dan tia telah selamat memacakkannya di depan pagar umah kami huarhahaha...semoga pisang ini mengikut jejak langkah pisang2 di belakang umahku yang membiak dengan jayanya...insyaallah



Setel tanam koleksi terbaru ini, kami bergerak ke belakang umah utk minum petang...yeehhaaa pokok pisang tanduk (pisang agung kata tia) dh kuarkan jantungnya. Punya la seronok sbb memula dulu aku igt dh mati dah pokoknya. Kitaorg siap bet lg brape bijik pokok tu akan kuarkan hasil. Berikut adalah jumlah yang diberi oleh para peserta yang menunggu hadiah misteri jika tekaan mereka mengena:-
Tia: 2 bijik
Wan: 4 bijik (ikut bil gigi adik zaraa haha)
Maktok: 5 bijik

Ct:7 bijik

faisal: 20 bijik (amboi jauh meninggalkan pesaing lain)



ok..2 hari g kita tgk siapa yg kena....

Thursday, January 14, 2010

SAYANGI ALLAH, SAYANGI ISLAM

JOM BERKONGSI N SAMA-SAMA KITA BUKA MATA TENTANG PENTINGNYA MEMELIHARA PENGGUNAAN NAMA ALLAH SWT , JUGA MENJAGA PEGANGAN KITA .
Ketika saya di Shenzhen kala ini, saya sibuk dengan urusan pengebumian Allahyarham Pak Cik saya, Haji Wahid bin Haji Omar.
Beberapa kali saya dihubungi untuk diminta untuk mengulas mengenai isu penggunaan nama Allah bagi orang bukan Islam.
Saya sudah baca bererapa pendapat. Di Malaysiakini, saya membaca mengenai komen Dr. Asri yang memperlecehkan kenyataan Dato' Haron Din.
Kesempatan ini saya ingin menulis, sama seperti tulisan saya yang lalu, bukan dari kacamata Islam dan bukan juga dari kacamata orang politik. Tapi reality yang berlaku.
Saya pernah memasuki gereja. Saya pernah memberikan sedikit tazkirah di dalam gereja. Bukan kepada orang Islam tetapi kepada pesakit HIV yang duduk di dalam gereja pertengahan tahun 2009.
Mereka adalah goang yang terlantar sakit dan tidak ada orang Islam yang mengambil dan menjaga mereka.
Para ustaz lebih selesa berforum di atas pentas membicarakan soal kasih sayang dari turun menterjemahkan kasih sayang di dalam tindakan.
Di dalam gereja itu, ada menggunakan perkataan Allah.
Beberapa orang telah meninggal dan ada yang pernah diurus oleh pihak gereja.
Agak-agak kita, ketika orang nazak sakit, katakan datang seorang paderi dan berkata:-
"tak apa, Allah akan memberkati kamu, anaknya Isa juga akan memberkati kamu sebab Allah berfirman bahawa ikutlah anak aku Isa dan kamu akan selamat"
Agak-agak, keliru tak?
Jika ada anak kita nanti sakit di hospital, datang orang dengan baju yang kemas dan berkata:-
Jangan risau, kita doa pada Allah agar Allah menyembuhkan adik, asalkan kita berdoa juga pada anaknya Isa.
Agak-agak, keliru tak?
Kalau ada mangsa banjir yang orang Islam lambat datang, tiba-tiba ada orang datang membawa bantuan:-
"Tak apa, tak payah berterima kasih, ini semua dari Allah, Allah dan anaknya menggerakkan saya dan kawan-kawan untuk datang memberi bantuan di sini".
Agak-agak, keliru tak?
Alangkan belum dibenarkan secara rasmi pun, mereka telah menggunakannya. Bayangkan kalau kebenaran diberi secara rasmi.
Para ustaz dan Dr serta agamawan berteori banyak. Mereka boleh memukau kita dengan ayat-ayat al-Quran dan hujah-hujah memperlecehkan antara satu sama lain.
Dengan izin Allah, saya berkecimpung terus dengan masyarakat. Dan kebimbangan saya bukan teori. Ia adalah perkara yang benar-benar berlaku.
Ingatlah, membenarkan menggunakan perkataan Allah bukan perkara yang boleh nak dicuba-cuba. Ia bukanlah Try and Error. Ia soal masa depan anak kita.
Ada orang berkata:-
Buat apa takut, Islamkan kuat
Saya tidak takut cuma bimbang, kerana realiti suasana sekeliling tidak membantu kita meningkatkan penghayatan Islam.
Kalau slot TV sudah banyak berbicara pasal Islam, slot radio telah banyak, majalah-majalah Islam telah banyak, kala itu barulah kita boleh berbicara dalam bahasa "untuk berdakwah"
Kala ini, kita masih dalam fasa berusaha mempertahankan Islam yang ada bersungguh-sungguh. Orang kita sendiri tak membantu kita, nak harapkan orang lain? Nak harapkan orang sokong kita hanya dengan sekadar dengan membenarkan penggunakaan nama Allah, atau kita atau anak-anak kita akan semakin keliru dan keliru.
Agamawan teori hanya nanti akan berkata,
"Ah, tak apa, kalau ijtihad kita salah pun, kita dapat satu pahala, kalau betul, kita dapat dua pahala"
Tapi kalau salah itu kesannya lebih teruk untuk anak bangsa, adakah sekadar berkata "tak apa" kala itu.
Ketika saya menemuduga anak-anak yang ingin masuk ke dalam sekolah MASSA (Maahad Sains al-Quran al-Amin) ada di kalangan ibu ayah yang begitu yakin dengan kefahaman agama anak mereka.
"Ustaz, terimalah anak saya, anak saya bagus dalam ujian KAFA"
Ketika saya bertanyakan bilangan rukun Islam dan rukun Iman, masih ada lagi yang tertukar. Jika masuk ke syurga itu diukur dengan ujian KAFA, sudah tentu anak dia ni tak akan masuk kerana rukun iman dan Islam pun tertukar bilangannya.
Ini yang benar-benar saya hadapi. Kalau itu pun dah keliru, nak harapkan dia tak akan keliru dengan tulisan yang akan digunakan oleh kristian nanti.
"Allah akan memasukkan kita semua ke dalam syurga jika kita meyakini anaknya Isa"
Agak-agak, keliru tak?
Saya secara peribadi tidak bersetuju melainkan jika setelah suasana sekeliling menjadikan anak-anak kita terjaga akidah, syariat dan akhlak mereka. Jika masih belum, maka ia akan berbahaya untuk generasi Islam akan datang. Semoga Islam terus terpelihara, amin...

"Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan"

Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah